....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Wednesday 2 May 2012

GOLONGAN YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA

Salamullahi Taala w.b.t.

Sedikit perkongsian ilmu yang ana dapati hari ini,moga2 menjadi ingatan buat ana terutamanya dan pembaca sekiranya ada. Ilmu ini ana ambil dari seorang ustazah yang sering memberikan ceramah dan mengadakan kelas2 agama buat muslimat. Memandangkan ana sedang bercuti lama,makanya ana megambil keputusan untuk mengikuti ummi ana menghadiri kelas agama ini. Ada hadis meriwayatkan, gelaplah hati seseorang itu jika dia tidak menimba ilmu dalam masa 40 hari 40 malam. Nauzubillah. Moga2 ana dijauhi daripada golongan begitu dan doakan ana supaya keep istiqamah menghadiri majlis2 ilmu sebegini. InsyaAllah.

Antara isi pengajian yang ana ambil ialah tentang GOLONGAN  YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA OLEH ALLAH:

  • orang yang apabila dengarnya azan tiadalah berjemaah baginya.
  • orang yang tidak mengeluarkan zakat harta.
  • orang yang berzina.
  • orang yang makan riba.
  • seorang wanita yang masam mukanya atau
  • seorang wanita yang derhaka kepada suaminya
  • orang yang makan dan minum dari sumber yang haram
  • orang yang berurusan dengan perkara yang haram.   
Banyak bukan?? Sekarang ana ulas sedikit tentang beberapa point yang mungkin kurang jelas.

orang yang apabila mendengar azan tiadalah berjemaah baginya maksudnya disini ialah dihighlightkan kepada mereka yang tinggal terutamanya berdekatan dengan masjid. Apabila telah masuknya waktu solat,maka dia langsung tidak menunjukkan tanda2 ingin menuju ke masjid untuk berjemaah.Walhal setiap langkah mereka yang berjalan menuju ke masjid akan dihapuskan segala dosa kecilnya. Tidak lagi dikira pahala yang dilipat kali gandakan ketika berjemaah. MasyaAllah.

orang yang tidak mengeluarkan zakat harta  ialah mereka yang tidak pernah mempertimabangkan zakat yang sewajarnya dikeluarkan. Ana highlightkan lebih kepada kaum hawa kerana kaum ini biasanya mempunyai barangan kemas yang disimpan melebihi haul yang sepatutnya. Maka berhati2lah disitu,bimbang mengambil hak orang lain. Nauzubillah.

orang yang berzina ZINA?? zina bukan hanya pada hubungan yang haram itu tapi juga zina yang juga melibatkan beberapa perkara yang kadangkala kita mengambil secara remeh.!! Contohnya memakai bau-bauan bagi wanita ketika keluar daripada rumah sedangkan bagi seorang isteri kewajiapan berhias itu cumalah di hadapan suami.

orang yang berurusan dengan perkara yang haram contohnya pekerja yang bekerja sebagai cashier di salah sebuah pasar raya yang mengandungi arak. Pekerja ini dianggap bersubahat dalam penjualan arak ni. Maka berhati2lah. Sedangkan seseorang yang diupah untuk memesin rumput di tempat kilang arak juga disabitkan sebagai bersubahat apatah lagi mereka yang memegang dan menjualkan arak. MasyaAllah. Jadi berwaspadalah!


Rasanya itu sahaja ilmu yang dapat ana kongsikan pada kuliyah agama yang ana ikuti kali ini. ^_^


farah tekun membaca asmaul husna. =)


moga menjadi adik solehah buat kak long iman.
Buatmu, Farah Fasihah..
Adik bongsuku,
Moga menjadi bidadari dunia,
Dan bidadari syurga,
Moga menjadi anak solehah buat ibubapa kita,
Moga menjadi penghibur tawa kakanda mu,
Beruntung kak long dapat adik sebaikmu,
Sentiasa menemani ummi mengahdiri kelas agama,
Takkala kakanda2 mu ini menuntut ilmu,
Jauh dari teratak kita,
Khairun hasanah buat mu,adinda ku.
InsyAllah.!!  


Tinta renungan,
Aish SaFa,
Hamba berdosa. 

No comments:

Post a Comment