....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Wednesday 15 January 2014

MENCARI DAMAI YANG HILANG


Fikiran mula serabut. Hati mula terasa kacau. Jiwa mula meracau. Seakan-akan sesuatu mula hilang. Hilang dari sudut hati yang paling dalam. Seseuatu yang sangat berharga. Puas aku selidiki. Puas aku mencari. Dan aku terlelap seketika. Tapi lelapku tidak lena seperti sebelumnya. Dua jam aku tidur , aku terjaga. Bangun! Segera ku ucapkan kalimah hamdallah itu. Memberikan aku peluang untuk berjaga dari tidur yang selamanya. Memberi peluang untuk aku bermuhasabah diri. Aku cuba melenakan mata. Tapi perasaan gundah mula menyapa tangkai hati. Allah, apakah semua ini. Terdetik jauh dari sudut hati, Allah masih ingat aku. Ya! Dia tidak pernah lupakan aku. Tidak!

Tiba-tiba aku didatangi perasaan sayu. Entah! Sedih. Datang tanpa aku undang. Aku sedih kerana hati aku tak mampu bisa tenang setenang nama yang Umi berikan kepadaku. Padahal aku sentiasa mencari ketenangan. Mencari bahagia. Aku sedih sehingga air mataku mudah sekali merembes keluar dari kelopak mataku yang sudah lama bertakung. Entah! Sayunya. Otakku mula bermain madah. Mula cuba menterjemah rasa di hati. Akhirnya aku menulis di dinding laman2 sosialku. Suka benar aku meluahkan perasaan dengan bentuk penulisan. Ya! Kerana dengan cara itu segala beban di jiwa dapat dileraikan.

Aku sedar, rupanya selama ini hati aku kotor kembali. Penat aku menjaga selama ini dengan begitu rapi. Tiba-tiba sahaja aku cemari ia kembali. Astaghfirullah. Aku sudah jauh. Aku sudah lalai. Aku sedih ya Allah. Sangat-sangat sedih. Patutlah sejak akhir-akhir ini aku tak mampu menulis dengan mata pena dakwah. Patutlah segala idea mudah terbeku dan terlekat di kotak fikiran tanpa mampu aku ukirkan di blog kesayanganku ini. Rupanya hati aku sudah tercemar! Kalau begitu, mana mungkin aku mampu menulis dengan hati yang suci. Mana mungkin penulisan ku ini mampu sampai terus kepada pembaca. Ah, aku gagal. Gagal menjadi da'ie. 

Oh hati, lapangkanlah dari segala yang membawa kebinasaan kepada mu. Jangan sesekali kau binasakan seketul daging yang akan merosakkan segalanya. Carilah kembali kejernihan hati. Jangan terus leka dan lalai. Hidup ini sementara. Yang kekal adalah di sana. Tinggalkan sebentar keseronokan dunia. Ia hanyalah fana semata-mata. Carilah yang kekal abadi. Hati yang bersih itu adalah yang jauh dari maksiat padanya.Rupanya aku sudah jauh kembali dari Dia. Allah, aku tahu kau tidak pernah tinggalkan aku. Maka aku ingin sekali kembali pulang kepadaMu. Ingin sekali!

Allah, maafkan aku andai aku turut membawa kelalaian kepada hmabaMu yang itu juga. Bukan salahnya dia. Tapi aku cuba meletakkan kesalahan ini pada aku. Aku yang tidak teguh di jalan dakwah ku. Aku yang mudah rapuh dalam meniti jambatan mengapai mardhatillahMu. Biarlah kesalahan ini Kau bebankan kepada aku. Kerana aku yang tersangat lemah. Padahal aku boleh bertegas dalam prinsipku. Tapi aku goyahkan. Ah Iman, kenapa sangat nipis. Jom mujahadah kembali. Masih belum ada istilah terlambat bagi yang dibukakan pintu hidayah. Tidak pernah.

Tikar sejadah seolah-seolah tersenyum gembira terhadapku. Seolah sudah bersedia membuat 'dating' lama kami. Ya, dulu aku kerap ber'dating' dengannya. Tersangat kerap aku meluahkan rasa, memanjakan diri berkongsi masalah. Semuanya aku luahkan. Segala rahsiaku menjadi rahsianya juga. Sekarang aku nampak dia bersendirian. Kenapa aku tidak setia pada dia setiap malam. Dan malam tadi, aku pergi menemuinya. Menyata kekesalan yang terbit jauh dari sanubari aku. Dan janjiku, cuba menjadi sahabat yang setia buatnya untuk sentiasa bertemu dengan kekasih agung ku.

Dan sekarang, hati aku jadi lapang kembali. Oh tuhan! Terima kasih kerana menyedarkan ku malam tadi sehinggalah aku mencari dan belajar untuk tidak terlalu lalai. :') Subuh sudah pun menyising. Terima kasih atas malam yang indah. Bersama kekasih yang abadi. Yang belum pasti, aku doakan yang terbaik. Sungguh aku mahu menjaga dan kembali ke arah fitrah yang lebih suci. 

"Sepi bukan bererti hilang"

"Diam bukan bererti lupa"

"Jauh bukan beerti putus"


P/s: tak sempurna. kadang2 saya lalai dan hanyut. tapi saya takkan hanyut untuk selamanya. Moga hidayah terus bersama saya. Dan saya sangat mencintai diri kita dengan sebenar-benarnya. Jawapan  kepada kedamaian saya yang hilang. T_T

Catatan,
Aish SaFa
setenang nama yang diberi

Saturday 2 February 2013

Niqabis? Mungkinkah aku?

Assalamualaikum buat pembaca yang masih sudi berkunjung ke blog SaFa ini. :) Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. InsyaALLAH. :) Kali ini SaFa seperti ingin melakukan sedikit exercise tangan. Haha. (ada ke? =_='') No!! SaFa ekceli menulis kerana SaFa hanya ingin menyampaikan apa yang terlintas dan terpendam jauh di sudut hati SaFa. Yes! Sebab SaFa akui yang SaFa ni jenis suka meluahkan perasaan melalui penulisan. Haha. Wink2

Straight to the main point yang ingin SaFa bicarakan kali ini adalah isu NIQABIS! Sebenarnya sudah lama SaFa menguburkan niat SaFa ini untuk berpurdah semenjak SaFa terjun ke bidang professional ini. Justeru SaFa mempunyai banyak kekangan untuk mengenakan pakaian sunnah itu. Lebih2 lagi dunia SaFa kini memerlukan SaFa kepada skill sosial yang lebih baik. SaFa tidak nafikan yang pakaian itu mungkin sedikit pun tidak menghalang kita untuk terus bergerak aktif seandainya kita kuat dan yakin mampu untuk membawa diri. Andai kata kita yakin dengan janji Allah, maka mengapa harus takut untuk melakukan sesuatu yang baik? :')

Alasan yang diberikan mungkin hanyalah merujuk kepada kitidak sediaan kita untuk membawa imej baru itu selain amanah yang sangat berat untuk dipikul. Ya! Sudah tentu. Niqabis harus menjaga imej yang baik ketika berhadapan dengan masyarakat agar masyarakat tidak memandang serong terhadap para niqabis yang lain tetapi tidak membawa maksud mereka harus berpura2 dalam tindakan mereka. Cukuplah sekadar mereka pandai membawa diri dan menjaga tingkah laku mereka ketika  berhadapan dengan masyarakat umumnya. 

Persoalannya, MUNGKINKAH AKU?
Baru2 ini SaFa ditegur sahabat baik SaFa yang bertanyakan progress SaFa dalam menyahut misi itu. Dan SaFa hampir menangis. Adakah ini juga petunjukMu? Engkau mahu menegurku barangkali atau Engkau mahu mengajakku ke arah kebaikan. Oh Tuhan! Terlintas di benak fikiranku taktala itu,
"Oh Allah, kenapa semakin hari ia semakin menganggu benak fikiranku? Dahulu ia seperti satu keazaman yang ingin aku capai setelah aku berusaha menjadi hambaMu yang abid. Tapi lama kelamaan aku merasakan ada satu benteng yang menghalang aku daripada melakukan satu sunnah para isteri nabi itu. Ya, mungkin aku masih belum cukup mantap dalam mengabidkan diri. Aku sering melakukakan dosa kepadaMu ya Allah. Makanya itulah sebab kenapa aku segan mengenakan pakaian sunnah itu! Oh Tuhan, ujian cinta juga menyebabkan aku semakin lemah dalam jalan dakwahku. Namun aku syukur kerana Engakau masih sudi menarikku kembali berada di landasan yang benar" :') 
Bila itu bukan persoalannya sekarang. Tolong doakan SaFa menjadi hambaNya yang abid dan meninggalkan segala laranganNya. Andai saat itu paling sesuai, maka permudahkanlah diriku ya ALLAH. :) 

Terima kasih kepada awak kerana sentiasa meniupkan roh2 semangat dalam diri SaFa. InsyaALLAh dengan izin Allah masanya akan tiba suatu hari nanti. I'm looking for that little 'kain hitam'. 

#Jika bukan sekarang, ia pasti suatu hari nanti. InsyaALLAH. :)



Impian yang tak pernah padam,
Aish SaFa
Niqabis to-be.

Tuesday 29 January 2013

CERPEN : GADIS BERTUDUNG LABUH


"Umi, tolonglah. Syira tak nak sekolah tu. Lagipun Syira takde kawan lah Umi. Kawan2 baik Syira semuanya pergi sekolah kluster tu. Syira pun dapat tawaran sekolah tu. Bukan senang nak dapat sekolah tu. Tolonglah" aku merayu2 ibuku agar memasukkan aku ke sekolah terbaik di Kuantan itu. Ketika itu aku baru sahaja selesai mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Keputusan aku sangat membanggakan dan melayakkan aku mendapat tawaran daripada sebuah sekolah kluster yang terkenal di daerah Kuantan itu.
"Insyirah, Umi tahu Insyirah anak Umi yang cerdik. Insyirah pelajar yang cemerlang dalam akademik. Tapi Insyirah, Umi nak Insyirah pun cemerlang dalam ilmu agama. Baba dah putuskan yang Insyirah mesti belajar di sekolah agama itu juga. Keputusan Baba dah tamat" tutur Umiku lembut supaya aku terpujuk dengan pujukan Umi. 
"Tapi Umi, Syira pun boleh balajar agama jugak kat sekolah tu. Pecayalah."aku terus memujuk Umi dan dalam hatiku sangat sedih kerana seolah2 cita2ku selama ini untuk masuk ke sekolah kluster itu musnah dengan keputusan yang dibuat orang tuaku itu tanpa mendapat persetujuan daripadaku terlebih dahulu. Sungguh, mana mungkin aku berasa gembira kerana terpaksa melepaskan tawaran yang aku tunggu2kan selama ini. 
"Insyirah, keputusan Baba ada baiknya. Dekat sekolah agama, Syira akan belajar kitab2 nizam bouth. Itu yang penting. Insyirah akan belajar dengan lebih detail tentang ilmu2 fekah, tauhid , akhlak dan lain2. Ini semua demi kebaikan Syira jugak ye nak" bicara Umi ku sopan memujukku lagi. Tetapi hati aku saat itu sangat sedih dan kesal dengan keputusan Umi membuatkan aku tidak dapat lagi mendengar apa2 daripada Umi.Aku terus berlalu ke kamarku dan menangis semahunya.

Peristiwa itu masih segar di ingatan. Ketika itu aku menentang keras keputusan ibu bapaku yang ingin menghantarku ke sekolah agama. Namun, kerana aku hanyalah seorang anak, aku hanya menuruti keputusan yang telah dibuat walaupun pada awalnya aku sangat memberontak. Minggu pertama persekolahan Umi dengan kasihnya menghantarku ke sokalah hampir setiap hari. Kami berjalan kaki ke sekolah dan setelah tiba di sekolah, aku menyalami Umi dan Umi balik semula ke rumah dengan mendukung adik kecilku ketika itu baru sahaja berusia 4 tahun. Walaupun terdetik rasa kasihan kepada Umi, tetapi perasaan takut berjalan kaki seorang diri lebih2 lagi pada waktu pagi membuatkan aku selalu ingin ditemani Umi. Dan sehinggalah masuk minggu ke dua, barulah aku sanggup berjalan kaki ke sekolah seorang diri.

Beberapa bulan selepas itu, aku sering bertembung dengan pelajar2 lelaki daripada sekolah kebangsaan biasa yang turut melalui kawasan yang sama untuk aku menuju ke sekolah. Pada mula mereka menyiul2 kecil sambil melambai2 dari jauh. Namun aku tidak pernah mempedulikan mereka. Aku hanya menganggap mereka seperti sengaja ingin menarik perhatianku. Dan aku tidak pernah mengangkat muka ke arah mereka apatah lagi ingin mencuri2 pandang siapakah mereka. Hinggalah suatu hari itu, ketika aku berjalan kaki ke sekolah aku didekati oleh salah seorang pelajar lelaki daripada kumpulan berbasikal itu.

"Assalamualaikum dik. Ini kawan saya berikan surat untuk adik. Dia nak berkenalan dengan adik. Dia ada dekat hujung sana" kata pelajar itu sambil menunjukkan ke arah kumpulan kawan2nya yang menunggu di hujung sana.
"Err.." aku menyambut huluran sampul surat itu dan terus meyelitkan ke dalam Al-quran. Tanpa mengucapkan apa2 aku terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu dan kawan2nya yang barangkali menunggu aku di hujung sana. 
Setibanya aku di sekolah, aku merasakan badanku seram sejuk dan bergetar seluruh badan. Aku beristighfar banyak2 dan memohon Allah mencampakkan ketenangan ke dalam hatiku. Setelah aku tenang sedikit barulah aku mengambil surat tersebut dan membukanya.


Kehadapan gadis yang berkaca mata,
Maafkan saya kerana menulis surat ini kepada awak. Sebenarnya saya sudah lama memerhatikan awak. Saya suka dengan cara awak yang hanya tundukkan pandangan ketika berjalan walaupun kami telah banyak kali mencuri2 pandang ke arah awak. Tetapi awak sedikit pun tidak pernah mempedulikan kami. Saya yakin awak gadis yang baik. Saya suka dengan pelajar sekolah agama yang memakai tudung labuh. Mereka nampak sopan. Tak seperti gadis2 sekarang.Pakai pakaian yang singkat dan tidak menjaga aurat mereka. Awak berbeza daripada gadis2 yang pernah berkawan dengan saya. Awak pandai menjaga diri. Saya tertarik dengan kelembutan dan keayuan awak ketika mengenakan tudung labuh. Jika awak sudi, saya ingin berkenalan dengan awak. Saya tunggu awak di tempat yang sama pada pagi esok. 
Ikhlas berkawan,
Mr. Z 
Aku merenyuk2kan surat tersebut. Loya tekakku dibuatnya membaca isi surat tersebut. 'Ada hati hendak berkawan. Puji pulak lebih2. Kalau awak lelaki yang baik, awak takkan ganggu sayalah. Konon, suka tengok pelajar pakai tudung labuh. Alasan je tuh' monologku sendirian. Ketika itu aku berasa gementar membaca surat tersebut. Walaupun dalam hatiku menyumpah seranah dengan isi surat tersebut, tetapi aku masih teringat akan isi2nya yang memuji2 wanita yang mengenakan tudung labuh. Bagiku apalah sangat yang ada pada tudung labuh yang aku pakai. Ia sehelai tudung besar yang menampakkan diriku seperti berisi dan seperti orang tua.

Selesai sahaja tamat waktu persekolahan , aku terus pulang ke rumah. Dan tanpa banyak soal , aku terus menyerahkan surat tersebut kepada Umiku. Walaupun terbit rasa takut dan malu di hadapan Umiku, tetapi demi keselamatanku pada masa hadapan,aku harus memberitahu Umiku perkara yang sebenar. Umi membaca surat tersebut dan tersenyum memandangku. 

"Mujur Syira bagitahu Umi pasal ni.Bimbang juga Umi kalau apa2 berlaku kepada Syira. Insyirah tahu tak kenapa lelaki tu nak kawan dengan Syira?" tanya Umiku.
"Manalah Syira tahu. Tapi yang penting Syira tak nak pun kawan dengan dia" balasku malas.
"Insyirah tahu apa istimewanya Syira ni sampai budak sekolah biasa pun tertarik dengan Syira"duga Umiku lagi.
"Istimewa apanya Umi? Budak2 lelaki memang macam tu. Suka usik perempuan" balasku agak  malas melayan soalan2 dari Umiku.
"Insyirah, tudung labuh Syira tu daya penariknya. Lelaki tu pun tertarik dengan Insyirah sebab tudung labuh yang Insyirah pakai tau. Tapi caranya hendak berkawan dengan Syira tak kena tempat. Tapi....kalau Insyirah nak tahu, tudung labuh ni lah dapat membezakan perempuan sekolah biasa dengan sekolah agama. Budak2 sekolah agama , biasanya budak lelaki sekolah biasa akan respect lebih sikit dekat pelajar2 agama berbanding pelajar sekolah biasa. Itulah kelebihannya. Tengok, dia nak berkenalah dengan Syira pun dia mintak izin Syira dulu. Kalau budak sekolah biasa, Umi rasalah dia pergi hye2 terus je dekat mereka"terang Umiku dengan panjang lebar.
"Ooo..jadinya tudung labuh ni lah boleh halang Syira daripada didekati oleh pelajar lelaki kan Umi?" tanyaku ketika itu masih terpegun dengan apa yang diceritakan Umi.
"Iye sayang. Bila Insyirah pakai tudung labuh ni, Insyirah kene jaga akhlak Insyirah. Malu tau kalau pakai tudung labuh tapi akhlak tak jaga. Insyirah jadikan tudung labuh ni sebagai perisai Insyirah supaya dijauhi oleh lelaki" bicara Umiku sambil mengusap ubun2ku lembut.
 *******

"Insyirahhhhh, cepat sikit. Kita dah lambat ni"laung Umi dari luar rumah. 
"Kejap Umi..kejap" aku membuka almari pakaian dan terus mengambil baju kurung yang tidak perlu digosok dan menyarungkannya ke badan. 
'Er,nak pakai tudung mana ni. Tudung la pulak takde. Nak gosok kang lambat pula. Pakai jelah tudung singkat ni. Leceh la gosok tudung labuh ni. Dah la besar. Lagi la lama' bebelku seorang diri. Aku terus mencapai tudung segi tiga dan memakainya. Kemudian aku turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta.

"Insyirah takde tudung labuh lagi?" tanya Baba dalam nada yang tidak dapat ku tafsirkan emosinya.
"Ada. Tapi Insyirah dah lambat kan. Lagipun Insyirah pakai tudung jugak" jawabku masih takut2.
"Tudung Insyirah tu tak tutup aurat dengan sempurna lagi. Pendek. Nanti Baba tak nak tengok dah Insyrirah pakai macam tu lagi" kata Baba dengan nada sedikit tinggi
Aku jadi berkecil hati dengan kata2 Baba. Dalam masa yang sama aku merasakan bertudung labuh seolah2 menyukarkan ku untuk keluar berjalan2. Aku terpaksa memilih baju yang longgar dan labuh ke paras lutut untuk dikenakan dengan tudung yang aku pakai. Sudahlah aku tidak mempunyai banyak baju labuh, terpaksalah aku memakai baju kurung setiap kali ingin keluar rumah. Jauh disudut hatiku, aku memberontak dengan perubahan yang terpaksa aku lalui semenjak aku mula memasuki sekolah agama ini. Kadang2 aku mempertikaikan pemakaian tudung labuh yang banyak menyukarkanku untuk bergerak bebas. Namun aku masih tidak istiqamah memakai tudung labuh tersebut. Jika aku sempat memilih baju dan menggosonya, aku akan mengenakan tudung labuh yang sesuai dengan bajuku, jika tidak ak hanya memakai tudung segi tiga pendek.

*********

"Umi dan Baba seolah2 mengongkongku. Aku mahu ke bandar juga tidak boleh. Mahu ke mana2 aku diwajibkan memakai baju kurung kecuali malam sahaja diberi kelonggaran memakai t-shirt!! Ahh, peraturan ini menyukarkan aku. Sudahlah dipaksanya aku masuk ke sekolah agama. Langsung tiada saingan yang hebat2"monologku sendirian menyatakan tanda protesku terhadap peraturan yang baru sahaja Umi dan Baba berikan ketika selesai makan malam bersama keluarga.

Sejak akhir2 ini, segala peraturan dan arahan di dalam rumah semakin diperketatkan. Jiwa remajaku yang ketika itu baru sahaja berusia 13 tahun menjadi memberontak. Masakan tidak, rakan2 sebayaku sudah bebas keluar bandar bersama2. Tetapi tidak pernah sekali diberi peluang itu untuk keluar bersama2 mereka. Setiap kali aku memintanya, pasti permintaanku ditolak atas dasar aku masih kecil dan keselamatanku tidak terjamin ketika berada bersama2 rakan. Bagiku pula, aku hanya ingin merasai kebebasan sedikit berada di luar kongkongan ibu bapa ku. Dan peraturan berpakaian pula diperketatkan. Bahkan aku masih belum mencapai akil baligh. Masakan tidak, aku hanya dibenarkan memakai baju kurung sahaja ketika keluar ke mana2 termasuklah balik ke kampung. Dan kelonggaran hanya diberikan pada waktu malam dengan memakai t-shirt labuh. Di rumah pula, peraturan menonton televisyen juga diperketatkan. Kami adik beradik tidak dibenarkan menonton televisyen bermula pada jam 6.45 petang sehinggalah pukul 8.00 malam. Padahal rancangan televisyen yang popular dimainkan pada waktu itu. Dan Baba juga menwajibkan kami telah siap mandi sebelum jam 7 malam untuk bersiap2 berjemaah solat magrib. Bagiku peraturan kesemua ini sangat membebankan aku. Kesemua nikmat keseronokan telah disekat oleh ibu bapa ku.

"Insyirah, buka pintu nya nak. Umi mahu bicara sebentar" suara Umi di luar mematikan lamunanku. Walaupun masih memberontak dengan peraturan yang baru sahaja dikenakan kepadaku tadi, aku masih mendengar segala apa yang disuruh Umi. Dengan sekadar bermalas2an, aku membukakan daun pintu bilik untuk membenarkan Umi masuk ke kamarku.
"Sudah tidur kah? Ini ada surat Anugerah Kecemerlangan UPSR. Posmen hantar pagi tadi. Minggu depan Insyirah terima anugerah. Tahniah ye nak atas keputusan yang membanggakan Umi dan Baba" tutur Umi ku lembut dengan genangan air mata di kelopak matanya sambil mencium ubun2ku.
"Er...terima kasih Umi"hatiku yang masih merajuk sebentar tadi mula terpujuk dengan kelembutan Umi yang pandai mengambil hatiku. Aku jadi terharu dengan sikap baik Umi ku. 
*********

Hari Anugerah Kecemerlangan telah pun tiba. Aku diwajibakan memakai pakaian rasmi sekolah menengah untuk menghadiri hari anugerah tersebut. Pada mula nya , aku merasakan sangat malu mengenakan tudung labuh itu kerana aku sahajalah satu2nya pelajar yang menerima anugerah yang telah bersekolah di sekolah agama. Kawan2ku yang lain semuanya datangnya dari sekolah menengah yang hebat2 dan terkenal dengan kecemerlangan akademik sekolah mereka. Sehinggalah tiba satu ketika di mana seorang ustazah yang pernah mengajarku bahasa arab semasa berada di darjah 6 menegurku ketika aku bersama2 dengan rakan2 ku yang lain.

"Insyirah sekolah mana ni? Insyirah nampak manis sangat pakai tudung labuh." tutur ustazahku itu sambil tersenyum ke arah ku. Dari kaca matanya aku dapat melihat dia seolah2 sangat gembira melihatku dengan keadaan begitu.
"Insyirah Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan je. Diaorang ni semua hebat2." jawabku merendah diri kerana tidak berada di sekolah yang setaraf dengan kelayakanku.
"Je?? MasyaAllah Insyirah, Insyirah tahu tak berapa ramai pelajar yang minta ke sekolah tu. Ada tu dari KL sana semata2 nak dapatkan sekolah agama terbaik di negeri Pahang. Setiap kali permohonan pasti beribu2 yang memohon. Dan yang terpilih untuk temuduga hanya separuh sahaja yang layak. Dan hanya yang bertuah sahaja dapat melayakkan diri pada temuduga itu. Insyirah sepatutnya beruntung, kerana masih ramai yang membuat rayuan untuk bersekolah di situ."kata2 ustazah membuatkan aku sedikit insaf dan bersyukur kerana berjaya bersekolah di sekolah tersebut.
"Erk..." aku tidak mampu berkata apa2. Aku hanya menundukkan pandangan. Kata2  ustazah tadi sedikit sebanyak membuatkan aku terkesan. ye, aku kurang bersyukur kerana ditempatkan di sekolah tersebut.
"Insyirah., apa2 pun ustazah bangga dengan Insyirah kerana dapat masuk ke sekolah itu. Nanti ustazah pun nak hantar anak ustazah ke sekolah tersebut. Bolehlah dia mendapat tunjuk ajar daripada Insyirah. Insyirah, jaga diri Insyirah. Jaga agama. Perempuan kalau dia bertudung labuh, dia mudah menjadi perhatian masyarakat. Masyarakat akan memandang mulia mereka yang bertudung labuh. Jangan pula kerana tingkah laku kita yang buruk menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap golongan yang bertudung labuh. Kata orang kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" kata ustazahku sedikit berbisik ke telingaku agar tidak mengecilkan hati teman2 ku yang lain.
"Terima kasih Ustazah!" aku sekadar mengucapkan terima kasih kerana memberi nasihat kepadaku yang masih bercelaru mencari identiti diri ketika itu.
Sejak balik dari menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan, aku sentiasa berulang kali memikirkan kata2 ustazah. Ada benarnya. Buktinya ketika aku pernah menemani Umi ke pasar raya, ketika itu aku berada di lorong yang hanya memuatkan dua orang berjalan. Itu pun perlu berselisih dengan jarak yang terlalu dekat dan bahkan mungkin bersentuhan. Tetapi pada ketika itu, ketika aku melalui lorong itu tiba2 aku bertembung dengan seorang remaja lelaki barangkali pangkat lebih tua beberapa tahun daripada aku yang turut melalui lorong itu secara bertentangan. Ketika itu air muka ku agak terkejut dengan kehadiran pemuda itu dengan tiba2 di hadapan ku. Pemuda itu yang melihat aku terus menundukkan sedikit muka dan bergerak ke belakang bagi memberi laluan kepada ku terlebih dahulu. Aku terus melalui lorong tersebut dan mngucapkan terima kasih kepadanya walaupun pada hakikatnya aku sangat terkejut kerana dia sanggup mematahkan perjalanannya semata2 memberi ruang untukku melalui lorong tersebut terlebih dahulu sedangkan jika kami berselisih sekali pun belum tentu akan bersentuhan kerana saiz badan ku dan dia hanyalah kecil sahaja. Sekarang baru lah aku mengerti betapa hormatnya lelaki di luar sana terhadap gadis yang bertudung labuh.

*********

Moral of the story:
1) Allah mengangkat darjat wanita yang menutup auratnya dengan sempurna bahkan dijanjikan balasan syurga.
2) Wanita yang menutup aurat dengan sempurna lebih terhindar daripada gangguan  seksual ketika berada di khayalak ramai.
3) Keselamatan wanita yang menutup aurat lebih terjamin.
4) Wanita yang menutup aurat dengan sempurna dapat membantu kaum adam menundukkan pandangan mereka.

p/s: Jom muslimah diluar sana, kita berubah sedikit demi sedikit menjadi wanita yang bermaruah dalam menjaga aurat. Sayangi ayab, abang2, adik lelaki dan suami kita. :) Moga Allah redha!!

*kisah dan teladan SaFa tulis berdasarkan perjalanan hidup SaFa sendiri. Moga diriku istiqamah dan terus memantapkan diri. Kadang2 sukar , tapi SaFa mesti terus berusaha mencari redha Allah. :)

Penulis masa lapang,
Aish SaFa
cerpenis! :p

Thursday 3 January 2013

Cerita ceritu Farah

Hi and Assalamualaikum! :)

Tak ada cerita menarik pun yang SaFa nak kongsikan. Tapi disebabkan SaFa mempunyai banyak masa yang terluang pada hari ini, SaFa berhajat untuk meluangkan sedikit masa bersama blog kesayangan SaFa. Ekceli, 2 hari yang lepas adik bongsu SaFa telah mula bersekolah. Bahagianya SaFa kerana adik sudah mula bersekolah tapi SaFa agak terkilan sedikit kerana SaFa tiada bersamanya untuk menemaninya ke sekolah. :( Padahal SaFa sangat excited nak tengok gelagatnya si cilik Farah pada hari pertama, tetapi memandangkan SaFa menduduki final exam pada hari tersebut maka tiadalah kesempatan buat SaFa mengahntarnya ke taski. Huhu.

Buat pengetahuan readers di blog SaFa, adik bongsu SaFa adalah sebahagian nyawa SaFa kerana dia adalah insan yang paling rapat dengan SaFa selain Umi dan Abah SaFa. Bagi SaFa, dia adalah jiwa SaFa. Andai kata hatinya tersakiti, SaFa seolah dapat merasakan kesakitannya juga. Sudah diibaratkan seolah ada suatu kuasa yang luar biasa antara kami. Sebaliknya jika perasaan dan jiwa SaFa yang merana dan sengsara, SaFa juga dapat melihat kesedihan di wajahnya. Pokoknya SaFa sangat akrab dengannya semenjak dia lahir ke dunia ini sehinggakan orang yang paling SaFa percayai untuk berkongsi rahsia adalah dia walaupun usianya baru menjangkau 5 tahun tetapi pemikirannya sangat matang. Thank you a lot my dearest Farah. :)

Let me introduce my youngest sister forever,Farah Fasihah.

Haha, comelnyer dia. SaFa mase taski dulu pun tak pandai pakai tudung comel2 macam tu. hak2. :p
Malam semalam SaFa call umi SaFa bertanyakan tentang hari pertama persekolahan si cilik Farah. Tak sangka SaFa yang si cilik Farah ni manja juga rupanya. Katanya umi, dia menangis. Tapi normallah tu, first day right? takut lagi ditinggalkan sebab tak de kawan.  Apa lagi, SaFa terus lah mengambil peluang berborak panjang dengan Farah selepas berborak dengan umi. 

Jeng3. SaFa tahu Farah pasti akan mendengar cakap SaFa. Ha, inilah peluangnya SaFa memberikan kata2 semangat buat dia. SaFa berjanji akan memberikan hadiah kepadanya kalau dia berjaya dan rajin ke sekolah. (Kene la pandai ambik hati budak2 hehe) Lagi, SaFa minta dia berjanji takkan menangis lagi ke sekolah. Mula2 dia seolah tida mengendahkan permintaan SaFa tapi buktinya selepas hari kedua persekolahan, SaFa menelefon umi, alhamdulillah, umi memberitakan cerita yang positif. Katanya, Farah sangat bersemangat ke sekolah pada hari kedua. Setelah bersalaman dengan Umi dan Abah di dalam kereta, dia terus menuju masuk ke dalam kelas. Wauu, sungguh ajaib! Sebabnya Farah yang SaFa kenali sangat pemalu orangnya. Apapun SaFa bersyukur dengan perubahan yang positif itu.  :)

Oraite my dear Farah, Kak Long menulis moment kebahagian Kak Long di blog Kak Long ini tanda Kak Long sangat beruntung dapat adik macam Farah. Nanti bila Farah dah besar boleh lah Farah membaca hasil tulisan Kak Long dan Farah akan lebih mengetahui betapa besarnya cinta Kak Long buatmu sayang. :') 

Dan buatmu adikku, segala yang akan menjadi sebahagian hidup Kak Long nanti akan menjadi satu perkara yang Kak Long akan minta pandangan darimu. Itu janji Kak Long. Kata2 ini sangat mendalam maksudnya, tetapi Kak Long pasti akan jelaskan kepadamu nanti tika usiamu sudah sampai waktunya. InsyaAllah.  

Dedikasi buatmu permata hatiku, Farah Fasihah.

Kak Long Iman,
Aish SaFa

Friday 28 December 2012

CREPE DURIAN

Mesti ramai dah tahu kan dan kenal apa itu crepe durian kan? Mana tidaknya, sepanjang musim durian baru2 ini makanan ini seolah2 famous dan disebut2 orang. SaFa juga tidak melepaskan peluang mencuba resepi baru ni. :)

Atas permintaan rakan2 di studio dan kawan2 baik SaFa, maka SaFa berbaik hati lah untuk membuatkan mereka sedikit crepe durian sebagai bekalan untuk dibawa pulang pada esok hari. Nak buat crepe durian tu bukan lah susah sangat cuma memerlukan kesabaran dan ketelitian. Mana tidaknya, proses membuatnya bermula daripada membuat kulitnya selesai dahulu barulah boleh disambung dengan meyiapkan intinya. Kan penat tu! =_='' Tapi tak mengapa, demi mereka yang tersayang , SaFa gagahkan diri untuk menyiapkan sedikit yang termampu. Pandai2 lah mereka kongsi nanti. Yelah, sharing is caring right? :p Hehe. Lagipun kos pembuatannya juga mahal. Nasib lah parents SaFa yang support bahan2 untuk membuat crepe durian tersebut. Kalau tidak pening jugak SaFa memikirkan cara untuk mengeluarkan kos perbelanjaan itu. Hehehe. Terima kasih Umi Abah. :)

Sebelum tu, jom tengok macam mana rupa crepe durian SaFa kali ini. Hihi.

Tu dia crepe durian. Membuka selera bukan? :p
Gambar ni SaFa curi dari internet. Dan resepi kat bawah ni pun adalah resepi yang SaFa ikut. Jadi pembaca sekalian boleh cuba juga!
  
Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara2:
1. Pukul whippg cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sebentar. Siap!


Buat banyak2 tapi kene tinggalkan untuk family jugak. jadi kawan2 nanti pandai2 la share eh? hehe


Esok SaFa dah nak balik USIM. Cuti study week dah nak habes. :(

See you again in the next post. Tata~ Wasalam. :)

Keep learning,
Aish SaFa
untuk yang sentiasa memberi kata2 semangat. :) tq yep!

Thursday 27 December 2012

TIKA ITU


Ketika itu,
Aku pandang awan nan tinggi di angkasa
Penuh rasa bahagia di dada
Seperti mana awan itu berarak
Seperti itu juga lah hati ku ketawa riang
Aku bahagia dengan kehidupan ku kala itu
Kerana aku merasakan dunia ini aku yang punya

Ketika itu,
Aku cuba menghitung sebanyak bintang di langit gelita
Namun semakin ku hitung semakin tak terhitung bilangannya
Dan aku merasakan kebahagiaan ku juga tak bisa aku hitung
Kerna dunia di sekeliling ku membuat aku tersenyum bahagia
Terima kasih buat pendamping2ku yang setia
Yang setia mewarnai hari2 ku menjadi lebih ceria

Taktala itu,
Masa terus berlalu dengan pantas
Tanpa sedikit pun membiarkan bahagia itu terus kekal di situ
Dan saat itu tetap berlaku
Awan mendung datang tanpa diduga
Bukan aku yang pinta
Dan tak pernah juga aku menduga

Taktala itu,
Hatiku didatangi perasaan yang bersalah teramat
Bukan niatku bicara begitu
Bukan maksudku untuk mengguriskan satu jiwa
Tapi barangkali anasir luar membuatkan fikiranku bercelaru
Bebanan kerja membuatkan aku termengah dalam kepenatan
Dan aku tanpa sedar membuatkan bahagia itu sekelip mata hilang
Membawa seribu penyesalan yang tiada gunanya lagi

Andai waktu itu berulang kembali
Akan ku pastikan semuanya takkan terjadi
Demi meraih kebahagian yang sejati
Bukan mendung di tengah hari yang cerah

Sajak di malam yang indah,
Aish SaFa


Tuesday 25 December 2012

BIARKAN DIA DI SITU

Asslamualaikum

First, nak cakap SaFa rindu sangat2 nak blogging. Sejak SaFa terjun dalam dunia sebagai pelajar seni bina, SaFa langsung tidak sempat untuk menulis walau sepatah kata di blog SaFa. Ouh, teruknyer! T__T Tapi, kali ini dengan berbakinya cuti study week untuk final exam SaFa tak lama lagi, SaFa mengambil kesempatan ini untuk meulis walaupun sedikit cuma. :)

Macam mana study sekarang?
Alhamdulillah, SaFa gembira dengan kos SaFa sekarang. SaFa memang minat dalam bidang ni. Betul la kata orang, sukar macam mana pun sesuatu bidang tu tapi bila kita minat semuanya langsung tidak menjadi halangan untuk kita terus melangkah dan mencipta prestasi yang lebih baik dalam bidang tersebut. Walaupun pada awalnya SaFa akui ia sedikit sebanyak membuatkan kesihatan SaFa terabai kerana kurangnya waktu rehat yang cukup, namun alhamdulillah lama kelamaan SaFa dapat membiasakan diri SaFa dengan keadaan sebegitu.

Kehidupan SaFa masih sama ke seperti dahulu?
Secara jujurnya, kehidupan SaFa totally seratus peratus berubah dari kehidupan SaFa dahulu. Pertama, kalau dahulu SaFa seorang yang sangat memandang 'pelik' bagi perempuan yang berseluar  dan berbaju tshirt ke  kuliyah, namun sekarang barulah SaFa dapat memahami situasi dan kehendak keadaan yang kadang2 memerlukan wanita dalam bidang ini berpakaian yang sesuai dengan keadaan semasa. Betullah kata orang, janganlah kita mudah memandang serong terhadap sesuatu perkara kerana hanya kita tidak berada dalam situasi mereka. Janganlah kita mudah menghukum sesuatu yang kita tidak pasti asbabnya menjadi begitu.

Sibuk sangat ke SaFa sekarang?
Ye, SaFa akan sibuk setiap kali SaFa mendapat projek baru. Kadang2 SaFa hampir terlupa waktu makan dan tidur SaFa gara2 SaFa terlalu mengfokuskan diri untuk menyiapkan projek tersebut. Memang tak dinafikan kesihatan diri perlu dijaga tapi barangkali SaFa tidak prihatin tentang masa yang berlalu dengan pantas. Jadi, bagi kawan2 yang kadang2 mungkin terasa terabai dengan sikap Safa yang kurang prihatin terhadap kalian semenjak dua menjak ini, maafkan lah diri SaFa ini yerp! Bukan niat SaFa untuk melupakan tapi keadaan dan kehendak tugasan menyebabkan SaFa terlupa akan keadaan sekelililng. T_T

SaFa tak nak bercakap panjang, sekarang SaFa ingin kongsikan sedikit perjalanan dan aktiviti SaFa sepanjang bergelar pelajar arkitek di USIM. :)

antara lukisan terawal SaFa dalam sem 1 :)
projek berkumpulan study bed. satu satunya projek berkumpulan dalam sem ini. 
islamic pattern. kerja individu. 
mereka dengan bahagianya. :)
kumpulan mereka. ^_^
dan juga mereka. :P
mereka juga. :D
purplish group. :p
dan ini kami.  :)
sewaktu lawatan ke masjid besi. :)

di luar kawasan masjid.
interior perspective. lukisan yang x seberapa. =_=''
kami bercuti sambil menyiapkan assignment. menjamu nasik ambeng di kuala kuantan. :)
tak terlepas turut merasai cendol bakar. 

turut turun ke sawah padi di tanjung karang. cantik nyer pemandangan di sana. :)
kenangan di jeram. mimpi ngeri juga barangkali dengan incident yang berlaku. T_T

ketika pergambaran video arab di masjid sultan abdul aziz shah
teman2 seperjuangan di KLCC

pergambaran di Icity.
at satay kajang haji samuri.
at KLCC
iftar jamaie di MMA Santai. 
lakonan.
aktiviti kemuncak adalah saat genting dan aksi2 kami ketika menyiapkan final projek. 
ketekunan masing2 menyiapkan presentation drwaing mereka di studio 
keep doing your work ayu!
my presentation drawing. akhirnya siap tepat pada waktunya. 
kerja2 mencantum 'tikar' tido. :p
mereka menggunakan saki baki masa yang ada untuk menyiapkan kerja mereka sebelum masuk ke dewan kuliyah.
inilah mereka. sungguh komited right? hehe
aksi mereka. :p
alhamdulillah, kami dah ready untuk present.
gaya presentation seorang arkitek. :p 
rasanya itu sahaja yang mampu SaFa upload. masih banyak gambar aktiviti kami bersama tapi tak terdaya untuk mengupload nyer disebabkan malam sudah pun tua. :p haha. itu sahaja. Jumpa lagi dalam post yang akan datang. Dan yang paling penting saya sayang family arkitek lillahitaala. Moga kita terus bersilaturrahim ke akhir nyawa. Amin.

Salam kebahagian,
Aish SaFa
AR to be. :)