....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Sunday 6 May 2012

BERANIKAH MENJADI 'TARGET'?

Salam sejahtera buat pembaca yang meninggalkan jejaknya dan pembaca yang ingin menjadi 'silent reader'. Terima kasih kerana memberikan sedikit ruang waktu untuk memjadi pembaca di blog serba doef ini. Moga2 ada terselit sedikit ilmu yang dapat diambil dan dijadikan teladan. Maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan dalam karya penulisan ana.

Pembaca budiman,
Apakah perasaan anda sekiranya seluruh ahli keluarga anda meletakkan seluruh harapan yang tinggi di atas bahu anda? Gembira? Bahagia? Seronok? Takut? Bimbang? Atau Gementar? Atau mungkin semuanya sekali? Tetapi pernahkah anda terfikir apakah akan terjadi sekiranya anda gagal melunaskannya? Apakah perasaan mereka? Dan apakah juga perasaan anda? Sakit? Perit? Sedih? Atau mungkin seperti tiada apa2?

Pembaca yang ana hormati,
Ingin ana kongsikan sedikit pengalaman daripada kisah hidup ana. Ketika ana menerima slip keputusan UPSR yang mana merupakan peperiksaan besar utama dalam hidup ana, alhamdulillah ana berjaya mendapat straight's A dalam kesemua subjek. Dan berita kejayaan ana telah tersebar dalam ahli keluarga ana. Ramai yang mengucapkan tahniah. Kejayaan ana telah membanggakan kedua ibu bapa ana. Dan takkala ana memberitakan kejayaan ana kepada tokki kesayangan ana, ada satu amanat penting yang ana pegang sampailah ke hari ini.

"SaFa cucu harapan tokki,SaFa jadi contoh buat adik2 SaFa dan cucu contoh tokki yer"

Ana cuma mampu mengangguk dan mengucapkan terima kasih kerana meletakkan harapan yang begitu tinggi buat ana. Pada masa itu mungkin ana gembira kerana dapat title "cucu harapan". Yang mana tak sesiapa mengunggulinya sebelum ana. Tidak dinafikan ana adalah antara cucu 5 terawal dalam keluarga ummi ana. Makanya ketika itu ana menungguli anugerah itu kerana menjadi yang pertama mendapat straight's A dalam peperiksaan besar. Alhamdulillah setinggi kesyukuran kerana kepadaMu kerana memberikan ruang untuk ana membahagiakan kedua ibu bapa ana.

Sejak pada hari itu ana mula mengenggam bara keazaman yang kuat di dalam genggaman ana untuk membuktikan kepada mereka ana mampu berjaya seperti yang diharapkan. Alhamdulillah peperiksaan besar yang ana duduki hampir kesemuanya ana berjaya memberikan sekuntum senyuman buat ayah dan bonda ana. Dan kejayaan yang benar2 membuka mata rakan2 dan ahli keluarga ana yang lain apabila ana berjaya meraih 10A1 dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama ketika berada tingkatan 4 yang mana menuntut kesungguhan setiap pelajar yang mengambil aliran thanawi ini. Ramai saudara mencadangkan ana menyambung pengajian ke Timur Tengah selepas selesai menduduki SPM.

Namun Dia lebih mengetahui,ditempatkannya ana di sebuah universiti tempatan dalam bidang yang bukan menjadi pilihan utama ana tetapi pilihan yang paling ana elakkan iaitu terakhir. Susah untuk ana memberikan jawapan ketika itu. Terduduk ana termenung panjang untuk memberikan keputusan. Kerana ketika itu ana juga merupakan pelajar STAM di madrasah thanawiyah ana. Bahkan ana sudah mendaftar menjadi calon STAM pada tahun itu. Dalam kerungsingan itu,ana terus meminta pandangan sahibah karib ana.

Katanya banyak memberikan nasihat dan paling nasihat yang memberi kesan kepada keputusan ana ialah

"peluang hanya datang sekali"

dan mengambil kata2 ini ana bermusyawarah dengan keluarga. Alhamdulillah hasrat ana disambut baik oleh kedua orang tua ana. Dengan lafaz bismillah ana mulakan dan corakkan hidup ana di universiti tersebut.

Namun,bumi ini bentuknya sphera. Tak selamanya kita berada di atas. Kadang2 kita juga perlu merasai berada di bawah. Ye,itulah yang ana rasakan ketika ana mula berada di universiti. Ana tidak mampu untuk terus meraih kejayaan demi kejayaan dalam akademik ana. Cukup sekadar lulus tanpa pencapaian yang kurang memberangsangkan. Ana mula sedih kerana tidak mampu 'perform' dengan baik dalam pelajaran dan menjadi antara pelajar 'best student'.


Sekarang barulah ana risau bagaimana rasanya ingin mengukuhkan kepercayaan yang diberi oleh insan yang sangat ana hormati. Tetapi pembaca yang budiman, berpegang pada prinsip hidup

man jadda wajada

kita tidak dikira gagal sekiranya gagal setelah berusaha tetapi kita dikira gagal jika gagal untuk berusaha

mampu mengubat sedikit rasa  sedih dan gundah. Berbahagialah dan bergembiralah buat mereka yang terus berusaha tetapi masih belum diberikan kejayaan kerana Allah itu Maha Adil. Dia Maha Mengetahui sebanyak mana usaha hamba2Nya. Walaupun tidak berjaya di mata dunia tapi dia mungkin mulia di sisi TuhanNya. InsyaAllah.

Pesan buat diri penulis sendiri, teruskan perjuanganmu. Teruslah melangkah,jangan mudah putus asa. Biarlah menjadi 'contoh' dan pengukur 'sandaran' bagi yang lain sebagai cabaran untuk dirimu untuk meletakkan impian menggunung.

Buat adik2 lepasan SPM terutamanya yang masih beristikharah dalam memilih pilihan hidup pada masa hadapan,teruslkan perjuangan anda. Kekalkan prestasi anda di mana pun anda berada. Jangan terus membongkak diri dengan kejayaan yang dimiliki hari ini kerana kejayaan belum tentu menjadi milik kita selamanya.

Credit to adik juniorku yang bakal mendaftar sebagai calon Al-Hafiz di Darul Quran pada esok hari, tahniah dan syabas akak ucapkan kerana memilih keputusan yang insyaAllah baik untuk semuanya. Mudah2an keberkatan menyusuli langkah awak. Terima kasih kerana memberikan semangat kepada akak walaupun dengan hanya awak meminta nasihat daripada akak. Secara tidak langsung akak mengecas diri akak yang dahagakan kata2 semangat.

Tinta inspirasi,
Aish SaFa
Mencari As-Sakinah fi Lail
3.12 a.m



No comments:

Post a Comment