....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday 30 April 2012

BEST MOMENT WITH U!

. . . . .

"anti nama ape?"
"anti?''
"maksud saya,nama awak sape?''
''oouhh,nama saya FATIHAH AMIRAH..awak?"
"nama saya SaFa. Awak nak panggil Fa je pun xpe''
"ouhh,awak nak panggil saya Te-ah boleh jugak,Aegy pun boleh"
"-_-' aegy..?"

{peratama kali jumpa roomate ana waktu kemas2 bilik,masa tu dia dengan ummi dia}

. . . . . .

pada suatu malam setelah selesai minggu orientasi,kami rakan serumah duduk dalam bulatan.

"Nama saya Nurul Syafiqah binti Adnan. Orang panggil saya e.p"
"e.p?? -_-' " sekali lagi SaFa termenung. kenapa jauh benar nama sebenar dengan nama panggilan.
"err...nama saya Siti Nur Hazirah,boleh panggil Zira.."
"Nama diberi Aisyatul Amirah. Boleh panggil Aisyatul"
"Ismi Khairussyifa'..panggil Syifa' je''

{peratama kali bersua muka walaupun kami telah tinggal selama 3 hari bersama2 dalam satu rumah. Disebabkan minggu orientasi yang sangat padat jadualnya,kami jarang bertemu}

. . . . . . .

"Sape yerp nama sorang lagi tu? Fa x pernah nampak pun batang hidung dia" ajuk ku kepada e.p.
"Namanya Karimah Aliyah. Dia suruh panggil dia Kim''
"Kim??? macam mana boleh jadi Kim?" sekali lagi ana terpinga2.
"Dia gabungkan namanya yang hadapan dengan yang belakang"
"ouuuhh...." ana hanya mengangguk walaupun masih tidak dapat menggabungkan namanya itu menjadi nama panggilannya itu.

{first time mengenali insan yang banyak memberi penambah rasa dalam perhubungan ku di Universiti}


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Look SaFa!! skemanya SaFa masa mula2 kenal dengan diaorang. Dia pun skemanyerr.. Hahaha.

tapi sekarang.....,

bila dah setahun jadi rakan serumah dengan mereka,takde nye dah malu2 kucing,malu2 ayam. Sume cakap main lepas jer.hihi.
Banyak kenangan kami lalui sama2. Lebih2 lagi time exam, mulalah ada yang buat tidur berjemaah kat ruang tamu tu. Bentang cadar,duduk study same2. Katanya senang nak bangun awal pagi sama2. Itulah dinamakan sebuah kenangan manis. Sweetkan kita?

Korang. . . .

Ingat tak lagi time adik bongsu kita buat kek coklat ni masa kita tengah exam mid sem hari tu?

kEk cOkElat,mArvEoLuSs!!


 Thanks Aisyatul buatkan kek ni. Tau2 je SaFa memang tak tahan tengok kek coklat kan? hihi.

Kalo dalam teratak kami di kayangan tu, SaFa engat lagi,asal aje waktu free. .Aegy dengan sekutunya e.p mesti duk melayan cerita Korea. Hampir sume cerita dia tengok. Tapi maaflah,SaFa sikit pun tak berminat apatah lagi nak join sekaki. Ntah la.. jiwa SaFa tak sama dengan kalian. T_T Kadang2 sume dalam rumah tu duk layan korea,tapi SaFa buat je la kerja SaFa sorang2. Hehe.

SaFa kalo layan lagu pun SaFa akan pasang lagu nasyid. Terima kasih la Khairussyifa' Humaira sebab banyak sangat perkenalkan lagu2 baru nasyid kat SaFa. hihi. Tapi sekali sekala SaFa layan jugak lagu2 jiwang. Orang kata lepas tension lepas otak dah 'sumbat'. hehehe.

Yang cik akak sulung dan kak ngah kami,Kim dan Zira suka sangat duduk dalam bracket. Memang jarang la nak nampak duduk kat luar. Buat apa dalam bilik pun kami tak tahu. haha.

Sorila,banyak pulak SaFa berceloteh. Sebenarnya SaFa dah start rindu dekat diaorang sume. T_T

Ekceli kad ni,kad Fa bagi dekat Adibah masa tukar2 kad,tapi kata2 kat kad tu Fa nak housemate Fa hayati. =)
Alang2 SaFa dah ter'post' pasal kad ni, SaFa pun nak share jugak la kad yang SaFa dapat dari Abi Shahidam. Kad tu tak berhias langsung,tapi disebabkan SaFa nak hantar dan lekatkan dalam buku skrap, SaFa hias bagi cantik la sikit.

Terima kasih je la bagi mereka yang buat kad ni.
okeyh,dah terlampau panjang SaFa berceloteh kali ni. Ekceli sekejap lagi SaFa nak pergi Kemaman. Nak ambik angin. ^_^

Salamullahi Ta'ala w.b.t.

Maaf salah silap,
Aish SaFa,
E-2-3

No comments:

Post a Comment