....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday, 7 May 2012

TART TELUR

Salam. ^_^

Bahagianya rasa hati ini walaupun masih penat setelah selesai berada di dapur Tapi bahagia ni datangnya dari hati bukannya perlu dicari.

Oklah silent reader SaFa, especially to Khairussyifa Humaira yang beria2 nak SaFa 'update'kan pasal tart telur yang baru saje SaFa buat. Hehe. Untuk tidak menghampakan Syifa ku, SaFa updatekan khas buatmu ukhtiku. ^_^ (kalo tak suruh update pun SaFa akan update jugak. Hehe) Tidak lupa juga buat sahabatku kini dan selamnya Nurul Farhana yang memang dari dahulu setia dengan tart telur yang SaFa buatkan untuknya. Jangan lupa mencubanya yer! Manfaatkan cuti berbaki ini dengan ilmu2 di dada. Terima kasih buat akhi Muhaimin yang memberi sokongan terhadap usaha ana.

Tapi sebelum tu, SaFa nak bagitahu betapa terkial2nye SaFa nak cari bahan2 dan perkakas untuk buat tart telur ni dekat dapur ummi SaFa tadi. Itulah padahnya bila satu semester takde dekat rumah. Semua barang beralih tempat sebab ummi SaFa tu rajin sangat berkemas. Tapi nasib baik ummi SaFa ada dekat dapur tadi, mudah untuk SaFa bertanya. Hehe. Ummi,ummi.... (0_o)

Baiklah pembaca yang dirahmati Allah,

Jom kita lihat dulu bagaimana yang dipanggil tart telur tu??

Tart Telur SaFa
Bahan2 untuk membuat Inti

Inti Tart Telur
4 biji telur
1/2 tin susu cair
3/4 cawan gula dikisar

Kesemua bahan diatas dicampur dan dikacau sebati. Kemudian ditapis menggunakan penapis untuk mengelakkan ketulan kuning telur. Inti yang telah siap diketepikan.

Bahan2 untuk membuat kulitnya

250 gm planta
100 gm gula aising
1/2 biji telur
500 gm tepung gandum

kulit tart telur yang telah dibentuk di dalam acuan.
  • Mula2,planta , gula aising dan telur di campurkan kedalam satu bekas. Kemudian kesemua bahan tersebut dipukul menggunakan mixer hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan tersebut dan gaulkan (menggunakan tangan) hingga sebati sehingga siap menjadi seperti doh.
  • Bentukkan kulit tart kedalam acuan.

  • Kemudian kulit tart tersebut dibakar di dalam oven selama 3-4 minit tujuannya untuk mendapatkan rasa rangup kulit tersebut.
  • Seterusnya, inti telur yang telah siap dibancuh sebentar tadi dituangkan kedalam kulit tart tersebut.
  • Tart telur yang telah dituangkan inti kedalamnya..





  • Kemudian, tart telur dimasukkan kedalam oven sekali lagi dan dibakar pada suhu 120 degree celcius sehinggalah inti tart menjadi sedikit keras. Untuk kelihatan cantik,elakkan inti tart terlampau masak sehingga menggelembung.
  • Setelah siap,bolehlah dihidangkan bersama minuman sejuk sebab mungkin anda akan berasa dahaga. Hehe.

Ramuan tambahan: SaFa mulakan dengan bismillah setiap kali ingin memasukkan sesuatu. Kemudian , SaFa juga membaca selawat setiap kali mengadunkan sesuatu. InsyaAllah masakan dibuat bertambah sedap. Tak percaya? Cubalah dulu. ^_^



Resepi bonda,
Aish SaFa
Masih belajar nak jadi handal macam umi.
Persediaan sebelum berumah tangga. -_-'

No comments:

Post a Comment