....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Friday 4 May 2012

MENGAPA PERLU TAKUT?

Takkala ana menulis tinta ini, kilat sabung menyabung seakan2 ingin memanahkan bola api ke arah sasaran. Guruh berdentum-dentam melepaskan kemarahannya. Hujan turun dengan lebatnya. Hanya tinggal ana , adik solehah dan ummi sahaja di rumah. Baba dan adik2 lelaki ana ke masjid seperti biasa. Pulangnya mungkin lewat sedikit kerana adanya ceramah di masjid. 

Alkisah bermula,

"DUMMMMMM''

"DAMMMMMM"

Guruh seperti terus melepaskan kemarahannya. Lantas aku lihat adik bongsuku dan memanggilnya mendekatiku.

"Farah tak takut ke bunyi guruh?" tanyaku.

Farah cuma menggelengkan kepala. Terdetik rasa kagum terhadap adik bongsuku ini. Hakikatnya, aku sendiri masih belum mampu menghilangkan rasa gundah dan takut ketika petir dan kilat sabung menyabung. 

"Subhanallah, Farah memang anak yang pintar" terluncur kata-kataku memuji adik solehahku. Lantas aku merenung sejenak, khilafku. 

'mengapa perlu takut??' monologku sendirian. 

'bukankah aku hanya perlu takut pada Yang Satu?' soalan mula bermain di mindaku.

'sedangkan anak kecil itu sendiri tanpa diajar juga tahu tiada apa yang perlu yang ditakutkan' bergenang air mataku.

Masih segar di benak fikiranku,takkala berada jauh daripada keluarga. Ketika menetap di universiti jauh dari rumah. Pernah satu ketika guruh kuat mengaum-ngaum di legar angkasa. Bergegar banggunan kediaman kolejku seakan2 kiamat makin dekat. Kilat memancarkan cahaya yang terang seakan2 ingin menerangi kegelapan malam. Mengucap panjang aku dibuatnya.

Takkala itu,aku pergi mengambil wuduk dan terus bersendirian di kamarku menunaikan solat Isyak. Sungguh aku takut ketika itu,tetapi aku gagahi jua untuk bersendirian. Kawan2 serumahku berkumpul di dalam satu bilik. Masing2 menunjukkan rasa cemas mereka. 

Ketika itu,aku mula belajar satu erti pergantungan sepenuhnya kepada pencipta. Ya,sebelumnya aku baru sedar yang aku masih meletakkan sebahagian pergantunganku kepada orang tuaku yang sentiasa melindungi ku takkala aku tidak mampu melakukannya sendirian. Tapi disaat itu,aku sendirian.

Aku menangis dalam sujudku kerana aku telah belajar erti pergantungan dan pengharapan sepenuhnya melalui cara itu. Aku benar2 insaf. Dan takkala itu aku terkenang ummiku di rumah yang sentiasa sabar melayan kerenahku ketika aku masih kecil. 

*******

Katak terus memanggil hujan turun. Guruh seakan2 tidak menunjukkan tanda2 ingin reda. Aku kini tersenyum. Lantas aku peluk adik solehahku seraya berkata,

"Adik,siapa perlu adik takut?'' ajukku kepadanya.

"Tak tahu!" jawabnya endah tidak endah dengan pertanyaanku.

"Adik takut hantu?" aku mula memancing minatnya berbual denganku.

"Takut..."

"Kenapa takut?" soalku.

"....."

"Adik,ingat pesan kak long yer.. Adik tak perlu takut pada sesiapa pun melainkan Allah" terangku panjang lebar.

"Kenapa?'' 

"Sebab semua makhluk di dunia ini adalah ciptaan Allah,kita pun Allah yang cipta" 

"Ouhh..''

"Jadi kalo adik takut hantu,adik sepatutnya lebih takut kepada orang yang cipta hantu." 

"Jadi,adik kena takut pada Allah la yer??"soalnya seakan2 masih kurang mengerti.

"yup sayangku" sambil mencium keningnya.

TAMAT.


******
hujan masih belum reda.


MORAL OF THE STORY

  • segala pergantungan hanyalah kepadaNya
  • jangan diajar anak2 kecil takutkan perkara yang remeh temeh. (hantu)
  • berilah teladan kepada mereka dalam bentuk yang mudah difahaminya
  • kadang2 apa yang berlaku adalah salah satu wasilah yang Allah berikan untuk kita mengambil iktibar dan merenung kembali.
nota kaki:cerita sebenar diolah sedikit menjadi lebih menarik.



Diadaptasi dan disunting oleh,
Aish SaFa
10.00 p.m
waktu Malaysia.




No comments:

Post a Comment