....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday 30 July 2012

MAJALAH ANIS KELUARAN 180

Salam buat readers yang dirahmati Allah. Apa khabar? (Erk, macam la dapat tahu sekalipun anda menjawabnyer hihi :p )

By the way, takde apa sangat yang ana nak cakap kali ni cumanya ana ingin mempromosi majalah yang baru sahaja ana dapatkan 2 hari yang lepas. Ia adalah satu bahan bacaan ilmiah yang sesuai untuk dibaca seisi keluarga. (erk promoter sudah dia hihi). Memandangkan ana adalah seorang ulat buku (ntah ye ke dok haha), ana gemar mendapatkan bahan bacaan untuk mengisi masa lapang. Dan tujuan ana ingin mempromosikan majalah ini kerana ana merasakan terdapat banyak input yang menarik yang dapat dikongsikan buat pembaca. :)

(jangan salah paham, ana bukan tukang promoter majalah Anis pun hihi)

Mari kita tengok cover majalah Anis keluaran terbaru ni. ^_^

Tu dia, Ustazah idola SaFa hehe (patut la semangat sangat  SaFa nak dapatkan majalah Anis kali ni)  Hehe. 
Actually Kak Fatimah Syarha adalah penulis yang ana kagumi penulisannya. Setiap penulisannya sarat dengan mesej2 yang mendidik dan dapat memberi satu rasa keinsafan buat pembaca seperti ana. Dan ana juga bercita2 untuk menjadi penulis sepertinya. InsyaAllah jika diberi kesempatan. Doakan yep. :) Sekarang biarkan ana menunjukkan sekilas info2 yang boleh didapati di dalammnya.

Tu dia ade resepi nk buat brownies. :)
Sori kepala terpakse disengetkan. Artikel ni pun sgt menarik.

Ketahui apa yang dimaksudkan lapar itu manis.

Buat yang bergelar muslimah. Anda harus mengetahui bagaimana mahu menjadi muslimah yang bijak. :)

Kenali buah yang popular di zaman rasulullah. 

Walaupun masih belum bergelar ibu, ana suka membaca bahan bacaan berkaitan penjagaan bayi. :p 

Bicara cinta high class pasangan novelis terkenal. :)
Terdapat banyak lagi entri menarik dalam majalah anis keluaran terbaru ini. Dapatkan segera. Tiada salah dalam mencari selautan ilmu.

Minat berkarya,
Aish SaFa
Menyimpan cita2 menjadi sehebat beliau.

Tuesday 17 July 2012

FINALLY IMPIAN DAHULU DI DEPAN MATA

Salam buat pembaca. :)

Wondering dan sangat teruja! Dahulu punya impian yang jitu hendak mengambil bidang seni bina ketika borang permohonan ke IPTA lepasan SPM, tetapi tiada rezeki (dan kurang mendapat galakan). Dan terjunamlah SaFa dalam bidang Sains dan Teknologi di dunia USIM walaupun hati tersangat cinta ke arah bidang agama. Rezeki dan tuah pada masa hadapan tiada yang tahu, SaFa meniggalkan pengajian sebagai pelajar STAM dan memasuki tamhidi di USIM. Tetapi tanpa disangka2, kos yang diceburi dapat melayakkan SaFa mengambil pilihan dalam lebih banyak bidang termasuklah medic, dentistry, seni bina, aktuari, matematik kewangan , kimia industri, bioteknologi makanan, ISA dan juga fizik gunaan. MasyaAllah , ketika di tamhidi SaFa merasakn betapa sukarnya SaFa menggagahkan diri ke dalam bidang sains. Dan muncul pula minat baru yang tanpa di duga (dulu tak pernah pun minat walaupun selalu jugak skor subjek ni) iaitu subjek Bahasa Arab kerana merasakan betapa sukarnya bidang sains. 

Dan ketika diminta mengisi borang permohonan untuk ke degree, SaFa menjadi begitu rungsing kerana tiada langsung minat dalam mana2 bidang yang SaFa boleh ceburi berdasarkan kos yang diambil. Takut, sedih dan tawar hati. Dengan berat hati SaFa memilih kos biotekonolgi makanan sebagai course yang pertama dan diikuti kimia industri dan seni bina. Walaupun SaFa mempunyai 6 pilihan untuk memilih, seingat SaFa, SaFa hanya mengisi 3 sahaja. Itupun habis kuoto 3 kali untuk mengemaskini permohonan SaFa gunakan. Kerana apa? Kerana bercelaru untuk memilih kos yang sesuai dengan SaFa. (nampak sangat kan SaFa takde pendirian) Kenapa sampai macam tu? Kerana :

  • SaFa takut tidak mampu meneruskan bidang yang melibatkan subjek Fizik dan Matematik.
  • SaFa mula merasakan bidang agama paling layak dengan SaFa disebabkan jiwa SaFa lebih sehati dengan bidang agama.
  • Risiko dan cabaran kerja juga menjadi faktor sampingan buat SaFa (parents tak nak SaFa kerja yang melibatkan penggunan banyak masa dan tiada masa untuk family)
Dalam fikiran SaFa selalu je terbayang akan mengambil keputusan nekad untuk tukar ke fakulti lain sama ada SaFa akan pergi mangambil kursus fiqh fatwa ataupun pengajian bahasa utama (bahasa arab). Walaupun kawan2 macam terkejut dan kurang menggalakan tapi SaFa mempunyai sebab yang tersendiri untuk bertindak demikian. (maybe SaFa taknak harungi perkara yang SaFa tak minat). SaFa pun bercita2 nak meneruskan kecemerlangan SaFa , maybe dapat dean list (amin). Disebabkan itu lah SaFa hanya berserah kepada mana2 pilihan yang telah SaFa pilih dan kurang memberi cakna kepada mana2 kos yang SaFa dapat. Never mind!

Dan finally!!! SaFa ditawarkan ke IJAZAH SARJANA MUDA SENI BINA DAN KEPUJIAN selama 3 tahun di USIM. Dan SaFa seperti speechless. Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin dalam hati gembira, terkejut , dan takut. Kenapa macam tu? Gembira sebab SaFa tak sangka impian yang SaFa simpan  sewaktu lepasan SPM sekarang telah pun berada di dalam genggaman SaFa. Dan takut kerana SaFa kurang yakin yang SaFa mampu melakukannya. Dan SaFa dapat merasakn cabaran yang bakal SaFa lalui selepas ini adalah sangat besar. Memandangkan SaFa hanya wanita yang lemah lagi tidak berdaya, SaFa merasakn itu sudah cukup memberi sedikit tekanan emosi untuk SaFa pada kemudian hari.

In the same time, SaFa akan membuat solat istikharah untuk pertukaran ke fakulti bahasa utama (mungkin). Walaupun macam excited nak cuba bidang ni, tapi SaFa memikirkan banyak risiko yang bakal SaFa lalui. Sebab SaFa teringat akan kata2 seorang lecturer SaFa ''minat sahaja tidak menjadi juga, yang penting kita layak tak nak ceburi bidang tu". Kata2 tu seperti mencerminkan kembali kepada SaFa, adakah SaFa layak? One more thing, SaFa memang suka drawing, bakat tu sejak kecil ada. And SaFa always akan perform dapat A dalam subjek seni semenjak di sekolah menengah. But, selepas ke sekolah menengah, SaFa hanya mempelajari seni khat. Tiada subjek seni lagi. :( Namun, khat pun membuat SaFa sangat jatuh cinta kepada kesenian islam apatah lagi reka bentuk banggunan yang berunsurkan islamik. :) Dan masalah terbesar, SaFa mulai gerun untuk menjadi student architecture kerana dengar2nya assignment berlambak dan hanya terperap di studio. Apakah? =_=''

InsyaAllah 1 September bakal mendaftarkan diri sebagai mahasiswi USIM dalam pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dengan Kepujian. Macam tak percaya je jadi arkitek? Err. Tapi SaFa bukan nak jadi arkitek, SaFa cuma minat interior designer. Itu dia cita2 SaFa. :) Apa2 pun doakan yang terbaik ye untuk SaFa. Kalau pertukaran kos yang terbaik, maka SaFa nekad untuk tukar ke kos yang sesuai. InsyaAllah. :)


Salam hormat,
Aish SaFa
sekadar mencatat diari.

Sunday 15 July 2012

ATTENDING KELAS BAKERI YANG GEMPAK

Salam alaik buat pembaca dirahmati Allah.

Semalam SaFa berkesempatan mengikuti kelas masakan buat pertama kalinya. Rasanya sangat penat. :p haha. Tapi!! sangat berbaloi kerana dapat mencedok sebanyak ilmu dalam dunia masakan. Memandangkan SaFa bukanlah seorang yang pro dalam masak memasak ni , banyak jugak lah yang SaFa tak tahu bahan2 dan teknik2 memasak. Tapi disebabkan tak pandailah , SaFa kene belajar right? ;)

Actually macam mana SaFa boleh pergi ke kelas memasak ni adalah disebabkan Umi SaFa yang beria2 nak cari kursus untuk SaFa ikuti. Hari tu my Umi cadangkan SaFa pergi ke kursus menjahit macam yang telah SaFa ceritakan dalam entry yang sebelum ni, tetapi disebabkan SaFa kurang menunjukkan minat dalam menjahit makanya SaFa tidak memgambil cakna apa yang disarankan Umi. Hehe. Sori Umi, tapi at last SaFa berjaya jugak kan menjahit sehelai baju untuk si cilik Farah dengan tunjuk ajar Umi. Well done!! SaFa dah berjaya ambil kursus rumah tangga , kursus masakan and kursus ape lagi la Umi nak cari lepas ni. Haha. :D

Suasana kat kelas bakeri tu sungguh happening dengan kelatah orang2 yang sudah lanjut usia. Memang tergelak saje SaFa dibuatnya. Memandangkan dalam kelas tu SaFa dan my bff SaFa iaitu Nurul Farhana adalah student yang paling muda, bangga la jugak kan? Selalu la dijadikan model kuih raya yang kami buat. Tak sangka ada bakat jadi tukang promotion kuih raya. Haha. :P

Entry ni pun SaFa tak nak cakap panjang, just nak kongsi pengalaman SaFa mengahadiri kursus memasak. (Hai SaFa, memasak pun kene ambik kursus ke? Nampak sangat tak pandai masak. Sori ye Encik X. Saya masih belajar lagi. Takpe lambat lagi kan? Haha. Give me time okeyh nak jadi master chef awak :p)

Okey, itu SaFa tengah piping jem strawberi nak buat tart mawar. :)
atas kiri : mocha choclate. atas kanan : classic rocher. bawah : fantasy cookies. semua SaFa suke  hehe. best sangat3.....
Tu dia kawan jemputan SaFa , Nurul Farhana :P.  buat tart mawar paling leceh kan fana? haha


Tu dia antara biskut2 raya yang SaFa belajar. :)
Tu diaaa biskut cinta Balqis. tapi baru siap bakar je dulu. deco belum lagi. hehe :P
Rasanya tu sahaja lah kot gambar yang boleh SaFa kongsi. Thanks sebab sudi baca entry yang tak seberapa ni. Broadband pun lembab, nak upload lebih2 pun tak kuasa dah. Hehe. K, daa. Asslamualaikum! ;)

p/s: raya tahun ni kompem SaFa punya kuih raya je. tak beli dah tu. pandai Umi ea bayar yuran daftar hantar SaFa pegi kursus kuih raya, pastu dah jimat daripada beli kuih raya yang mahal2. haha :D

Belajar nak jadi master chef Umi Baba adik2 dan awak,
Aish SaFa
keep learning!

Saturday 14 July 2012

MENGIKAT TALI IKATAN

Alhamdulillah, rasanya telah lama SaFa menantikan saat ini. Setelah dirisik pada bulan bulan Syaaban, SaFa sudah membuat sedikit sebanyak persedian menyambut hari2 bahagia itu pada minggu hadapan yang cuma tinggal beberapa hari lagi. Tidak lama lagi SaFa akan mengikat tali ikatan bersama 'buah hati' SaFa. Dan sisa hari yang ada ini, akan SaFa gunakan dengan memantapkan diri menyambut hari bahagia tersebut. Mudah2an SaFa dapat menyempurnakan diri menghadapi ujian dan dugaan pada hari2 yang akan datang. InsyaAllah. ;)

Dengan izin Allah, SaFa telah pun membuat pengunguman di laman sosial facebook tentang tarikh ikatan ini. InsyaAllah, dengan rasa rendah diri dan hormatnya SaFa ingin menjemput pelawat2 di blog SaFa yang sudi melawat untuk turut sama memeriahkan majlis tersebut pada tarikh dan tempat berikut.

Kad Undangan :)

Mudahan2 dengan kehadirin muslimin muslimat, dapatlah sama2 kita mengimarahkan majlis ini. Mohon doanya moga2 kita sempat bertemu dengan bulan kerahamatan ini. InsyaAllah. Minta doakan SaFa moga jodoh SaFa dengannya berkekalan hingga ke hujung usia SaFa. Amin. InsyaAllah. :)

Jemputan yang telah SaFa uar2kan di laman sosila facebook :p
p/s : Ya Allah, izinkan aku bertemu ramadhan kareem kali ini,mudah2an aku dapat buat yang terbaik! :')

Sincerely,
Aish SaFa
menjemput muslimin muslimat ke majlis tersebut.
InsyaAllah.

Tuesday 10 July 2012

TUTTI FRUTTI HOMEMADE

Tutti Frutti Homemade, marveollus right?
Resepi Tutti Frutti


500ml yogurt plain atau yang ada perisa fruity
3/4 cawan susu segar
1 cawan susu pekat (boleh kurangkan)
2 sudu madu

cara2

campurkan semua bahan dan pukul sampai berkrim
bekukan 1 jam (masukkan ke dalam bekas)
bila nampak agak beku, pukul lagi sehingga gebu
kemudian sejukkan balik
kemudian boleh letakkan buah2an yang anda suka

Selamat mencuba :)

Bagi yang suka makan seperti yogurt pon tidak menjadi masalah :)
Master chef to-be di rumah,
Aish SaFa

Monday 9 July 2012

SAMPAIKAN PESAN INI BUATNYA


Dari jendela hati yang bahagia
Saya cuba menterjemahkan satu rasa
Dari lubuk hati yang paling dalam
Saya cuba menyingkap sebuah rahsia

Hati ini terasa bahagia
Yang tidak bisa digambarkan dengan katak-kata
Kerana rasa itu terlalu subjektif
Hanya pada Dia saya mampu berkongsi rasa

Dan langit malam tersangatlah gelita
Tapi mampu memberikan sejuta rasa
Buat hati yang cintakan alam semesta
Kerana terdapat satu kedamaian yang nyata

Bintang dan bulan purnama
Tolong sampaikan pesan ini
Pada dia entah di mana
Supaya dia tahu ada yang selalu mengingatinya

Biarlah kejauhan malam terus menyapa
Tetapi saya ingin dia tahu
Bahawa saya selalu mendoakannya
Biarpun dia tidak pernah memintanya

Salam sayang dan rindu untukmu
Yang jauh di mata dekat di hati
Bersaksikan alam semesta
Ukhuwah kita terus utuh selamanya


p/s: buat yang teristimewa di hati SaFa. Ukhuwah fillah abadan abada. :)

Puisi di tengah malam,
Aish SaFa
ilham dariku untukmu

Thursday 5 July 2012

BLOGLIST RAMADHAN BERSAMA AISYAH HUMAIRA

Salam Nisfu Syaaban buat pembaca yang dirahmati Allah. Sedar atau tidak, kita sudah pun semakin menghampiri bulan ramadhan kareem yang cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mudah2an kita sempat bertemu ramadhan kali ini semoga kita mampu menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih baik. InsyaAllah.

Ana mengambil kesempatan ini untuk mengikuti satu segmen BLOGLIST BERSAMA AISYAH HUMAIRA. Ana lihat ramai rakan bloggers yang menyertainya. Dan istifadat daripadanya kita boleh berkongsi ilmu bersama-sama. InsyaAllah.


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Perkongsian bersama,
Aish SaFa
penuntut ilmu dan penyebar ilmu

Tuesday 3 July 2012

SI BUNGA DAN SANG MENTARI



"Awak sanggup jadi mentari saya?"
"Sudah tentu pasti"
"Kalau begitu, awak kena berada pada jarak 149,598,000 km daripada saya"
Bertegaslah dengan prinsip mu duhai muslimah. Lelaki yang baik,tidak kita akan mendekati bunga di taman larangan sebaiknya dia hanya memerhatikan sahaja dari jauh tanpa memetik bunga tersebut. Bunga yang baik adalah bunga yang sentiasa memagari dirinya dengan perisai sebagai senjata kepada diri. Dan bunga itu tidak akan sesekali dicemari dengan sentuhan2 tangan yang asing yang terpesona dengan kecantikannya. Kelak, bunga akan menjadi layu dan mati tanpa sebarang manfaatnya lagi pada dunia.

Lelaki yang beriman, jika anda terpesona dengan bungan idaman anda, maka 'jaga'lah dia. Jangan pula anda khianati bunga itu. Dan jangan juga dekati bunga larangan itu dengan tegesa2, sebaliknya dekati pemiliknya dahulu. Lakukanlah dengan cara bermaruah. Jika betul anda sayangkan bunga itu, tunjukkan rasa cinta anda dengan menjaga ke'haruman' dan ke'indahan' bunga idaman anda agar bunga itu tidak juga menghilangkan ke'indahan' luaran dan dalaman yang dimiliknya kerana anda.

Jika anda bunga itu, maka jadilah bunga yang mempesonakan dengan akhlak dah peribadi mu yang unggul. Jangan sekali anda meruntuhkan iman mana2 si mentari dengan kecantikan yang anda miliki. Sebaliknya bantulah dia untuk menjaga imannya dan menjadi pejuang agama di muka bumi ini yang sentiasa memberikan sumbang baktinya kepada nusa dan agama. Ibarat mentari yang memancarkan cahayanya yang memberi seribu kebaikan kepada se isi alam, tetapi jika mentari itu terkulai layu dengan keindahan si bunga, maka malaplah dunia seperti mana malap lah tugas dakwahnya. 

Sebaliknya jika anda sang mentari, jadilah mentari yang mampu menyuburkan rasa cinta anda kepada bunga idaman anda walaupun pada jarak yang jauh. Walaupun anda tidak berada dekat dengannya, tetapi anda masih mampu menyimbahi sinaran cahaya anda kepada si bunga idaman agar dia terus mekar menjadi bunga2 syurga yang mampu memberikan sejuta rasa bahagia buat se isi alam. Kata2 masyhur ada menyebut, seindah2 perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah. Maka jadikanlah si bunga idaman anda satu bunga yang mekar mengharumi se isi alam dengan kecantikan peribadinya.

Jarak matahari dan bunga itu tersangatlah jauh, tetapi matahari dan bunga masih mampu menyampaikan rasa cintanya kepada si bunga dengan caranya tersendiri. Dan ini boleh di ironikan kepada manusia, walaupun kita meletakkan batas dan jarak pada perhubungan kita, tetapi bukanlah bermakna kita tidak boleh bertukar khabar dan berita. Bahkan masih banyak caranya yang boleh digunakan dan bersesuaian dengan batas syariat.InsyaAllah, gunalah orang pertengahan supaya hubungan itu lebih terpelihara.


BUNGA DAN MENTARI

Duhai bunga idaman
Kecantikan mu sungguh mempesonakan
Keharuman mu mengharumi se isi alam
Keayuan mu membuatkan ramai ingin memiliki mu
Tapi kau bunga di taman larangan
Tak semua mampu mendekati mu
Hanya buat insan yang terpilih

Duhai sang mentari 
Sinaran mu mampu menyampaikan hajatmu kepada bunga idaman
Meskipun berada jauh nun di sana
Kerana sayangkan si bunga idaman
Kau izinkannya mekar di taman larangan
Tanpa rasa ingin mendekatinya
Sebelum tiba waktunya

Mentari dan bunga agama,
Kau saling tertarik antara satu sama lain
Tapi menjaga jarak mungkin lebih baik
Biar tidak dapat bertemu
Tapi masih mampu mengtahui perkembangan masing2
Walau sekalipun jarak memisahkan
Perhubungan masih boleh diteruskan
Walau tak pernah bertemu
Tapi masih mampu melihatnya dari jauh
Seperti mentari dan bunga di alam realiti

Nota kaki: Khas buatmu bunga dan mentari agama. Usah bimbang tidak berhubung, usah bimbang terpisah beribu batu, andai sudah terletak jodohmu dengan dia maka kalian pasti bersatu.Dia lah sebaik2 Maha Mengetahui. Teruskan letakkan pengharapanmu kepada Pencipta bukan pada Yang Dicipta.




Ikhlas,
Aish SaFa
mendoakan buat kita semua. 

Monday 2 July 2012

WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET

Assalamualaikum. Rasanya sudah lama SaFa tidak mengupdatekan post di blog SaFa. Memandangkan pada minggu lepas SaFa sangat sibuk dengan 'kursus' yang SaFa ikuti, SaFa tidak berkesempatan untuk mengupdate apa2 post di blog kesayangan SaFa. Tambahan pula, SaFa memang kekontangan idea untuk mencurahkan segala di fikiran SaFa dalam bentuk penulisan.


Tapi untuk kali ini, SaFa mengambil tajuk WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET untuk SaFa menghuraikan sedikit sebanyak melalui pemahaman SaFa. Segala kekurangan daripada pihak SaFa mohon ditegur ye? :)

Dalam kata mudahnya, APA YANG KAMU BERI IALAH APA YANG KAMU DAPAT. Maksudnya di sini , segala apa yang kita beri atau apa yang kita buat adalah apa yang kita dapat. Let say macam inilah, berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Makanya disini, segala balasan yang kita terima adalah terlahirnya daripada perbuatan kita yang dahulu. Andai baik perbuatan kita, maka kita juga dibalas baik, tapi jika sebaliknya pula begitu jugalah balasannya nanti.

Jadi, konklusinya adalah terletak di tangan anda. Jika ingin mendapat perkara yang baik2 sahaja dalam hidup anda, maka sering2lah beringat ketika melakukan sesuatu kerana WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET! Walaupun perkara itu sebesar zarah, tapi ada mata yang Maha Melihat segala perbuatan yang kita lakukan. 

Biarkan SaFa memberikan sedikit tamsilan berkaitan hal ini. Jika hari ini kita sering memberikan sedekah atau sering meringankan tangan membantu mereka2 yang memerlukan tanpa banyak soal, maka tidaklah hairanlah satu hari nanti tika mana kita dilanda musibah atau memerlukan pertolongan dari seseorang, maka kita akan mudah mendapat pertolongan itu. Tapi, AWAS! Jangan pula kita sentiasa mengharapkan setiap apa kebaikan yang kita lakukan pada hari ini akan mendapat balasan daripadanya kerana sesungguhnya niat kita adalah sebenar2nya hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Wallahu'alam.

Rasanya itu sahaja perkongsian SaFa kali ini. Ringkas sahaja tetapi mudah2an memberi sedikit manfaat buat pembaca yang sering singgah ke blog SaFa walaupun SaFa sudah lama tidak mengupdatekannya. Terima kasih kepada yang memberi sokongan terhadap penulisan SaFa yang masih banyak kekurangannya. Moga sentiasa dalam keredhaanNya. InsyaAllah. :)

p/s: Cannot wait this weekend :D

Pena kering dakwat;
Aish SaFa
try to give the best, insyaAllah.