....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Thursday 10 May 2012

BOLEHKAH MENYAMBUT HARI IBU?

Assalamualaikum.

Tinggal beberapa hari lagi seluruh dunia akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Hari Ibu. Tetapi adakah perayaan ini wajar disambut? Ana cuba mencari maklumat mengenainya berdasarkan sumber2 yang sahih. InsyaAllah akan dijadikan sedikit perkongsian untuk kita semua.


1. Di dalam Islam, penghormatan terhadap kaum ibu adalah suatu yang diiktiraf dan tidak dihadkan pada bulan tertentu, minggu tertentu atau hari tertentu. Beberapa ayat al-Quran memerintahkan secara qat’ie supaya berbuat baik terhadap ibu dan bapa, hatta jika mereka bukan beragama Islam. Beberapa hadis yang sahih menunjukkan bahawa berbuat baik terhadap ibu adalah lebih didahulukan berbanding dengan bapa.

2. Jika sekiranya Hari Ibu disambut dalam bentuk perayaan, maka dalam Islam perayaan tahunan yang diiktiraf hanyalah dua perayaan, iaitu Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha. Ini jelas daripada hadis Anas r.a. bahawa ketika Nabi SAW sampai di Madinah dan melihat dua perayaan disambut oleh orang Jahiliyyah, lalu bersabda, “Sesungguhnya Allah menggantikan kedua-duanya dengan dua perayaan yang lebih baik daripadanya; Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha”. (Direkod oleh Abu Daud dan Nasai).

3. Apakah maksud ‘perayaan’ dan adakah Hari Ibu dianggap sebagai satu perayaan? Perayaan ialah apabila sesuatu himpunan didakan secara berkala samada setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, atau seumpamanya. (Iqtidhaa’ al-Siraat al-Mustaqiim 1/441). Jika sekiranya tujuan diadakan sesuatu yang berkala itu untuk ibadah, penghormatan disertai dengan harapan mendapat ganjaran, ataupun meniru perbuatan orang-orang kafir, maka ia termasuk dalam Bida’ah yang dilarang. (Fatawa Lajnah Daimah 3/59,61).

4. Mungkin ramai yang berkata, Hari Ibu langsung tidak dianggap sebagai perayaan ibadah, atau perayaan yang diharapkan ada pahala khas padanya. Tetapi bagaimana pula dengan meniru orang kafir? Beberapa sumber yang saya temui mendakwa bahawa Hari Ibu dahulunya disambut oleh orang-orang Greece sebagai pernghormatan terhadap Rhea yang dikatakan ibu kepada Tuhan mereka. Begitu juga dikatakan ia disambut oleh orang Kristian sebagai penghormatan terhadap Mother Mary (Maryam), iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s yang dianggap Tuhan oleh mereka. Kalaulah benar asal-usul Hari Ibu adalah daripada agama lain, bagi saya ia cukup sebagai hujah untuk orang Islam tidak merayakannya.

5. Mungkin ada yang berkata, “Saya tidak berniat untuk meniru orang-orang kafir”. Perlu difahami bahawa larangan meniru orang kafir tidak semestinya dengan niat. Jika sesuatu perbuatan menyerupai perbuatan khusus orang kafir, ia dilarang walaupun tidak diniatkan menyerupainya. Kerana seorang sahabat bertanya Nabi SAW bahawa dia bernazar menyembelih unta di Buwanah. Lalu baginda bertanya, “Adakah di sana terdapat berhala daripada berhala-berhala Jahiliyyah yang disembah?” Jawab mereka, “Tidak”. Baginda bertanya lagi, “Adakah di sana terdapat suatu dari perayaan mereka?” Jawab mereka, “Tidak”. Lalu baginda menyuruhnya menyempurnakan nazar tersebut. (Direkod oleh Abu Daud).

6. Melalui hadis tersebut, Nabi SAW menyuruhnya menunaikan nazar setelah baginda berpuas hati bahawa tidak akan ada unsur persamaan dengan perbuatan Jahiliyyah samada dari sudut tempat dan juga waktu. Kita yakini bahawa sahabat Nabi SAW tidak mungkin sengaja mahu menyerupai orang-orang Jahiliyyah. Tetapi baginda tetap memastikan perbuatannya tidak ada unsur penyerupaan dengan mereka.

7. Sebagai Muslim, adalah lebih wajar dan mulia jika kita berbangga dengan ajaran agama kita sendiri, menjadi ikutan kepada orang lain dan bukannya pengikut orang-orang agama  lain, bercukup dengan ajaran yang sedia ada dan tidak menambah atau mengurang dalam urusan keagamaan. Sesungguhnya perempuan yang bernama Ibu wajib dihormati dan diberikan ihsan serta kebaikan untuknya, tanpa dikhususkan satu hari dalam setahun.

Serba sedikit perkongsian untuk kebaikan kita bersama.

To Ummi: Setiap hari Kak Long Iman adalah Hari Ibu untuk ummi. Terima kasih jaga Kak Long Iman dari kecil sehingga besar. Kak Long Iman sayang ummi dari dahulu kini dan selamanya. Ummi ratu hati Kak Long Iman. Kak Long Iman mewakili Kakak Taqwa, Abang Syahidullah, Abang Soleh dan Adik Solehah megucapkan Selamat Hari Ummi. Hehe.



Dirujuk kepada sumber yang dipercayai,
Aish SaFA
Puteri Iman Ummi dan Baba.


No comments:

Post a Comment