....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Saturday 12 May 2012

CERPEN : BIRRUL WALIDAIN

* * * *
"Iman, tolong ummi dekat dapur" panggil ummi dari dapur.

"Kak Long Iman, teman Solehah laa..." rengek adik bongsuku manja.

Serba salah Nur Iman dibuatnya. Umminya telah memanggilnya di dapur minta dibantu manakala adik bongsunya ingin ditemani. Iman tahu panggilan umminya itu tidak boleh diabaikan tapi belas kasihan adiknya itu juga membuatkan simpati mula tumbuh di sanubarinya. Dia teragak-agak untuk mengambil tindakan ketika itu.

"Nur Iman, ooo Nur Iman..Tolong ummi di dapur sekejap" panggil umminya membuatkan Nur Iman mula tersedar dia masih tidak menjawab panggilan umminya. Lantas dia berdiri meninggalkan adik bongsunya yang mula menarik muncung itik.

"Baik ummi, Iman datang" sahutnya serta merta.

"Iman, Iman tak dengar ye ummi panggil?" tanya ummi seakan-akan berkecil hati dengan tindakan puterinya itu.

"Err..maaf ummi,Iman dengan adik tadi" jawab Nur Iman yang mula sedar kesilapannya.

"Iman, panggilan seorang ibu terhadap anaknya wajib dijawab oleh anaknya. Iman tak boleh tau tidak menghiraukannya" ummi mula memberi nasihat kepada Nur Iman. Umminya sangat mementingkan proses pendidikan akhlak buat anak-anaknya. Umminya meneruskan kerja-kerja di dapur sambil meminta puterinya itu memotong sayur-mayur untuk digoreng.

***********

Begitulah besarnya peranan seorang ibu sehinggakan kita diwajibkan berbakti kepada ibu kita. Kerana seorang ibulah yang telah melahirkan, menjaga, mengasuh,medidik dan merawat kita sejak kita mula dilahirkan ke dunia ini. Bahkan firman Allah dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka

 maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
 
"Jika seorang atau kedua-duanya sekali,sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,janganlah engkau berkata kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah' , dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu;jika kamu orang yang berbuat baik,maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Sahih Bukhari daripada Abdullah,katanya:

"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w amalan manakah yang paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab solat pada waktunya. Abdullah berkata , kemudian apa? Baginda menjawab , kemudian berbakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab,jihad pada jalan Allah."

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibubapa dalam islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalam yang terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain termasuklah jihad.

Moga beroleh manfaat daripada tinta ana kali ini. Mudah-mudahan ana lah yang lebih prihatin terhadap apa yang ana nikilkan. Jari-jemari yang menaip ini ini moga-moga sentiasa memberi perhatian tentang apa yang ditulisnya agar selari dengan apa yang hendak disampaikan kepada pembaca. Dan tinta ini sangatlah wajar diambil perhatian oleh pembaca terutamanya kaum Adam kerana anda wajib mentaati ibu anda selamanya selagi dia masih hidup.
 
*****
Moga menjadi anak lelaki yang soleh buat Ummi.
Sekian perkongsian ana kali ini.

Nukilan Istimewa,
Aish SaFa
Puteri Iman Ummi wa Baba
Bintu solehah walidaini

No comments:

Post a Comment