....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Thursday 30 August 2012

CONTENG2 SEBELUM KE MENARA GADING

Tup, tup, esok dah nak balik semula ke U rupanya. Oh masa! Cepatnya kau berlalu. Rasanya baru semalam SaFa menghabiskan tamhidi. Tiba2 esok dah kene balik semula ke sana. Ape perasaan?? Haa.. Entah lah. Tak tahu nak kata apa. Gembira tidak. Sedih pun tidak. Barangkali takde perasaan kot. Haha. Takpe lah. Biasalah tu. Dah lama cuti. Mesti rasa sedih kan nak tinggalkan hobi terbaik kat rumah. Apa yep? :p Haha. Mestilah dengan katil kesayangan dan laptop tercinta. Nampak takde kerja di situ. Haha. SaFa yakin, pembaca yang berada dalam situasi SaFa pun mesti melakukan hal yang sama bukan? :p

Ok, semua barang Alhamdulillah hampir 99% complete! Banyak kot barang yang SaFa sumbat. Adoi. Entah lah macam mana nanti. Dengar katanya student dan ibubapa dikehendaki menaiki bas dari stadium(tempat pendaftaran) ke kolej kediaman. Can u imagine? Betapa sukarnya nak angkut barang segala bagai tu dalam bas? =_='' Oh, tak boleh ke bagi je kenderaan tu masuk ke kolej kediaman. Kan senang tu. Penat kot nak angkat bagasi bagai tu. Besar kot. Huh. Sudah lah SaFa nanti bukan parents yang pergi hantar. My uncle la yang terpaksa bersusah payah menolong SaFa nanti. Kesiannya. Tak sanggup nak susahkan. T_T

Ni barang2 yang akan SaFa bawak. Dah habis minimise dah tu. Tak reti dah nak buat macam mana lagi bg sikit. Huhu
Ok, by the way..untuk kesekian kalinya lagi SaFa nak cakap yang SaFa akan menyambungkan pengajian dalam bidang seni bina dan sains untuk tempoh 3 tahun. InsyaAllah SaFa akan bergraduasi pada usia 22 tahun. :) Macam tak sabar je nak habiskan degree ni. Tapi, SaFa macam tak pasti akan betol2 meneruskan pengajian dalam bidang ni sampai ke akhir pengajian. :( Sebab semalam masa lepas time berbuka tu, SaFa berborak dengan Umi SaFa pasal pengajian SaFa. Then, SaFa baru dapat tahu pengakuan ikhlas Umi yang teringin sangat nak SaFa menyambungkan pengajian dalam bidang agama. 

Kata Umi, "Umi tahu Kak Long lagi bagus dalam bidang agama kalau nak dibandingkan dengan Kakak (adik kedua SaFa). Kak Long lagi bagus dalam bab2 agama berbanding adik2 yang lain. Tapi Kak Long ni salah pilih. Sepatutnya Kak Long stay je ambik STAM masa Form 6 tu. Sebab masa SMA dulu Kak Long dapat straight A's (10A1). Patutnya Kak Long sambung je ambik aliran agama. Tapi Kak Long jenis tak nak ikut pilihan orang tua. Cuba tengok Kakak, walaupun dia taknak jugak STAM, tapi dia still ambik sebab dia dengar cakap Abah." Ouh, terdiam SaFa sebentar masa dengar pengakuan ikhlas ini. Jauh cita2 Umi untuk SaFa rupanya. Tapi masa SaFa suarakan keinginan untuk menyambung pelajaran ke U, tiada pula bantahan keras terhadap SaFa yang ada cumalah saranan mereka untuk SaFa memilih STAM. =_=''

Then, barulah SaFa pertahankan kenapa SaFa memilih bidang tersebut. Tetapi, SaFa mengaku, memang sains bukanlah bidang yang sehati dengan jiwa SaFa, cumanya SaFa mencabar diri SaFa. Kata SaFa kepada Umi, "Biarlah, dah Allah nak letakkan Kak Long dalam bidang ni. Lagipun berapa kerat je budak2 kelas Kak Long dulu yang ambik sains. Yang lain semuanya STAM." Tu je yang SaFa mampu kata sebab dalam hati SaFa memang SaFa sedikit terkesan dengan kata2 Umi. Sebabnya SaFa percaya dengan kata2 Umi yang SaFa memang boleh jauh lebih menonjol kalau SaFa meneruskan dalam bidang agama. Tetapi, masa tak boleh undur kan?? 

Ok, dah2 SaFa. Tak payah nak rungsing sangatlah dengan apa Umi kata semalam. Kalau ditakdirkan SaFa lebih baik dalam bidang agama, pasti ada jalannya lepas ni. InsyaAllah.  Oraite, lepas ni SaFa akan meninggalkan rumah, parents, adik2, katil (isk2) , dan teddy bear comel SaFa tu. Haha. :p Mesti rindu lah semua tu bila dah ada dekat sana. Takde dah bilik serba pink dekat sana macam dekat rumah ni. Hew2. Pastu kene share plak tu dengan 4 orang. Huh, takde privacy langsung! Kalau dekat rumah, bilik SaFa duduk sorang2. Hehe. Entahlah SaFa, belajar lah jadi hamba yang bersyukur sikit ye. Takkan semua nak hidup mewah kot! :D

mesti SaFa akan rindu katil ni dengan Bear2 SaFa tu. :'(
Mari SaFa nak tunjukkan baju orientasi yang akan dipakai semasa pendaftaran nanti. Haha. Skema betol la. Terasa macam kembali ke zaman sekolah dulu yang mana SaFa akan memakai baju kurung sebagai Ketua Pelajar (KP).  Ouh zaman sekolah pun sudah berlalu. Pantasnya! :(

Tu diaa baju orientasi. Haha. Macam baju KP dulu je. :p
Oraite2, azam baru masuk menara gading kali ni pula. Hurm2. Ofkos lah SaFa nak lebih study smart dan bukan dah study hard macam tamhidi dulu. Haha. SaFa tahu cabaran dekat U lebih besar berbanding cabaran daripada zaman sekolah. Kenapa?? Dekat U, kamu buatlah apa yang kamu mahu. Kalau kamu nak berjaya, pandai2 lah kene cedok ilmu dengan lecturer. Kalau zaman sekolah dulu, cikgu2 akan suap kita. Tapi nanti takde dah. Jangan harap! So SaFa, start belajar mencari bukan menunggu ok. And, jangan buat kerja last minit. Tak elok ye SaFa. 

Kawan2, dalam sibuk2 kita nak dapatkan dean list, jangan lupa kita kene jugak rebut deen list!! :) Pengisian kerohanian tu sangat penting. Kita kene pandai cari. Kalau ada program2 ilmiah atau usrah, lapang2kanlah waktu untuk menghadiri program yang dibuat. Memanglah tak wajib, tapi jiwa kita ni kene selalu di isi. Tak boleh kosong tau. Huhu. Dan teruslah mencintai ilmu hingga ke liang lahad. Peace! ^_^

Ok, rasanya itu sahajalah kot entry yang SaFa dapat conteng2 before SaFa akan mula sibuk sebagai pelajar setelah mula memasuki sem baru pada kali ini. Lepas ni, mungkin jaranglah waktu SaFa untuk meluangkan masa bersama blog tercinta SaFa ni. :( Till see u guys in the next post! Ceh, bajet ramai je yang baca. Haha. :p Ada SaFa peduli?? :p (samsengnyer ayat, astaghfirullah)

Conteng2,
Aish SaFa
bakal mahasiswi Tahun 1 
Ijazah Seni Bina dan Sains

Monday 20 August 2012

LEBARAN SAFA DAN FAMILY

Assalamualaikum. :)

First of all biar SaFa ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat pengunjung blog SaFa. Masih belom terlambat kan? Hee. Moga lebaran kali ini memberi seribu kebahagian buat kita semua. Dan jangan lupa menggunakan kesempatan ini untuk bermaaf-maafan , kunjung-mengunjung dan lain-lain lagi supaya ikatan silaturrahim yang terbina menjadi kukuh dan kuat. Bak kata orang, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra kan. Tak begitu? :)

Menguruskan si cilik Farah di pagi lebaran.

Lebaran pertama SaFa kali ini di Kuantan Pahang. Seusai solat sunat hari raya aidilifitri, kami sekeluarga menuju ke rumah nenda tercinta di Tanjung Api. Membahagiakan hati nenda dengan kehadiran kami cucu-cucunya. Jelas terpancar rasa bahagia di air muka nenda. Semoga Allah merahmati usia nenda.

Nenda(tok) dengan Abah. :)
At Tanjung Api.
At beranda rumah.
Then after berlama-lamaan di Tanjung Api, kami pun meminta diri untuk pulang. Memandangkan kami orang pertama yang sampai, kami pun mintak diri untuk pulang. Haha. Rumah dah mampat. Ramai lagi tetamu yang menyerbu ke rumah tersebut. >_<' After that sempat lah jugak beraya 2 3 buah rumah pada hari raya pertama tu. Malas nak upload picture banyak2 sebab baju pun sama , orang pun sama. Haha. :p

Oh lupa, tema kami tahun ini KU LIHAT HIJAU! Wah, semangat politik di situ yer! :p Memandangkan PRU pun tak lama lagi, SaFa cadangkan warna hijau untuk tema kali ini. Hihi. Peace!

Itu kami semua. Moga bahagia sampai syurga.
For the second day, awal2 pagi lagi kami dah bertolak ke Kemaman, Terengganu. Kami beraya di sana memandangkan semua ahli keluarga sudah ramai berkumpul di sana. Dekat sana lagi meriah dengan suara usik mengusik, bergurau senda and tangisan budak2.  For the second day, kami memilih tema merah dan pink. Yes, my favourite colour! So sweet right? :p

Tema pink+merah for the second Syawal. :)
About 7.45 a.m in the morning, we arrived at Kampung Geliga, Kemaman. Dan, mari kita lihat dulu suasan di luar rumah. Can u imagine, kalau lah luar rumah kereta dah banyak ni, macam mana agaknya di dalam rumah. =_='' Haih. 

Ni separuh je yang ada dekat rumah tokki. Yang duk dekat area situ je belum datang lagi. Itupun ada yang pergi tidur hotel. Big family right? Ni belum ada cicit lagi. :p

Yang ni sebahagian kawasan rumah yang dapat di snap. haha :p
Beraya lagi. :)
Disebabkan gambar budak2 lagi comel, meh SaFa upload gambar mereka. Ni namanya Insyirah. 
And because i love kids very much, SaFa tak boleh lari dari nak snap gambar budak2 ni. But nak upload untuk semua gambar mereka tak terdaya la pulak. Broadband ni macam laju je. Hihi. :p

My handsome boy. Anas Muammar. Ni SaFa malu dengan dia ke  dia malu dengan SaFa ? haha. :)
My sweethearts. Farah Fasihah and Aina Mardhiah.
And this is my love. Aysar. Cute right. Macam mana lah tak jatuh hati kat si budak comel ni. ^_^
Dan ini cucu terakhir setakat ini bagi sebelah Umi SaFa.  Cucu yang ke 47. Yes,  we  are reaching jubli emas.  Cucu yang ke 50 akan dapat penghargaan kot. Special kot. Kenapa la SaFa cucu yang ke 5. =_=''
For my little princess, adik Farah , moga cepat sembuh.  Demam la pulak kan. :(
Thats all from me, Aish SaFa a.k.a Kak Long Iman. Moga sempat berhari raya lagi pada tahun hadapan bersama-sama. :) 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

p/s: malu sangat kalo time orang nak bagi duit raya. sebab rasa macam dah besar. tapi mahu. haha. :p boleh la jugak cecah 100+. simpan2 untuk masa depan. :p

Thursday 16 August 2012

KERANA SAYANGKAN ABAH

Kerana sayangkan abah,
Seiring azan bergema,
SaFa tunduk sujud padaNya,
Memohon untuk abah dan ummi

Kerana sayangkan abah,
SaFa labuhkan tudung SaFa,
SaFa longgarkan baju SaFa,
Kerana tak mahu abah dianggap dayus

Kerana sayangkan abah,
SaFa jadikan malu perisai diri,
Iman di hati membaluti diri,
Takkan sesekali buat perkara memalukan abah

Kerana sayangkan abah,
SaFa ingin menjadi muslimah,
Mengimpikan peribadi solehah,
Dan berusaha mencari keredhaan Allah

Kerana sayangkan abah,
Segala perintahNya SaFa turuti,
Segala laranganNya SaFa jauhi,
Supaya abah jadi bapa mithali

Kerana sayangkan abah,
SaFa lakukan semua ini,
SaFa mahu abah jadi suami dan bapa yang amanah,
SaFa tak mahu abah dipersoalkan di akhirat sana

p/s: SaFa terlalu sayangkan abah. tersangat! kerana abah lelaki pertama yang akan sentiasa bertakhta di hati SaFa selamanya. :')

Sayang Abah,
Aish SaFa
puteri iman abah.

Monday 13 August 2012

WANITA YANG UZUR DAN MALAM LAILATUL QADR

Assalamualaikum. :)

10 malam terakhir Ramadhan telah pun tiba. Maka, apa lagi?? Inilah saat-saatnya kita memecut untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Bagi mereka yang mensia-siakan malam2 terakhir ini, maka amatlah rugi bagi mereka. Tidakkah mereka tahu, satu malam lailatul qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan. MasyaAllah. 

Tidak dinafikan bagi sesetengah wanita akan mengalami uzur syarie yang tidak membenarkan mereka untuk mendirikan solat-solat sunat. Tetapi!! Itu bukan bermakna anda boleh tidur dengan selenanya. Sebaik2nya manfaatilah waktu itu dengan perkara yang berfaedah. OK adik kakak makcik2?? :)



Seorang wanita yang sedang haid boleh melakukan segala ibadah selain daripada bersolat, berpuasa, mengelilingi Kaabah dan menjalankan ihtikaaf di dalam masjid.

Telah diriwayatkan bahawa Nabi SallAllaahu Alaihi wa sallam mengunakan untuk berjaga pada waktu malam semasa sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan. Diriwayatkan bahawa Aishah berkata: "Apabila sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan datang, Nabi SallAllaahu Alaihi wa sallam akan mengelak daripada hubungan kelamin, berjaga pada waktu malam dan membangunkan keluarganya"

Berjaga pada waktu malam adalah bukan hanya untuk solat, bahkan ia termasuk semua jenis ibadah.

"Berjaga pada waktu malam" ertinya berjaga sehingga untuk melakukan ibadah, berjaga malaml untuk berdoa dan lain-lain iaitu, solat, zikir dan membaca Al-Quran.

Qiyaam  adalah perbuatan ibadah yang seseorang boleh lakukan pada Lailatul-Qadar. Oleh itu Nabi SallAllaahu Alaihi wa sallam berkata: "Sesiapa yang menghabiskan malam Lailatul-Qadar di dalam solat dengan penuh keimanan dan dengan harapan ganjaran, dosanya yang telah lalu akan diampunkan."

Kerana wanita yang sedang haid tidak dibenarkan untuk bersolat, dia boleh berjaga dengan melakukan perbuatan ibadah lain selain dari solat, seperti:

1 - Membaca (versi terjemahan) Al-Quran (tanpa menyentuh; melalui cara elektronik seperti telefon bimbit / komputer riba dan sebagainya).

2 - Zikir - seperti mengatakan Subhaan-Allaah, La ilaaha illa-Allah, Al-Hamdu Lillaah, dll Dia boleh mengulangi perkataan "Subhaan-Allaah wa'l-hamdu Lillaah, wa laa ilaaha sakit-Allaah, wa Allaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji-pujian hanya kepada Allah, tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar) "dan" Subhaan Allah wa bi hamdihi, subhaan Allah il-3Azeem (Glory, dan pujian kepada Allah, kemuliaan adalah kepada Allah Maha Kuasa) "dan sebagainya.

3 - Istighfaar (memohon ampun), dengan mengulangi frasa "Astaghfir-Alla ah (Aku memohon keampunanMu ya Allah)."

4 - Duaa '(doa) - dia boleh berdoa kepada Allah dan memohon Allah untuk apa yang baik di dunia ini dan di akhirat, bagi duaa' adalah salah satu perbuatan yang terbaik ibadat. Rasulullah SallAllaahu Alaihi wa sallam berkata, "Duaa 'adalah ibadah (ibadah)."

Wanita yang sedang haid boleh melakukan ibadah ini dan lain-lain pada Lailatul-Qadar


Diedit dan diterjemahkan dari sumber Motivational Muslim :)


Berkongsi,
Aish SaFa

Friday 10 August 2012

CERPEN : ANDAI AKU BIDADARINYA



Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Nur Iffah Imani segera menundukkan pandangan , bimbang berlaku panahan kepada dirinya andai terus memandang jejaka idamannya. Sungguh telah lama dipendam rasa hati terhadap jejaka itu namun untuk diluahkan dia tidak berani. Perasaan malu mencengkam. Patutkah diluahkan?

Ahh..malu sekali untuk mengakui perasaan yang betamu. Namun untuk diluahkan aku tidak mampu. Seringkali perasaan ini mengganggu perasaan, tetapi aku nafikan. Astaghfirullahaladzim, jauhilah hatiku ini daripada gangguan perasaan. Nasihat Umi suapaya selalu menjaga tingkah laku sebagai seorang muslimah selalu bermain di mindaku.

Saban hari Nur Iffah Imani meluahkan rasanya kepada Penciptanya. Dia mula merasai kedamaian setiap kali mengadu kepada Si Pencipta. Hatinya merasai kedamaian yang nyata setiap kali usai solat dan setelah meluahkan segala isi hatinya kepada Penciptanya. Hatinya juga berasa sangat lapang. Kadang-kadang mengalir air matanya. Dirinya dulu amat jauh. Tidak pernah sedikit pun terfikir untuk melakukakan solat-solat tambahan seperti itu. Baginya solat fardu sudah mencukupi. Dia salah. Hatinya dahulu sangat kosong, tetapi kini dia mengakui hatinya tidak pernah lagi kosong. Setiap kali rasa itu hadir, pasti dapat diubati dengan memperbanyakkan lagi zikirnya kepada Rabbul Izzati.

Dia tidak mahu terlalu gopoh mencari jodoh sementara dirinya masih lagi menjadi penuntut di universiti. Baginya tanggungjawab sebagai pelajar perlu diuatamakan. Mana mungkin dia mampu menggalas dua tanggungjawab yang sangat berat itu dalam masa yang sama. Komitmennya sebagai pelajar yang sentiasa sibuk dengan kuliah dan aktiviti berpasukan sudah pasti langsung tidak memberikan banyak ruang untuk dirinya sendiri apatah lagi jika mahu berumah tangga ketika masih lagi bergelar mahasiswi. Bagi Nur Iffah Imani, dia perlu menyudahkan pengajiannya terlebih dahulu. Namun fitrah untuk memiliki pasangan tidak dapat dinafikan. Dia berdoa supaya dipertemukan dengan seorang lelaki yang mampu membimbingnya mencari Syurga dan redha Allah.

Nur Iffah Imani menyimpan rapi perasaannya. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada jejaka itu. Dia bimbang hatinya akan kecewa jika terlalu berharap pada perkara yang belum pasti. Baginya cukuplah Allah sebaik baik tempat pergantungan. Jika andai benar dirinya sudah ditulis Allah di Luh Mahfuz sebagai calon bidadari kepada jejaka itu, maka ketika saat itu tiba pasti akan berlaku tidak sedikit pun tercepat atau terlambat. Sementara dirinya masih belum bersedia,adalah lebih baik dia melupakan perasaannya terlebih dahulu. Bagi dirinya, dia akan menerima segala qada' dan qadar Allah. Pada pandangannya, jejaka itu adalah baik dari agama dan akhlaknya. Tetapi layakkah dia menjadi bidadari kepadanya? Layakkah dia bergandingan sama hebat dengan orang sehebatnya? Ah, lupakan. Bagai langit dengan bumi.

Setelah tiga tahun bergelut sebagai seorang mahassiwi jurusan seni bina, Nur Iffah Imani akhirnya telah berjaya bergraduasi dengan cemerlang. Baginya inilah hadiah yang paling istimewa yang dapat diberikan kepada ibu bapanya. Univerisiti kini ditinggalkan. Lambaian rakan-rakan semakin jauh dari pandangan matanya. Sedang dia asyik melambai-lambai ke arah rakannya, matanya tertacap pada susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya. Kamu....selamat tinggal. InsyaAllah ada jodoh kita bertemu lagi.Bisiknya perlahan. Air matanya tiba-tiba mengalir. Pantas dikesat dengan hujung bajunya. Dia terus membuang pandangan ke luar tingkap. Bimbang jika Umminya perasan tentang isi hatinya. Malunya kiranya Umminya menyedari tingkah lakunya itu tika itu.

Nur Iffah Imani kini sudahpun menjadi seorang garaduan yang berkarier. Sunyi di hatinya mendambakan insan yang bergelar seorang suami. Lantas dia meluahkan isi hatinya kepada Umi dan Abahnya. Dia redha akan pilihan Umi dan Abahnya. Pasti mereka akan memilih yang paling sesuai dengan dirinya. Sesekali dia teringat akan jejaka pujaan hatinya itu. Dirinya tersenyum kembali mengenangkan memori lalu. Sekian waktu telah berlalu pasti dia kini sudah bergelar seorang suami ataupun bapa. Tidakkah dia tahu ada yang menunggunya? Ah lupakan. Seandainya dia ditakdirkan untukku, maka permudahkanlah, jika tidak , lenyapkanlah segala yang berkaitan dirinya dariku. Amin.

Suatu hari, Umi membawa perkhabaran bahawa mereka telah pun menemui jodoh untuk dirinya. Alhamdulillah , Nur Iffah Imani melafazkan rasa syukur. Dia sangat percaya akan pilihan orang tuanya. Mereka pasti memilih seorang lelaki yang beriman untuk dirinya. Dia hanya mengetahui sedikit tentang calon suaminya. Baginya itu sudah memadai. Nur Iffah Imani segera beristikharah untuk meminta ketetapan hati dalam membina rumah tangga. Semoga segala urusannya mendapat redha Allah. Setelah beberapa kali istikharah, dia tidak mendapat apa apa mimipi sperti manusia biasa sebaliknya dirinya diberi kelapangan dan ketenangan hati.

Namun fikirannya sering terganggu. Bayangan jejaka itu seringkali mengahantui fikirannya. Nur Iffah Imani meluahkan rasa yang terbuku itu kepada Umminya. Umminya hanya berdiam, malahan dirinya juga tidak dimarahi apatah lagi disuruh melupakan jejaka itu.Dia bingung akan reaksi Umminya. Sebolehnya dia ingin melupakan wajah jejaka itu. Telah lama dia menyingkirkan jejaka itu dari fikirannya tetapi mengapa wajah itu kembali hadir??

Oh Tuhan, Engkau Maha Mengetahui segala isi hambaMu ini. Ingin sekali aku menjadi bidadarinya. Ingin sekali aku menjadi pelengkap rusuk kirinya. Tetapi apalah kudratku. Aku tidak mampu meluahkan rasa isi hatiku ini kepadanya. Tetapi hati ini , hati ini seperti hanya ingin dimiliki olehnya. Namun apalah kudratku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Maka Kau permudahkanlah urusanku ini. Amin.
Mendengarkan kata-kata puterinya itu, Umi segera ke biliknya dan kembali dengan membawa sekeping foto. Dihulurkannya kepada Nur Iffah Imani.
"Gambar bakal suami Iman ye Umi? Umi simpan ajelah. Iman tahu, Umi mesti pilihkan yang paling beriman untuk Iman kan..."senyumku pada Ummiku itu.
"Cuba tengok dulu Iman."hulur Umi kepadaku.
Diambilnya foto di tangan Umi dengan hati yang berat. Dia belum bersedia untuk melihat wajah bakal suaminya. Baginya, paras rupa tidak penting dan dia tetap akan mengenali bakal suaminya apabila mereka telah sah menjadi pasangan suami isteri kelak.
Subhanallah, wajah yang cukup dikenali Nur Iffah Imani. Air matanya mengalir deras. Lantas Nur Iffah Imani memeluk Umi. Terharu Iman akan ketentuan takdirnya. Umi mengusap-usap belakang puterinya. Umminya turut terharu mendengar tangis syukur Nur Iffah Imani.
"Itulah, jual mahal. Umi nak tunjukkan dari awal lagi tapi Iman tak nak."
"Iman tak sangka Umi. Tapi macam mana Umi? Umi kenal dia? Tapi Iman tak pernah cerita pun..."
"Iman sayang, Aqil Afham itu anak kenalan Umi. Setelah sekian lama Umi terputus hubungan dengan emaknya Afham. Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu semula. Banyak yang Umi bualkan dengan mak Afham termasuklah niat Umi untuk mencari calon menantu. Emak Afham yang cadangkan supaya menjodohkan Iman dan Afham. Subhanallah Iman, Umi pun tak sangka itulah lelaki yang berjaya buat anak Umi menangis. Ingatkan sedih tinggalkan universiti, rupa-rupanya sedih tinggalkan Afham ya..."
Nur Iffah Imani termalu sendiri. Syukurnya dipanjatkan kepada Ilahi kerana menganugerahkan pertemuan yang indah ini.
"Ni ada surat dari Aqil Afham. Emak Afham yang sampaikan kepada Umi. Dia minta Umi sampaikan kepada Iman."
Bismillah hir rahmanirrahim,
Sungguh saya bersyukur dengan jalan jodoh kita. Iman, kemungkinan ketika kita berada di universiti suatu ketika dahulu, saya kurang mengetahui akan perihalmu. Namun, dalam diam saya mengagumimu, seorang yang sentiasa menjaga batas pergaulan dan auratmu. Sebenarnya, di hari graduasimu, saya sengaja hadir ke situ untuk memberikanmu sekeping warkah. Warkah untuk menyatakan isi hati saya sebenarnya namun saya terlewat tiba. Khabaran emak akan dirimu Iman, membuatkan saya menangis syukur. Alhamdulillah..saya bersyukur kerana Allah telah menetapkan Iman untuk saya, sebagai pelengkap rusuk kiri saya. Izinkan saya untuk membimbingmu hingga ke Jannah. Saya yakin Iman adalah bidadari saya. Izinkan saya menjemput Bidadari saya kerana saya yakin waktu itu telah tiba. 

-Aqil Afham-

Credit to lagu : MENJEMPUT BIDADARI

Bila yakin telah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohon keampunan dipertemukan

Reff
Segera kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Illahi Robbi keras ku mencari diri sepnuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari

Kini yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalan adalah adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohon keampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna

Segera kau ku jemput bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Illahi robbi ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu, mengisi hari
mengisi hari...


Penulis baru,
Aish SaFa
cerpen terbitan kedua

Saturday 4 August 2012

GENGGAMAN SATU VISI


Dari kaca mata yang bersinar
Ada satu visi yang aku halakan
Dengan kudrat hanya empat kerat
Aku cuba mengorak langkah

Visi itu aku genggam erat
Biar dapat ku capai
Walau onak yang mendatang
Akan ku gagah tanpa berserah

Dan takkala yang lain leka dengan permainan dunia
Aku terus menaikkan semangat juangku
Kerana aku punya satu janji
Yang perlu aku kotakan

Ketika aku yakin hampir tiba kemuncaknya
Doa dan tawakal lah menjadi jalan terakhir
Agar segala visi itu mudah digenggam
Sekaligus memberi aku satu rasa kepuasan

Nota kaki: Setiap orang perlu meletakkan visi dan matlamat dalam hidup supaya dapat mengorak langkah untuk terus maju kehadapan.

Visi nan satu,
Aish SaFa
jelaskan satu misi dan visi