....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Thursday 31 May 2012

DEDICATE JUST FOR YOU

Persahabatan yang dibina atas keimanan membawa keindahan dalam perhubungan. :) Terima kasih menerima ana sebagai teman kamu semua. ^_^

Apa Aish SaFa nak cakap?
Kawan2, terima kasih ek sudi keluar sama2 dengan saya. Seriously, enjoy sangat dapat keluar dengan awok sume. Hehe. Lain kali kita keluar lagi ek? Rindu kot lama tak jumpa awok sume nih. Terubat jugak akhirnya. Hihi. ^_^

Apa yang kita dah buat tadi?
Mula2 tadi kita tunggu kat KFC kan. Then makan2 ramai. Sambil2 makan ni macam2 yang kita borakkan. Hehe. Habis cerita kita korek. Nak2 pasal orang tuh yang hampir2 nak kawen. Haha. Weh, awok sume nak kawen jangan la senyap gitu je. Bagitahu lah kat saya. Kang merajuk setahun. Haha. :P Takde lah, gurau je. Actually okey je sape rase boleh seimbangkan study walaupun dia dah kawen. Tapi kalo rase tak leh nak fokus, baik jangan!! Hancur masa depan nanti. Ingat ye teman2, pendidikan tu paling penting. Orang yang berilmu dipandang mulia. Jadi, muliakan diri kita dengan ilmu ye? ^_^

Lepas tu, kita pegi solat kan? Seronok dapat solat berjemaah dengan Nadiah. Bila lagi lah kita dapat berjemaah sama2 ek? T_T Then, kita pegi main bowling. Wohoooaa!! Nampak macam hebat kan? Walhal kita sume ni rupenya takdelah pandai sangat pun main. Just for fun! Kadang2 kita pun perlu juga berseronok dan beriadah. Tapi biarlah dengan cara yang betol. :) Tahniah lah buat juara bowling kita Nadiah Radzi. Bape kali strike ek? Second time kan main ni? Bleh tahan hebat lah. Hehehe. Majoriti kita sume pun lebih kurang first time kan main. Tapi baling jelah kan. Bukan susah. Tak gitu? Haha. Well, saya rasa main kali ni saya macam tak sungguh2.  Sebab lebih nak dengar cerita Nadiah. Haha. :p Sekali saya buat strike pun takpe lah. Puas hati jugok la. At least ade jugak sekali. Hehe.

K, saya nak upload gambar kita tadi. Hope you all tak kesah ea. Kalo kesah bagitahu kat saya. Nanti saya delete. Hehe. Saya dah mintak izin kat awok sume and sesetengah tak kisah so, saya upload. Hihi. Saje nak simpan kenangan. Nanti rindu2 kat kita , buka la blog saya ea.

Barisan2 pemain bowling tak beratuliah. Hehe :p
From left : Mira, SaFa, Farhana, Nadiah, Asma

Posing before baling bola. Hehe.
Rasanya tu sahaja gambar kenang kenangan yang boleh dikongsi awok2 sume. Maaf salah silap.

Nah sikit kata cinta buat awok sume ye?





Okie dokie. That's all my dear fren. Sori, kali ni post banyak tulisan tak formal.

Salam kerinduan,
Aish SaFa
kawan sejati

Sunday 27 May 2012

ENJOYABLE DAY ON SUNDAY

PENULIS PUNYA CATATAN, PEMBACA BOLEH ABAIKAN :)

Pagi 
-aktiviti harian macam biasa

Tengah hari
-menghadiri jemputan perkahwinan di Kampung Peramu setelah Zohor
-shopping di Kuantan Parade

Petang
-solat asar di masjid  Kampung Selamat
-berjalan di Taman Teruntum
-menziarahi nenek

Wah, hari ni bermula tengah hari sehingga ke petang berjalan je. Dah magrib baru sampai rumah. =)

Moment di Taman Teruntum. 

Si cilik Farah dah pandai bawa kereta.
Baba still teman sebab ni baru second time dia bawa kereta kat sini. :)
Next,giliran Fadhil pula. Malu2 kucing la pulak daa~
Suddenly, accident happened!! pemandu perempuan dihadapannya lalai di jalan raya.Haha :p
Farah for the second time ambik moto pulak. Tak puas katanya naik kereta. =_=''
 
 Lepas penat bermain di Taman Teruntum, kami pun pergi menziarahi nenek. ^_^ Melepas kerinduan.


Malam
-Tak de aktiviti apa pun.
-Online je memanjang dengan kakak Taqwa kat dalam bilik sambil nak cari barangan online. 




*kesian Abang Fakhrul tak ekot kitaorang hari ni,takpe berjihad le yerp menuntut ilmu! =)


Diari hari ini,
Aish SaFa
kenang2 kenangan

Saturday 26 May 2012

BELAJAR HORMATI HAK ORANG LAIN SUPAYA ANDA JUGA DIHORMATI

Assalamualaikum.

Tengok tajuk pun mesti dah tahu kan apa yang ana nak cakap kali ni. Okey, kali ini nak cakap pasal hormat menghormati. Nampak macam mudah kan? Tapi sedar kah kita ramai yang masih belum tahu hak orang lain terhadap orang lain. Ramai manusia di luar sana ingin dihormati oleh orang lain tetapi sebaliknya mereka tidak pandai untuk menghormati orang lain. Wajarkah perkara sebegini berlaku?

Pembaca yang dirahmati Allah,
Apabila kita inginkan diri kita sentiasa dihormati oleh orang lain, kita sewajarnya terlebih dahulu pandai menhormati hak orang lain. Ye,apabila kita menghormati orang lain,ia secara tidak langsung menaikkan martabat kita di pandangan mata orang lain. Sebaliknya apabila kita sering memperlekehkan orang lain, bagaimanakah kita ingin dihormati oleh mereka. Pastinya diri kita juga dipandang hina oleh orang lain. (weh,asal skema sangat bahasa ana kat atas ni? macam nak buat karangan SPM je,walhal nak tulis dalam blog je puunn.. haha)

Kali ini ana nak bawakan satu kisah yang berlaku disekeliling ana. Senang, ana suka bawakan kisah yang memang terjadi di sekeliling ana supaya mudahlah ana untuk mengekspresikannya. Hehe. :p Berbalik kepada cerita yang ingin ana kongsikan, ianya mengenai adik bongsu ana si cilik 4 tahun. Minta maaf ye, ana suka bawakan cerita yang sering berkait rapat dengannya kerana dialah satu2 nya adik yang paling manja dengan ana. Jiwanya sangat sama dengan ana. Apa yang berkait dengannya seolah2 sama dengan diri ana. Dia juga seolah2 jelmaan ana semasa kecil. Yeke? Haha. :)

Al-kisahnya diceritakan oleh ummi ana. Pagi semalam mereka ke pasar sari bersama adik bongsu ana. Kemudian, ummi ana berhajat ingin membelikan sehelai tudung arini buat si cilik Farah. Nak dijadikan cerita, si penjualnya adalah seorang lelaki. Ketika ingin mencuba tudung buat si Farah, penjual tersebut dengan slumber badaknya mebuka tudung yang dipakainya untuk mencuba tudung baru tersebut. Terkejutlah si Farah dengan tindakan si penjual tersebut. Dan serta merta air mukanya berubah seolah2 sangat terkejut dan air mata mula bergenangan di kelopak matanya. Mungkin orang lain tidak perasan tapi mana mungkin seorang ibu tidak mengetahui perasaan anaknya. 

Persoalannya di sini, wajarkah si penjual bertindak sebegitu terhadap si cilik Farah? Andai sahaja dia tahu akan perwatakan Farah yang sebanar pasti dia tidak semudahnya bertindak sebegitu rakus menarik tudung si cilik Farah. Kerana kami didiknya mengenai aurat sejak dia masih kecil. Kami ajarkan dia bertudung setiap kali ingin keluar rumah. Sehinggakan dia sendiri pandai menegur kakak2nya ini sekiranya kami bertudung yang tidak menepati syariat. Pernah suatu ketika, ana pernah bersiap2 untuk keluar berjalan. Dan ketika itu Farah ada bersama2 di dalam kamar ana. Ketika ana mengenakan sehelai tudung yang jarang dan pendek (perempuan tahu kot,inner yang nipis tu) , dia dengan eskperesi terkejutnya berkata kepada ana,

"Ehh, kak long mana boleh pakai tudung ni. Nampak pendek!"

"Kenapa pulak tak boleh?" sengaja mengujinya.

"Kene pakai tudung labuh tu. Tudung ni nampak aurat" ujarnya bersungguh-sungguh.

"Allaa...kak long pakai tudung jugak. Farah tak bagi ke kak long keluar pakai macam ni?" tanyaku.

"Tak. Kak Long kene pakai tudung yang besar tu" tunjuknya ke arah tudung labuh ana.

Ye, ana tersenyum mendengar teguran daripadanya. Budak kecil macam dia pun dah tahu akan auratnya. Itulah pentingnya pendidikan awal terhadap anak2. Walhal pada masa itu, ana baru mengenakan tudung dalam (inner) sebelum ana mengenakan tudung labuh di luar. Tetapi barangkali dia sangat2 terkejut melihat imej ku bertudung begitu. Alhamdulillah. Tidak sia2 kami mendidiknya sejak kecil sekiranya seawal usia 3 tahun dia sudah pandai menilai.

Berbalik kepada cerita tadi, ana cuma inginkan si penjual menghormati haknya sebagai kanak2 perempuan yang sangat menjaga auratnya. Tidak salah ingin membuka tudungnya,tetapi mintalah keizinan daripadanya. Sekalipun dia masih kanak2 tetapi ana tak nafikan sesetengah kanak2 sangat matang dalam sesuatu perkara. 

Rasa itu sahaja cerita ana kali ini. Si cilik Farah Fasihah yang disayangi dan dicintai sepenuh hati,
Wearing hijab make her beautiful!

Tinta pengertian,
Aish SaFa
sentiasa melindungimu

Friday 25 May 2012

KEBAIKAN COKLAT

Hantu coklat? Penggemar coklat tegar? Bahaya ke? Jom sama2 kita layari fakta di bawah!
 
 
Mitos-Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta-Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbangkan kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan(USRDA):Kalsium-9%, Riboflavin-9%, Protein-6%, Zat Besi-3%, Vitamin A-2.4% dan Thiamine-2%.Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.Jadi,coklat sangat berkhasiat.

Mitos-Coklat sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
Fakta-Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak2 diperolehi dari coklat.

Mitos-Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
Fakta-Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu-40 mg.Cuba bandingkan dengan:1 cawan susu-122 mg; 1 keping roti gandum-132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440 mg sodium.

Mitos-Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
Fakta-Kajian mendapati bahawa 1 daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk palk gigi.Oleh itu,coklat bukanlah penyebab jerawat.Sebenarnya,faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

 
Mitos-Kafein dalam coklat menyebabkan kanak2 terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
Fakta-1 auns coklat adalah 5 miligrams.1 cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 miligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat,mengandungi antara 28 dan miligrams kafein secawan.Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 miligrams bagi 1 tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa makan banyak bar coklat (lebih kurang 50-1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat jika anda tidak nyenyak tidur.

Mitos-Makan coklat dan lain2 konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak2.
Fakta-Kajian menunjukkan kanak2 obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.


Kesimpulannya,coklat tidak memudaratkan kesihatan malah baik untuk kesihatan jika diambil pada kadar yang betul.Teima kasih kerana membaca.


 
 
Tinta perkongsian,
Aish SaFa
saje cari kebaikan coklat
^_^

Thursday 24 May 2012

BLOGGING FOR FUN

TAK NAK BACA PUN TAKPE! TAK PENTING. HANYA UNTUK DIARI PENULIS :)

Blog..oh blog! Maafkan SaFa yep sebab dah jarang memberi kasih sayang sewajarnya kepada blog. SaFa harap blog mengerti ye! Hehe. Sejak akhir2 ni SaFa sibuk dengan aktiviti SaFa. Macam SaFa cakap haritu, SaFa dalam mencapai target SaFa. Ya Allah,susah sangat. Bukan senang. SaFa bukanlah sehebat orang lain mampu mencapai target dengan mudah. SaFa perlukan mujahadah yang kuat tapi SaFa tak kuat pun sebenarnya. Selalu SaFa tewas. Tapi tak bermakna SaFa putus asa nak mencapai target SaFa tu sebab target SaFa tu sangat2lah mulia jika SaFa mampu mencapainya dengat niat yang baik kerana Allah. :)

SaFa pun dalam proses membuat kajian. Haha. SaFa pun tak tahu macam mana SaFa boleh buat kajian dengan pembacaan mengenai isu poligami. Kalau orang lain mesti kata "Buat apa baca pasal tu,awak pun bukan kahwin lagi..bawah umur lagi. Belajar dulu"  Ye, SaFa akui memang SaFa bawah umur kot! Buat apa susah2 nak kaji pasal ni. Tapi, SaFa mengkaji bukanlah semata2 nak buang masa,gatal2 nak tahu. Tapi SaFa nak cari ilmu!! Lagipun apa salahnya SaFa membuat pembacaan terhadap hal ni? Sekurang2nya SaFa dah dalam proses mencari ilmu Allah yang luas ni.

SaFa teringat lagi, masa dulu SaFa ada post di fb tentang sesuatu yang membuatkan orang terfikir SaFa sudah dilamar. Waktu itu SaFa hanya ingin meluahkan rasa kelakarnya SaFa apabila pada hari itu ada yang melihat SaFa berbual mesra dengan seorang lelaki di khayalak ramai di Universiti tempat SaFa belajar. Yelah,lagi pun kawan2 SaFa barangkali semua mengenali SaFa seorang yang pemalu untuk berhadapan lelaki. Apatah lagi berbual berdua begitu sahaja dengan lelaki tanpa ada orang lain menemani. SaFa pun tak ingat apa yang SaFa telah buat tetapi rasanya SaFa hanya berbual dan bergelak ketawa dengannya. 

Nak dijadikan cerita sewaktu SaFa berborak dengan lelaki itu, ramai pula kawan sekuliah yang melalui tempat dan melintasi tempat SaFa di situ. Mereka hanya menegur dan tersenyum kambing kepada SaFa sewaktu itu. SaFa pun takdelah nak suspect apa2 yang tak kene sebab SaFa tahu SaFa bukanlah buat apa yang salah pun. Haha. Selesai sahaja SaFa berborak dengan lelaki tersebut,SaFa pun masuk ke kuliah kerana kuliah akan bermula tidak lama kemudian. Dengan muka gembira dan bahagia je SaFa masa tu masuk terus ambil tempat macam biasa. 

Apa yang terjadi,sejurus je SaFa duduk,rakan2 sekuliah yang terserempak dengan SaFa sebelumnya tadi terus panggil2 nama SaFa. Lepas tu dengan muka comel diaorang tu, diaorang senyum2 kambing macam ada benda yang tak kene je. SaFa cam bese je la. Orang senyum kita senyum,orang tak senyum SaFa senyum jugak. Yeke?? Haha. Tak delah! SaFa senyum kalau SaFa yakin orang tu akan senyum kat SaFa balik. Haha. Eh blog,jom back to story tadi. Hehe. Lepas tu SaFa dengan muka innocent nya, SaFa pun buat muka cam pelik. Diaorang yang mungkin tak sampai hati tengok kejap SaFa kene panggil sini, kejap kena panggil sana tapi seolah2 macam SaFa tak tahu apa2, teruslah tanya soalan macam ni kat SaFa

"Sape tu tadi dengan SaFa? Tunang ke suami ke ehem2?"tanyanya dengan gelak2 dan tersenyum.

Masa tu sempat lagi SaFa pikir macam mana lah diaorang ni boleh terfikir yang SaFa ni dah jadi isteri orang or tunangan orang. Apa la yang SaFa dah buat tadi? =_='' 

Dengan muka poyo nya SaFa senyum. Pastu saje SaFa test diaorang.

"Korang rasa sape?'' excited sangat nak tahu apa yang ada di benak fikiran diaorang. Hehe. :p

"erkk..mana la kitaorang tahu. suami kot! siap salam lagi. Lagipun tadi kitaorang terdengar ade budak yang lalu sama dengan kitaorang cakap 'mudanya akak ni' Tu yang kitaorang pun macam sekepala jugak la dengan budak tuh!" katanya dengan wajah inginkan kepastian.

Apa lagi , gelaklah SaFa. Macam nak terguling depan dewan tu pun ade jugak. Haha. Lucu kot. Ade pulak macam tu. Haha. Lepas puas gelak baru SaFa bagi tahu diaorang siapa lelaki tu.

"Tu bapa saudara SaFa la. Muda lagi tapi dah kawen pun. Dah ada anak pun." tuturku.

"Mana lah kitaorang tahu. Lagipun SaFa kan kata nak kawen awal. Kot2 la tu husband kan..hehe" ajuknya.

Teringatkan peristiwa tu SaFa pun tulislah status kat fb lebih kurang macam ni.

"Ade ke patut tanya macam tu? Ape ni... Tak bersedia lagilah"

Status tu dapat banyak jugak lah maklum balas dari friend di facebook. Dan yang menjadi sebab mengapa SaFa semakin serius mencari pelbagai ilmu termasuklah ilmu tentang munakahat (perkahwinan) adalah disebabkan satu komen dari seorang hamba Allah yang mengomen di status SaFa. Biar SaFa ringkaskan katanya dalam satu ayat lebih kurang macam ni,

"Enti dah bersedia ke dari segala aspek tentang perkahwinan. Bersiap sedialah dari sekarang!"

Ye, kata2 beliau sangat simple tapi memang betul. Walaupun SaFa telah katakan akan mendirikan baitul muslim selepas menamatkan ijazah (hopefully), tapi persediaan ke arah perkahwinan bukanlah hanya akan dibuat ketika betul2 semakin hampir ingin mendirikan rumah tangga. Apa salahnya kita mencari ilmu tentang perkahwinan sejak awal. Lagipun SaFa bukanlah kanak2 lagi yang masih belum tahu perkahwinan tu bagaimana. Malah, SaFa mungkin telah mencukupi syarat2 untuk mendirikan rumah tangga. (barangkali) SaFa boleh menimba ilmu tentang perkahwinan kerana SaFa ingin mendirikan rumah tangga suatu hari nanti dan itu bukanlah sesuatu yang hina disis islam. Dan SaFa sangatlah hairan dengan pemikiran sesetengah orang yang berkata, "Nak kahwin nanti baru saya belajar pasal tu" atau "Dah kahwin nanti baru saya belajar".

SaFa tolong ingat kat diri SaFa ye, SaFa nak kahwin nanti bukan untuk sementara kan? SaFa nak kekal sampai ke syurga kan? So SaFa kenalah bersedia dengan mantap dari sekarang. 3 ke 4 tahun tu tak lama lah SaFa. Sekejap je. Lagipun SaFa nak jadi seorang isteri solehah kan? Isteri yang berakal kan? Ibu yang cerdik kan? Ibu yang pandai mendidik kan? Wanita yang disayangi kan? So, itu semua bukanlah boleh dibentuk dengan mudah. SaFa sendiri kena lalui proses tarbiyah dulu. Kene jadi role model yang baik untuk keluarga SaFa barulah SaFa boleh bentukkan keluarga idaman SaFa. Kan sweet tu? 

Okeyh SaFa, why are you talking a lot dalam entry kali ni? Dah2 lah tu. Haha. Macam setahun tak jumpa. Walhal baru beberapa hari. Hehe. SaFa pun tak sabar nak tunggu kakal Taqwa balik dari asrama hari ni. Cuti sekolah dah bermula. Bolehlah SaFa buat aktiviti kekeluargaan dengan family SaFa. Ummi SaFa cadangkan pergi berkelah tapi tak tahu tempat mana yang best dekat Kuantan ni yang ade tempat solat supaya boleh la kami duduk lama2 sikit.Huhu.

SaFa menulis entry ni lepas siap buat coklat yang laziz ni! yummy!
Ok Aish SaFa, nak sambung buat kajian plak. Papai blog! Makan la coklat tuh!

Rindu blogging,
Aish SaFa
hantu coklat.

Friday 18 May 2012

ASAM MASIN DALAM HIDUP

Asslamualaikum.

Pertama kalinya ana nak bagi tahu kepada pembaca yang tajuk ana kali ini tak de kene mengena dengan asam masin ye?!!  Ana menulis sekadar melepaskan kerinduan ana pada blog kesayangan ana. Pada awalnya ana ingat ingin berhenti buat sementara atau dalam kata lain ana mahu mengurangkan kadar ana ber'blogging' dan post di fb. Bagi ana , ana telah mengakui sindrom 'addicted' to blogging mula menyerang diri ana sehinggakan kalau pembaca perasan bulan ini sahaja ana mampu membuat post sama banyak dengan bilangan hari. Hehe. Walhal blog ana bukanlah blog yang selalu dikunjungi orang pun. Tapi itu semua kerana minat ana sahaja. 

Kenapa nak kurangkan berblogging?
My priority
Sebab ana bukanlah banyak sangat amalan sampaikan ana boleh membazirkan masa ana dengan perkara yang tidaklah menguntungkan ana di 'sana' nanti. Sebenarnya ana tengah mencabar diri ana sendiri untuk mencapai satu target semasa cuti semester ini. Dan ana juga telah menyahut cabaran yang sama oleh adik juniorku. Moga2 sahutan cabaran ana dapat menggalakkannya juga untuk terus bersama2 mencapai target kami. InsyaAllah dengan dibetulkan niat yang baik keranaNya.

Perkongsian post kali ini?
Yep,sudah pasti ana ingin berkongsi walaupun sepatah ayat yang bermanfaat untuk kita semua. Baiklah, pada kali ini ana ingin menyentuh tentang hadis yang masyhur,

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.”

Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”

Hadis di atas berkaitan tentang tanda2 orang munafik. Nauzubillah. Moga2 kita dijauhi dari sifat2 dinyatakan dalam hadis tersebut. Ana juga berpesan kepada diri ana moga2 lebih prihatin terhadap apa yang dilakukan kerana kadangkala kita mudah menabur janji tetapi kita payah untuk melaksanakannya.

Contoh yang ingin ana bawakan begitu simple tetapi kadang2 kita tidak mengambil prihatin terhadap apa yang dituturkan. Alkisahnya, dua hari yang lepas ketika ana bersama adik bongsu ana yang baru sahaja berumur 4 tahun.

"Farah, malam ini Farah tidur di bilik kak long ye" rayuku kepadanya.

"Tak nak, kak long tidur seorang jelah. Nanti ummi nak tidur di mana" helahnya menolak permintaanku.

"Ok,kalo Farah tidur dengan Along,nanti esok pagi2 kita naik kereta pegi jalan2. Kak Long bawa farah pegi Taman Gelora" pancingku menarik minatnya.

"Ok,tapi kak long janji tau dengan Farah" mula termakan dengan janji yang telah aku buat.

Namun sebaliknya,pada keesokan paginya ana tidak menunaikan janji ana malahan ana berjanji untuk membawanya keesokannya pula. Namun disebabkan hal yang yang tidak dapat dielakkan juga, ana masih tidak mampu untuk menunaikan janji ana lagi pada keesokannya sehinggakan adik bongsu ana mula hilang kepercayaannya terhadap ana. Bermuhasabah daripada itu,ana menebus janji yang telah ana taburkan kepadanya pada pagi tadi.

Baiklah pembaca,pasti pembaca sudah memahami mesej yang ingin ana sampaikan kali ini bukan? Walaupun kita menabur janji terhadap budak kecil sekalipun,biarlah kita melunaskan janji kita. Kenapa? Jika dilihat daripada kesannya sahaja, orang lain boleh merasa kurangnya kepercayaan terhadap diri kita bahkan kita juga telah mempunyai ciri2 seorang munafik!! Nauzubillah. Bertitik tolak daripada itu, ana menyeru kepada pembaca supaya lebih berhati2 dengan apa yang diucapkan. 

Bila pula nak aktif berblog?
Ana akan menulis apabila idea datang mencurah-curah ataupun ana rasa ada perkongsian yang bermanfaat untuk pembaca. Ana bukanlah hendak menyekat diri ana daripada berblog,cumanya mahu mengurangkannya sahaja. Disebabkan idea ana selalunya mencurah2 pada waktu malam yang sunyi daripada gangguan,ana hampir menghabiskan masa ana menulis di blog sehingga tengah malam. Dan keutamaan ana sekarang adalah untuk mencapai target ana,mudah2han ia berhasil. Dan tumpuan ana untuk mencapai target adalah lebih baik di waktu yang sunyi daripada gangguan. Makanya penulisan ana di blog akan di tukar pada waktu lain. Hehe.

Pesanan Aish SaFa?
Tak de pesanan pun. Just want to say "THANK YOU" for those yang support ana menulis. Dan juga pembaca yang sudi menziarahi blog ana. Tolong tegur ana sekiranya penulisan ana ada silapnya. Because I want to learn from mistake!!! 

Jazakumullahu kathiran.
Hanan min,
Aish SaFa
untuk semua pembaca

Wednesday 16 May 2012

SAYA CEMBURU

Seringkali saya merasa cemburu
Cemburu melihatkan perjuanganmu
Kerana saya tak mampu menjadi sehebatmu
Dalam misi menggerakkan dakwah

Seringkali saya merasa cemburu
Tak kala melihatkan dirimu
Terus menerus memberikan sumbang bakti
Walhal dirimu juga manusia biasa,sedangkan saya?

Seringkali saya merasa cemburu
Melihat tugas  dakwahmu terus melebar
Membantu ummah yang perlukan sumbanganmu
Padahal saya hanya mampu berdoa

Andai dirimu tahu akan diri ini
Ingin saya menjadi pendokongmu
Yang setia disisi mu
Menyahut seruan jihad ini

Ayuh duhai pejuang agamaku
Bantulah diri ini untuk terus bangkit
Agar terus gagah melangkah
Bersama-sama langkah da'ie mu

Biarlah kita terus melangkah
Dengan satu misi yang jelas
Membawa sekalian ummah
Menuju mengenal PenciptaNya


Sentiasa cemburu,
Aish SaFa
Ingin sama berjuang denganmu
Menjadi srikandi agama

Tuesday 15 May 2012

CHOCOLATE HOMEMADE

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah.

chocolate SaFa

Kali ni SaFa ingin berkongsi chocolate home made yang SaFa buat. Pasti anda semua juga pernah membuatnya bukan? Hehe. Sememangnya cara sangat mudah justeru tidak hairanlah kalau semua orang mampu mebuatnya. Terima kasih kepada Baba kerana memberi sponsor untuk SaFa membuatnya. Hehe. Lain kali sponsor lagi ye! ^_^

Baba masa drive baru lepas pulang dari beli bahan2 nak buat chocolate.
Sebelum itu, SaFa nak bagi tahu macam mana keadaan SaFa di dapur tadi. T_T Memang sedih. Masa mula-mula tu memang SaFa buat sendiri pun. Tapi apa yang terjadi, SaFa dah membazirkan separuh coklat yang SaFa beli disebabkan salah step semasa mencairkannya. Untung ummi SaFa tak marah. Dan mujur ummi menolong SaFa dan memberi tunjuk ajar. Terima kasih jugak ummi.

Baiklah pembaca, sekarang SaFa akan menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat chocolate. Jom layan!

Almond, Almond yang telah dicincang, coklat dan bekas.


Almond yang telah digoreng menjadi rangup

Setelah kedua-dua jenis almond tersebut digoreng, anda bolehlah mencairkan coklat tersebut sehingga cair. Almond yang tidak dicincangkan ini SaFa letakkannya didalam coklat manakala almond cincang ini  pula SaFa taburkan menjadi hiasan. Dan hasilnya....

Coklat tu nampak comot sikit sebab baru kali pertama buat. Hehe. Tapi rasanya sangat lazat!!

Pembaca boleh mencubanya sendiri di rumah. Selamat mencuba! 


Penggemar coklat tegar,
Aish SaFa
Muka mesti manis bila makan coklat
^_^

Monday 14 May 2012

BIARKAN GAMBAR BERCERITA

Biarkan gambar Aish SaFa yang menceritakan segalanya kerana jari-jemari Aish SaFa perlu berehat malam ini. Hehe. Disebabkan post hari ini melebihi kadar yang sepatutnya maka Aish SaFa membiarkan gambar pula menceritakan segalanya. Sila nikmati lukisan dan tulisan Aish SaFa yang tidak seberapa. Terima kasih. ^_^

SaFa akan uploadkan satu post pasal tajuk ni. Tapi masih dalam proses penulisan.

Macam banyak lagi nak upload tapi gambar ni terbalik-balik,pening SaFa dibuatnya. Sekian post SaFa untuk hari ini. Nak sambung baca novel Kutemu Cinta-Nya yang ditulis oleh Dr. Farhan Hadi untuk kali ke 2. ^_^ 

Photographer tak bertauliah,
Aish SaFa
Pelbagaikan post 
Untuk diri sendiri
Ummi SaFa tengok blog SaFa
T_T

SAYA MENYAYANGI MEREKA YANG INGIN BERUBAH KERANA-NYA

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kepada pembaca yang masih sudi singgah di blog kesayangan ana. Maaflah atas segala kekurangan kerana tujuan penubuhan blog ana ini pada awalnya sebenarnya adalah untuk diri ana sendiri tetapi memang tidak dinafikan ada yang ana abadikan kenangan ana bersama kawan sehingga ana sudah meng'share'kan post yang ana buat kepada kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi menziarahi. Kalau diikutkan ana ingin buatkan blog ana seperti diari kehidupan ana. Pasti pembaca pelik bukan? Diari jadi tontonan. Haha. 

Bukan begitu maksud ana. Kalau pembaca ingin tahu, ana pernah membuat diari di dalam buku tetapi malangnya beberapa kali buku diari ana terlepas pada ummi ana. Padahal ana sudahpun menyorokkannya di tempat paling tidak berpotensi untuk dijumpai. Tapi almaklumla,ummi ana kan sangat rajin orangnya. Bila dia berkemas habislah semua barang dia mampu cari. Hehe. Jadi bermula dari situ ana dah fed up untuk buat diari sebab ana masih tidak menjumpai tempat sesuai untuk khazanahkan diari ana tu. Namun begitu disebabkan minat menulis ana masih ada,ada bercadang untuk membuka satu blog khas buat diri ana sendiri. ^_^ Apahal pulak SaFa buka cerita pasal ni? Erkk~ Entahla. Jawapannya mudah. Nak sangat menulis kan..Tulis jela.. Hehe.

Isi penting bermula di sini. Atas merepek je. Hehe. :-)

Pembaca yang dirahmati Allah,
Apa kaitannya dengan tajuk di atas. Baiklah,ana teruskan sahaja dengan perkongsian dan pendapat ana untuk kali ini tentang "saya sangat menyayangi orang yang ingin berubah keranaNya". Ilham tentang post begini ana dapat setelah Allah menghantarkan kepada ana seseorang yang ingin berubah keranaNya. Alhamdulillah. Hamba bersyukur padaMu ya Allah kerana dihantarkan seseorang yang sangat mulia hatinya yang sangat cintakan kebaikan. Dia hanya inginkan bimbingan ana. 

Ya Allah,betapa hati ana sangat sangat gembira mendengarnya. Malahan ana berbesar hati sekiranya dapat menolongnya dan membimbingnya. Subhanallah. Maha Suci Engkau yang Maha Menyayangi hambaMu yang terpilih. Pembaca yang ana hormati dan kasihi, fitrah manusia itu sukakan kebaikan. Justeru tidak hairanlah sekiranya ramai manusia akan tertarik kepada sesuatu yang menjadi fitrahnya. Kalau ana katakan cantik itu sangat elok dipandang,maka ia sangatlah bertepatan dengan teorinya semua orang sukakan kecantikan. 

Oleh itu bertepatan dengan tajuk ana kali ini, manusia sememangnya fitrahnya kepada kebaikan. Jadi bila berbicara soal kebaikan, ia adalah indah. Namun bila bicara itu dibawa ke dalam kehidupan, ia menjadi mencabar, tak mudah. Justeru, ingin sekali ana pesankan biarlah perubahan yang dilakukan sedikit demi sedikit bukanlah diambil secara drastik. Oleh itu, jangan hanya bicara tentang kebaikan, bekerjalah untuk menyebarluaskan kebaikan dan memastikan manusia menjadi baik. Memperjuangkan kebaikan itu bertitik tolak daripada perjuangan iman, untuk Allah dan Rasul, juga demi menentang Syaitan, musuh manusia paling nyata.



Pembaca budiman,mengapa ana katakan ana sangat mencintai orang yang ingin berubah? Kerana mereka mempunyai hati yang tulus dan masih disentuh hatinya untuk mencari sesuatu yang memang menjadi fitrah kita.Untuk diri ini sendiri, ana juga mahu sekali berubah menjadi lebih baik dari hari ini. Amin.

"Ya Allah, Hamba mohon kau berkatilah dia. Kau bantulah dia. Kuatkan hatiNya. Jauhilah dia daripada kelemahan imannya. Kuatkan dia untuk terus istiqamah. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Amin.Sesungguhnya orang yang sentiasa ingin berubah keranaNya lebih mulia di sisiNya. InsyaAllah. Kesimpulannya,sekalipun manusia yang jahat, pasti dia juga inginkan kebaikan buat dirinya. Sekalipun manusia itu sering menganiayai manusia lain dan melakukan kejahatan terhadap orang lain, ia tetap tidak suka dan benci orang lain melakukan kejahatan kepada dirinya. Itulah dia, fitrah manusia, inginkan kebaikan.


credit to :Awak kalo awak membacanya. Hehe.
p/s:berubahlah sedikit demi sedikit,tak perlu kepada perubahan yang drastik. asalkan awak keep istiqamah okey! selamat bermujahadah. ^_^

Tulus buatmu,
Aish SaFa
sama-sama ingin berubah
jauhi laranganNya
InsyaAllah

Sunday 13 May 2012

Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas?

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI
Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
  • Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal. Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

    Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.

    Sharing is caring:
    Aish SaFa
    macam dah buntu dan pasrah
    rakyat jugak dikorbankan
    nak marah pun macam takde effect pun

    sumber daripada:
    http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/

Saturday 12 May 2012

CERPEN : BIRRUL WALIDAIN

* * * *
"Iman, tolong ummi dekat dapur" panggil ummi dari dapur.

"Kak Long Iman, teman Solehah laa..." rengek adik bongsuku manja.

Serba salah Nur Iman dibuatnya. Umminya telah memanggilnya di dapur minta dibantu manakala adik bongsunya ingin ditemani. Iman tahu panggilan umminya itu tidak boleh diabaikan tapi belas kasihan adiknya itu juga membuatkan simpati mula tumbuh di sanubarinya. Dia teragak-agak untuk mengambil tindakan ketika itu.

"Nur Iman, ooo Nur Iman..Tolong ummi di dapur sekejap" panggil umminya membuatkan Nur Iman mula tersedar dia masih tidak menjawab panggilan umminya. Lantas dia berdiri meninggalkan adik bongsunya yang mula menarik muncung itik.

"Baik ummi, Iman datang" sahutnya serta merta.

"Iman, Iman tak dengar ye ummi panggil?" tanya ummi seakan-akan berkecil hati dengan tindakan puterinya itu.

"Err..maaf ummi,Iman dengan adik tadi" jawab Nur Iman yang mula sedar kesilapannya.

"Iman, panggilan seorang ibu terhadap anaknya wajib dijawab oleh anaknya. Iman tak boleh tau tidak menghiraukannya" ummi mula memberi nasihat kepada Nur Iman. Umminya sangat mementingkan proses pendidikan akhlak buat anak-anaknya. Umminya meneruskan kerja-kerja di dapur sambil meminta puterinya itu memotong sayur-mayur untuk digoreng.

***********

Begitulah besarnya peranan seorang ibu sehinggakan kita diwajibkan berbakti kepada ibu kita. Kerana seorang ibulah yang telah melahirkan, menjaga, mengasuh,medidik dan merawat kita sejak kita mula dilahirkan ke dunia ini. Bahkan firman Allah dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka

 maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
 
"Jika seorang atau kedua-duanya sekali,sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,janganlah engkau berkata kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah' , dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu;jika kamu orang yang berbuat baik,maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Sahih Bukhari daripada Abdullah,katanya:

"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w amalan manakah yang paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab solat pada waktunya. Abdullah berkata , kemudian apa? Baginda menjawab , kemudian berbakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab,jihad pada jalan Allah."

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibubapa dalam islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalam yang terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain termasuklah jihad.

Moga beroleh manfaat daripada tinta ana kali ini. Mudah-mudahan ana lah yang lebih prihatin terhadap apa yang ana nikilkan. Jari-jemari yang menaip ini ini moga-moga sentiasa memberi perhatian tentang apa yang ditulisnya agar selari dengan apa yang hendak disampaikan kepada pembaca. Dan tinta ini sangatlah wajar diambil perhatian oleh pembaca terutamanya kaum Adam kerana anda wajib mentaati ibu anda selamanya selagi dia masih hidup.
 
*****
Moga menjadi anak lelaki yang soleh buat Ummi.
Sekian perkongsian ana kali ini.

Nukilan Istimewa,
Aish SaFa
Puteri Iman Ummi wa Baba
Bintu solehah walidaini

SPECIAL THANKS TO UMMI

Credit to Ummi Aish SaFa yang banyak memberi inspirasi dalam hidup Aish SaFa.

Ummiku NORLIZA BINTI HUSSAIN.
Semoga dikau menjadi zaujah yang dicintai oleh Baba.
Dan ummu yang disayangi oleh anak-anakmu.
Terima kasih kerana menceriakan keluarga kita
Kaulah ratu kaulah permata. :-)

Istimewa buat Ummi
Ummi
sembilan bulan sepuluh hari
kau mengandungkan ku
terpana segala kudratmu
mengendongku dalam keperitan
kesakitan yang amat
Kakak Taqwa with Ummi

Ummi
terima kasih atas segalanya
kerna membenarkan ku lahir ke dunia
yang pasti akan memenatkan mu
lagi menambah kesibukan mu

Ummi
tiada apa yang mampu aku berikan
hanya sekeping hati yang tulus ku berikan
untuk menyayangi hati tua yang melahirkan ku
dengan penuh kasih sayang

Ummi
ku harap dikau bahagia bersamaku
sehingga ke akhir hayatmu
dengan senyuman dan kasih sayangku
sebagai membalas segala jasamu

Ummi
kaulah ratu hatiku
kaulah duniaku
kaulah jiwaku
kaulah syurgaku

Ummi
terima kasih
ku ucapkan seadanya
dengan kucupan ku taburkan
tanda sayang ku kepadamu.

Puisi buatmu,
Aish SaFa
Puteri Iman Ummi dan Baba
Menyayangimu seumur hidup Iman.

PUISI BUAT AWAK

Awak,
Terima kasih pernah menjadi kawan saya.
Saya tahu saya banyak buat salah kat awak.
Tapi siapalah saya untuk terlalu maksum.
Saya juga manusia biasa.

Awak,
Saya nak kata saya gembira sangat
Saya nak kata saya bahagia sangat
Sebab ada peluang ini berjumpa awak
Setelah kesekian lamanya

Awak,
Saya tak pernah ingin menyakiti hati kawan saya,
Tapi saya ingin menegur awak supaya awak tak terus dek arus dunia,
Itu tandanya sayang saya pada awak,
Tapi saya sedar teguran saya buat awak bermasam durja dengan saya.
 
Awak,
Awak pasti nak tahu kenapa saya tulis ni
Sebab kalaulah satu hari nanti saya tiada,
Saya harap awak bacalah apa saya tulis ni,
Sebab saya masih menganggap awak sebagai kawan saya.

Awak,
Umur saya tak lah panjang sangat,
Sebab saya tak lah akan hidup selamanya,
Saya tak lah sesihat awak,
Saya ni hanya dipinjamkan nyawa.

Awak,
Sebenarnya saya akan dijemput bila2 je,
Sebab tu saya harap sangat kata maaf dari awak,
Tapi sampai sekarang rasanya belum pernah awak sebut,
Tapi tak mengapa saya tunggu selagi nyawa saya masih ada.

Awak,
Andai nyawa saya diambil sebelum sempat saya mendengarnya,
Saya harap awak datang ke pengebumian saya,
Dan tolong doakan saya Al-Fatihah,
Semoga ia menjadi hadiah buat saya.



Idea kreatif penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

Penulisan,
Aish SaFa
menanti kata maafmu.

Friday 11 May 2012

GALLERY USIM

Dewan Kuliah Pusat
Banggunan HEP
Perpustakaan
Pengangkutan
Dalam perpustakaan
Dewan Kuliyah
Dari sudut hadapan
Pagar Utama USIM
Parking site in front of Tamhidi Centre

We are perfect 9
Serba sedikit gambar di Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk adik2 yang bakal bergelar tamhidian. Cakap macam dah besar sangat je kan? Err.. Hehe.Kalo ana rajin akan di 'update'kan lagi. Ok lah, wasalam.