....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Wednesday 9 May 2012

RESPON: MANA BELAS KASIHANMU?

Assalamualaikum.
Sanggupkah melihat kanak-kanak dizalimi?

Tinta renungan ini telah ana edit balik setelah mendapat info yang sebetulnya dari pihak tertentu. Terima kasih atas maklumatnya. Tetapi rasanya ana masih ingin mengulas lanjut tentang hal ini. Disebabkan isu ini juga bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah berhubung penderaan secara fizikal dan mental terhadap kanak-kanak terutamanya sekiranya pelaku adalah merupakan ibu bapa kandung kepada kanak-kanak malang tersebut.

Video di facebook telah tersebar secara pantas mengenai seorang ibu muda yang menganiayai anaknya. Dia bertindak zalim memukul anaknya walaupun anaknya merengek minta dikasihani. Ramai diantara facebookers memberi respon terhadap isu tersebut. Namun setelah diselidiki ternyata wanita itu mengalami gangguan mental menyebabkan dia bertindak sebegitu kejam.

Pembaca yang dikasihi Allah,
Wanita itu sifatnya sangat penyayang. Ana sangat hairan sekiranya masih ramai wanita yang langsung tidak mempunyai perasaan sebegini di hati nuraini mereka sekalipun secebis cuma. Kerana wanita itu mudah tersentuh hatinya walaupun perkara itu mungkin dipandang enteng oleh kaum adam. Justeru tidak hairanlah jika kita dapat melihat sebahagian besar ibu2 di serata dunia sanggup bersusah payah untuk membesarkan anak mereka. Bahkan ada yang sanggup berkais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Pembaca yang dirahmati Allah,
Ambillah hal ini sebagai iktibar supaya kita tidak mengulangi hal yang sama terhadap anak2 kecil. Seorang ibu atau bapa atau pengasuh itu hendaklah mencorakkan anak mereka dengan baik kerana anak kecil itu ibarat kain putih yang akan mengikut corak yang diukir keatasnya. Sekiranya penderaan secara fizikal dan mental sering dilakukan terhadap mereka bimbang dia akan membesar menjadi seorang yang sangat agresif terhadap persekitarannya. 

Ana sendiri ingin berkongsi bagaimana perasaan ana ketika ana mendidik adik kecil ana. Walaupun ana bukanlah seorang ibu tetapi ana sebagai wanita tidak sanggup untuk mengasari adik bongsu ana itu. Sekiranya ana tidak senang dengan tindakannya, ana tidaklah memarahinya secara terus. Apa yang ana mulakan dengan menegur kesilapannya atau melarangnya. Sekiranya amaran ana tidak diendahkan, ana akan membulatkan mata ana kepadanya supaya dia faham emosi ana ketika itu. Comel bukan? ^_^ Dan cara terakhir yang paling berkesan untuk menyedarinya akan kesalahannya adalah dengan memanggil namanya secara penuh.Ye, mungkin ada di antara pembaca tertanya-tanya bagaimanakah ana melakukan hal sedemikian. 

Baiklah, secara teorinya ana cuba membawa konsep ini untuk mengajar adik ana itu sejak dia kecil lagi. Ketika masih bayi lagi kami sekeluarga mungkin jarang memanggilnya dengan panggilan seperti adik kerana kami lebih suka membahasakannya dengan namanya tersendiri iaitu Farah. Sehinggalah kini dia sudah membahasakan dirinya seperti namanya. Berbeza dengan kami yang mempunyai dua panggilan untuk diri masing2 sama ada panggilan seperti kakak, abang, kaklong atau SaFa, Ezah, Fakhrul dan Fadhil yang mana kami gunakan berbeza2 ketika berbahasa dengan orang yang berbeza. 

Berbalik kepada penceritaan tadi,adik ana yang sangat manja sedikit orangnya ini mungkin sudah meletakkan mind setting dalam mindanya panggilan khas buat dirinya dengan namanya iaitu Farah. Tetapi sebaliknya apabila ana memanggilnya dengan panggilan yang kurang biasa didenganrinya seperti memanggil dengan nama panjangnya iaitu Farah Fasihah (ditambah dengan suara yang agak tegas sedikit) , pasti dia akan lebih peka dan mula memberi perhatian terhadap apa yang ana ucapkan. Itulah yang ana katakan, ibubapa sepatutnya mempunyai cara masing2 dalam memarahi anak2 mereka secara berhemah. Bukannya teros menggertak atau memukul untuk diberi pengajaran.

Mungkin para ibubapa yang lain mempunyai cara didikan yang lebih baik terutamanya ketika dalam menangani kenakalan anak2 mereka. Dan ana sekadar memberi pendapat dan pandangan ana dalam menjadi kakak terbaik untuk adik2 ana. Maaf di atas perkongsian yang mungkin kurang dalam berpendapat. Al maklum masih tiada pengalaman. 


Tinta renungan,
Aish SaFa
Sedih dan kecewa,
Mahu pembelaan.


No comments:

Post a Comment