....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday 30 April 2012

BEST MOMENT WITH U!

. . . . .

"anti nama ape?"
"anti?''
"maksud saya,nama awak sape?''
''oouhh,nama saya FATIHAH AMIRAH..awak?"
"nama saya SaFa. Awak nak panggil Fa je pun xpe''
"ouhh,awak nak panggil saya Te-ah boleh jugak,Aegy pun boleh"
"-_-' aegy..?"

{peratama kali jumpa roomate ana waktu kemas2 bilik,masa tu dia dengan ummi dia}

. . . . . .

pada suatu malam setelah selesai minggu orientasi,kami rakan serumah duduk dalam bulatan.

"Nama saya Nurul Syafiqah binti Adnan. Orang panggil saya e.p"
"e.p?? -_-' " sekali lagi SaFa termenung. kenapa jauh benar nama sebenar dengan nama panggilan.
"err...nama saya Siti Nur Hazirah,boleh panggil Zira.."
"Nama diberi Aisyatul Amirah. Boleh panggil Aisyatul"
"Ismi Khairussyifa'..panggil Syifa' je''

{peratama kali bersua muka walaupun kami telah tinggal selama 3 hari bersama2 dalam satu rumah. Disebabkan minggu orientasi yang sangat padat jadualnya,kami jarang bertemu}

. . . . . . .

"Sape yerp nama sorang lagi tu? Fa x pernah nampak pun batang hidung dia" ajuk ku kepada e.p.
"Namanya Karimah Aliyah. Dia suruh panggil dia Kim''
"Kim??? macam mana boleh jadi Kim?" sekali lagi ana terpinga2.
"Dia gabungkan namanya yang hadapan dengan yang belakang"
"ouuuhh...." ana hanya mengangguk walaupun masih tidak dapat menggabungkan namanya itu menjadi nama panggilannya itu.

{first time mengenali insan yang banyak memberi penambah rasa dalam perhubungan ku di Universiti}


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Look SaFa!! skemanya SaFa masa mula2 kenal dengan diaorang. Dia pun skemanyerr.. Hahaha.

tapi sekarang.....,

bila dah setahun jadi rakan serumah dengan mereka,takde nye dah malu2 kucing,malu2 ayam. Sume cakap main lepas jer.hihi.
Banyak kenangan kami lalui sama2. Lebih2 lagi time exam, mulalah ada yang buat tidur berjemaah kat ruang tamu tu. Bentang cadar,duduk study same2. Katanya senang nak bangun awal pagi sama2. Itulah dinamakan sebuah kenangan manis. Sweetkan kita?

Korang. . . .

Ingat tak lagi time adik bongsu kita buat kek coklat ni masa kita tengah exam mid sem hari tu?

kEk cOkElat,mArvEoLuSs!!


 Thanks Aisyatul buatkan kek ni. Tau2 je SaFa memang tak tahan tengok kek coklat kan? hihi.

Kalo dalam teratak kami di kayangan tu, SaFa engat lagi,asal aje waktu free. .Aegy dengan sekutunya e.p mesti duk melayan cerita Korea. Hampir sume cerita dia tengok. Tapi maaflah,SaFa sikit pun tak berminat apatah lagi nak join sekaki. Ntah la.. jiwa SaFa tak sama dengan kalian. T_T Kadang2 sume dalam rumah tu duk layan korea,tapi SaFa buat je la kerja SaFa sorang2. Hehe.

SaFa kalo layan lagu pun SaFa akan pasang lagu nasyid. Terima kasih la Khairussyifa' Humaira sebab banyak sangat perkenalkan lagu2 baru nasyid kat SaFa. hihi. Tapi sekali sekala SaFa layan jugak lagu2 jiwang. Orang kata lepas tension lepas otak dah 'sumbat'. hehehe.

Yang cik akak sulung dan kak ngah kami,Kim dan Zira suka sangat duduk dalam bracket. Memang jarang la nak nampak duduk kat luar. Buat apa dalam bilik pun kami tak tahu. haha.

Sorila,banyak pulak SaFa berceloteh. Sebenarnya SaFa dah start rindu dekat diaorang sume. T_T

Ekceli kad ni,kad Fa bagi dekat Adibah masa tukar2 kad,tapi kata2 kat kad tu Fa nak housemate Fa hayati. =)
Alang2 SaFa dah ter'post' pasal kad ni, SaFa pun nak share jugak la kad yang SaFa dapat dari Abi Shahidam. Kad tu tak berhias langsung,tapi disebabkan SaFa nak hantar dan lekatkan dalam buku skrap, SaFa hias bagi cantik la sikit.

Terima kasih je la bagi mereka yang buat kad ni.
okeyh,dah terlampau panjang SaFa berceloteh kali ni. Ekceli sekejap lagi SaFa nak pergi Kemaman. Nak ambik angin. ^_^

Salamullahi Ta'ala w.b.t.

Maaf salah silap,
Aish SaFa,
E-2-3

WARKAH BUAT YANG JAUH DI BUMI ANBIYA'

Salam alaik,

Apa khabar ukhti di sana? Apa khabar imanmu hari ini? Bertambahkah? Sekiranya bertambah,setinggi kesyukuran ana ucapkan. Hamdallah. Untuk pengetahuan saudari di bumi anbiya' , ana di bumi Malaysia sentiasa dibawah peliharaanNya. Doakan kesihatan ana yer.. ^_^

Ukhti jauh di mata dekat di hati,
Katanya akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Sekiranya benar,ana ucapkan 'huzzun saied' moga2 anti diberi ketenangan ketika menjawab peperiksaan. Dan semoga anti berjaya dengan cemerlangnya. Amin.

Ukhti,
Ana baru sahaja selesai mengahbiskan asasi ana di Universiti Sains Islam Malaysia. Banyak sungguh kenangan yang tidak dapat ana lupakan. Banyak yang ana pelajari ketika menuntut di bumi USIM. Memandangkan inilah kali pertama ana tinggal di asrama,inilah kali pertama ana belajar berdikari. Alhamdulillah, ana dikelilingi sahabat2 yang beriman, yang dapat mengingatkan ana sentiasa kepada penciptaNya.
Benarlah kata seorang sahabat kita,

     "tanda kasih dan sayangNya Allah kepada kita adalah dengan meletakkan dengan siapa kita 
      bersahabat. Jika beriman seorang sahabat,maka selamatlah kita kerana sahabat itu memainkan
      peranan yang sangat besar kepada kita. Sahabat yang baik adalah sahabat yang membawa kita 
      sentiasa mengenali penciptaNya."

Buat ukhti di sana,
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat ana. Moga2 kita bersahabat di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Jaga diri ukhti di sana. Jangan dilupakan kami di sini. InsyaAllah jika diizinkan kita pasti bertemu kembali. InsyaAllah.

Ukhti,
Ana akhiri warkah ana dengan sedikit sajak buat ukhti,



Indahnya sebuah perhubungan,
Jika dilandaskan dengan satu akidah,
Akidah berpaksikan mengenali pencipta kita,
Bertuhankan Tuhan yang Satu,
Tuhan semesta alam,

Indahnya sebuah perhubungan,
Jika kita saling berkasih sayang,
Dalam mengharapkan mardhothillah,
Memelihara hubungan suci ini,
Dengan saling mengingati,
Mengenal Rabbu Izzati.

Indahnya sebuah perhubungan,
Jika kita terus begini,
Saling cinta mencintai,
Jauh disudut hati,
Tersemat kata suci,
"Ana cinta ukhti"
kini dan selamanya,


Pena berdakwat hitam,
Aish SaFa,
Kuantan,Pahang 

SURAT PERPISAHAN T_T


Terima kasih awak!!

Awak,
Awak apa khabar?
Awak sihat?
SaFa mula rindu dekat awak,
SaFa harap awak pun rindu dekat SaFa,
Sweetkan kita?
^_^

Awak,
Terima kasih sebab bagi surat tu dekat SaFa,
SaFa terharu sangat,
Walaupun ia cuma sehelai kata2 ditulis atas sekeping kertas,
Tapi SaFa sangat menghargainya,
Terima kasih sangat3x,
SaFa sayang awak,
Sayang awak kerana Allah,
Uhibbuki fillah abadan abada,

Awak,
Janganlah sedih yer,
SaFa sebenarnya tak sanggup tengok air mata awak jatuh,
Waktu kita berjumpa untuk kali terakhir,
Sebelum awak pergi,
SaFa marah awak menangis,
Tapi SaFa sebenarnya menangis,
SaFa menangis dalam hati,
Cuma awak tak nampak,
Sori ye awak,

Awak,
SaFa nak susun 10 jari,
Nak mintak maaf dekat awak,
SaFa kan banyak sakitkan hati awak,
Banyak buat awak bengang,
Tapi SaFa memang sengaja pun,
Sebab nanti awak akan sentiasa ingat dekat SaFa,
Maaf ye awak?
0-0 ye awak,

Ni suarat awak bagi kat SaFa kan?
Terima kasih awak,
Sayang awak selamanya,
^_^
surat dari awak untuk SaFa.



P/s: doakan SaFa dapat apa yang SaFa nak yer. Impian SaFa semoga termakbul. Amin. =)

PILIHLAH YANG BETOL2

. . . . . .

ku termanggu seketika,
mendengar kisah dari ummi,
mengenang nasib seorang insan.
kasihan dia ya Rabbi,
hidup sudahlah hampir melarat,
diuji dengan sikap suaminya,
yang mula menunjukkan belang,
sedangkan usia perkahwinan mereka..,
sewajarnya menambahkan lagi kasih sayang,
bukan menambahkan bebanan,
mengapa jadi begitu??

si suami,
apakah tanggung jawabmu?
mengapa lupa nafkah keluargamu,
mengapa malas mencari setitik punca rezeki,
mengapa perlu membiarkan isterimu meminta2 daripada kami,
buta kah kamu?
mana harga dirimu??
tidak malukah kamu?
pandnglah keluargamu,
menderitakah mereka?
aduhai,sedarlah wahai si suami..

aduhai si suami,
lihatlah,pandanglah wajah2 mereka,
ada sirna kasih di mata mereka,
mengharapkan kau berubah,
kembali kepangkal jalan,
menuju keredhoanNYA,
menjadi imam kepada keluarga,
mebina kembali keluarga sakinah,
menuju Firdausi,

masa,
masa masih berbaki,
mengapa kau takut,
untuk memilih kebenaran,
dan meninggalkan kebatilan,
''sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sentiasa bertaubat"
maka,
bertaubatlah sebelum terlambat.

ummi lantas berpesan,
pilihlah yang betol2,
bukan yang penuh sikap mazmumahnya,
yang suka meminta2,
yang cuma menggoyangkan kaki,
tapi tidak menghasilkan apa2,
lantas rugilah mereka yang begitu,

. . . . . . .
p/s: ummi berpesan kepadaku agar menjadi teladan. 
hidup bukan untuk meminta2. belajarlah kamu untuk berdikari mencari setitik rezeki.

Saturday 28 April 2012

AKTIVITI SEM 2

...::debat arab::..
....::forum BI::....
Antara aktiviti yang telah kami lalui sepanjang semester 2. ^_^








 
..::Iftar Jamaie::..



..::Lunch together::..
...::tutorial 9::..

terima kaih yana syidah atas key chain yg comel ni.



   







Gambar2 diatas ana kecilkan atas sebab tertentu,tetapi cukuplah untuk menggambarkan betapa eratnya ukhuwah antara kami. Semoga berkekalan selamanya hingga ke syurga Firadausi. Amin.
Sori tak dapat ana uploadkan semuanya. Mungkin di lain waktu.

    To my special friends,
Sesungguhnya persahabatan yang indah itu terbina dengan wujudnya sifat saling hormat-menghormati,sayang-menyayangi,bertolak-ansur dalam perhubungan. Dan seorang sahabat itu dapat memberi gambaran bagaimana kita sebenarnya. Maka pilihlah sahabat yang dapat membawa kamu mendekati Rabb mu. Agar terpelihara dirimu dalam nikmat iman dan islam sepanjang usiamu.
Dan antara tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya adalah dengan meletakkan hambaNya yang dikehendakiNya dalam kalangan sahabat2nya yang beriman.

Akhir kata, jaga diri,jaga iman, jaga akhlak , bergeraklah dengan langkah seorang daie. InsyaAllah.

salam sayang,
Aisyh SaFa

p/s: doakan ana dapat ape yg ana impikan selama ini. ^_^

Friday 27 April 2012

KARNIVAL BUKU PWTC

Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.  Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Pemilik Hatiku ini kini dan selamaNya,Tuhan sekalian alam.

        Alhamdulillah,tinta kali ini ana tuliskan selepas ana baru sahaja pulang dari mengunjungi Karnival Buku yang berlangsung di PWTC bermula pada hari ini 27 April 2012 sehingga 5 Mei 2012. Akhirnya,dapatlah juga ana menjelajah ke karnival buku setelah bertahun lamanya ana menyimpan hasrat ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi ana mempeluang ini.

APAKAH PERASAAN PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI DI TENGAH2 IBU KOTA?

Secara jujurnya,inilah kali pertama ana meneroka dunia luar di kota yang sesak dengan lautan manusia dengan sendirinya. Maksud ana tanpa pengawasan ibubapa. Memang sejujurnya,ana agak takut dan bimbang dengan keselamatan diri ana. Lebih2 lagi di kota yang asing dan bukanlah dari tempat asal kelahiran ana. Tapi bila difikirkan balik ini sahajalah ruang dan peluang yang ana ada dan tidak boleh dilepaskan setelah sekian lama bermimpikan mahu ke karnival buku. Alhamdulillah,setelah ana memberitahu hajat ana kepada ummi tersayang ana,ummi terus memberi keizinan kepada ana untuk pergi. Ya! Ummi telah pun memberikan ruang kebebasan untuk 'puteri iman'nya ini meneroka dunia luar semenjak pertama kali ana melangkah ke alam universiti. Alhamdulillah. Tapi bukanlah bermakna dengan sedikit kebebasan dan keizinan yang diberikan oleh ummi ini boleh ana lakukan sesuka hati malahan ana menghargainya dengan meneroka dunia luar dan mengambil iktibar dan faedah daripadanya. InsyaAllah. Syukran ummi. 

APAKAH BAHAN BACAAN YANG PERTAMA DICARI SETIBANYA DISANA?

Setibanya kami disana,kami terus melakukan survey untuk bahan bacaan yang hendak dibeli. Tujuan utama ana kesana juga adalah untuk mencari sebuah buku untuk diberikan kepada  seseorang yang masih belum diketahui siapa. ^_^. Memandangkan kuliyah ana ada membuat pertukaran hadiah untuk jamuan akhir sem sabtu ini,ana bercadang untuk  membelikan sebuah buku. Dan akhirnya ana menemui sebuah buku bertajuk Engkau Memang Cantik. Dan sememangnya buku ini sesuai untuk wanita sahaja dan ana juga tidaklah sangat kisah kerana kami hanya bertukar hadiah dengan wanita sahaja. Moga penerima bukuku ini dapat mengambil manfaat dari pemberianku nanti. ^_^

BUKU UNTUK DIRI SENDIRI?

Ana juga membelikan sebuah buku buat diri ana setelah ana membelikan buku2 buat adik2 ana. Dan bukunya bertajuk Terimalah Pinanganku terbitan Hijjaz Record. Buku ini banya memberikan contoh teladan dan nasihat buat pasangan yang bercinta. Mungkin ana akan coretkan dengan lebih terperinci setelah ana selesai membacanya. Tetapi bukanlah bermakna ana sedang mempunyai hubungan yang istimewa setakat ini. Sekadar mencari ilmu dan menjadikan sebagai iktibar kepada ana pada suatu masa nanti. InsyaAllah.
...::Terimalah Pinanganku::..












Najmina,Epi, and Aegy dgn penulis yang diminatinya.


 Sememangnya masih banyak untuk ana kongsikan tapi masa tidak mengizinkan ana untuk meneruskan tinta ana kerana ana akan mengahadiri 'dinner' pada malam ini untuk tamhidian bagi meraikan selesai sudah pengajian kami di asasi. Alhamdulillah. InsyaAllah bakal ana tuliskan serba sedikit program kami malam ini. 

Tinta serba doef,
Aisyh SaFa.

Thursday 26 April 2012

DALAM KENANGAN TTS 9

Salam alaik.

Alhamdulillah, akhirnya tanggal 26hb April 2012 merupakan tarikh bersejarah kepada ana dan kawan2 ana sebagai pelajar tamhidi di Universiti Sains Islam Malaysia. Setelah 2 semester , akhirnya kami berjaya mengharungi dengan pelbagai rintangan dan onak yang mencabar sebagai seorang penuntut di menara gading. 

Seandainya,tinta dan kalam ana ini dibaca oleh anda sekalian,ketahuilah bahawa ana sangat beruntung memiliki peluang dan ruang ini untuk menjadi sebahagian daripada hidup kalian dan juga membenarkan diri ana menjadi sebahagian daripada kisah hidup kalian. ^_^

..::we are perfect 9::..


        To my classmate,TTS9..

Satu tinta dari ana(sekiranya antum semua membacanya),
  • Syukran jazilan atas semuanya,moga Allah membalas budi baik sekalian. 
  • Asif jiddan seandainya sepanjang bersahabat dengan ana,ana pernah melakukan yang mengguris perasaan antum. Manusia mana yang sempurna kan? Apatah ana insan yang hina ini.
  • Kepada akhowat TTS9, jangan dilupakan memory indah kita yer! especially di 'kayangan'. ^_^
  • Tak lupa juga di 'gua',hehe.. dan di 'gunung'. opps,maaflah.. istilah 'gunung' ni baru meletus di benak fikiran ana untuk ana tujukan kepada mereka yang di blok E tingkat 4. reda je la ea..?hihi~
  • Kepada ikhwan berempat,terima kasih la kerana masih mewujudkan spesies dari kaum adam di tutorial kita.
  • Kepada rais,Mursyidan dan raisah, Maisarah.. thanks a lot kerana menjalankan tugas sebagai rais/raisah yang berwibawa. Sporting and happening. ^_^ (Papa n Mama) haha..lawak2.
Lastly, sebelum ana tutupi kalam ana..satu pesanan ana,  "kemana pun anda pergi,jagalah iman dan akhlak anda,kerana kita membawa satu 'amanah' kepada agama kita"

*sori gambar kecil,ana x berniat untuk pamerkan privacy gambar akhowat dalam ni.

Uhibbuka/ki fillah abadan abada,
Aisyh SaFa
^_^


SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala pujian hanya milikNya,Tuhan sekalian alam. Dengan segala nikmat yang diberikan,ana membuka sebuah blog,insyaallah menjadi perkongsian sedikit cerita dari kisah hidup ana,dan kisah hidup orang lain yang bakal dijadikan teladan dan sempadan (sekiranya ada) dan sedikit ilmu yang ada pada ana untuk dikongsikan kepada rakan.

Moga2 dengan perkongsian ilmu ini dapatlah membawa sedikit bekalan kepada ana pada alam yang lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w, sampaikanlah dariku walau sepotong ayat. Moga2 jari2 yang menaip ini lebih afdal dalam mendapat apa yang ditaipkannya. Dan perkongsian kisah hidup , moga2 menjadi kenangan. InsyaAllah.

Tinta,
Aisyh SaFa
Nilai,Negeri Sembilan.