....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday 7 May 2012

RESPON TENTANG ADAKAH FADHILAT DAN KAIFIYAT DI DAPUR?

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada pembaca budiman yang menziarahi blog ana yang tidak seberapa ini. Moga datang lagi sekiranya bermanfaat. Ana juga ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada pembaca yang memberi respon kepada post yang ana letakkan di blog ana samaada di fb ana mahupun message secara personal. Dan buat yang telah menegur ana barangkali ada kesilapan dalam penulisan ana, syukran jazilan atas teguran itu. Sekalipun teguran itu bukanlah untuk ana,tapi siapa yang makan cili dia juga akan merasai pedasnya,bukan? Hehe.

Justeru ana ingin mengulas lanjut mengenai satu teguran barangkali khususnya untuk ana yang masih mentah dalam dunia blog untuk menulis apa sahaja yang ana sukai di web ana ini. Tanpa majaz dan kinayah yang berpanjangan ana teruskan sahaja dengan point utama yang ana ingin kongsikan disini.

Semalam, ana ada menulis satu post di blog ana berkaitan resepi kuih. Dan mungkin dalam post ana itu ada ana menyebut tentang ramuan tambahan untuk menjadikan kuih yang dibuat bertambah sedap. Apa yang ana tulis ialah dengan memulakan dengan bismillah setiap kali ana memulakan sesuatu dan berselawat setiap kali mengadunkan sesuatu. Dan dengan post begini ada di antara silent readers ana yang memberi respon terhadap penulisan begini.

Terima kasih kerana menegur secara terbuka. Katanya tiada lagi dalam mana2 hadis dan dalil2 yang menunjukkan fadhilat dan kaifiyat ketika di dapur. MasyaAllah. Sungguh prihatin beliau atas perkara ini. Ana sememangnya kurang mengkaji hal ini. Tetapi ana cuma mengamalkan amalan ini supaya diri ana dekat dan sentiasa mengingatiNya. Dan ana juga mengharapkan keberkatan terhadap masakan yang ana ingin sajikan kepada ahli keluarga ana. Tetapi mungkin post ana disitu yang bercanggah dengan niat ana. Maaflah atas penulisan ana sebelum ini.

Khas buat akhi yang dirahmati Allah,
Ana telah membaca post2 akhi yang berkaitan hal tersebut.Dan ana akui ada benarnya. Tetapi akhi ana harap akhi berlapang dada sekiranya ana ingin terus mengamalkan hal tersebut. Dan ana telah mengutarakan soalan yang berkaitan hal ini kepada bapa saudara ana yang mungkin tidak asing buat akhi iaitu Ustaz Lokmannul Hakim yang mana kini dilantik oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara menjadi penasihat syariah di Bank Deutsche (Bank German yang beroperasi di Malaysia) dan beliau juga merupakan ahli Muzakarah di Infad USIM. 

Berikut adalah bukti yang ana ingin kemukakan.
Soalan yang ana tujukan kepada bapa saudara ana.
Jawapan beliau berhubung pertanyaan ana

Alhamdulillah,ini jawapan yang diberikan. Ana rasa memang sangat bertepatan dengan dengan pendapat akhi. Dan moga2 ilmu ini memberi manfaat kepada ana dan pembaca yang lain. 


p/s: tegurlah ana secara terbuka kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan ilmu manusia sangat terbatas.  Semakin dicari semakin banyak pula tidak diketahui. 

Ana hormati keputusan akhi menegur ana secara begitu. Terima kasih tetapi barangkali ana akan terlepas pandang tentang nasihat itu. 

Tinta perkongsian,
Aish SaFA
mohon ditegur silapku.

1 comment:

  1. btol apa yg lokmanulhakim hussien cakap,, just bce la krna zikir itu mengingatkan kita kpdnya,,,

    ReplyDelete