....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Tuesday 5 June 2012

CELEBRATE BIRTHDAY 5 JUN

Alhamdulillah baru sahaja pulang dari makan di luar bersama family tersayang. Moga2 family SaFa sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin. :)

Al-Kisah diceritakan oleh Baba
Tanggal 5 Jun 1993 yang lalu telah lahir seorang bayi perempuan dari rahim seorang wanita yang mulia yang telah bergelar seorang ibu buat pertama kalinya. Bayi comel tersebut telah selamat dilahirkan di sebuah Hospital Swasta Az-Zahra Kuantan Pahang. Ibubapa kepada bayi tersebut sangat gembira dan bersyukur dikurniakan cahaya mata pertama mereka yang telah melengkapkan kehidupan mereka sebagai suami isteri. Cahaya mata tersebut merupakan puteri sulung mereka yang digelar Puteri Iman.

Kini usia Puteri Iman tersebut telah menginjak dewasa. Usianya telah mencapai 19 tahun. Dia sudah mula mengenal dunia. Puterinya merupakan harapan keluarga dan tonggak kebanggaan keluarga semenjak usianya masih kanak2. Kini ayahanda Puteri Iman telah seringkali berpesan agar puterinya menjadi srikandi kepada nusa dan bangsa. :)

*******
Diari Puteri Iman
Umi..Baba, maafkan segala kesalahan Iman sepanjang menjadi anak umi dan Baba. Halalkan segala pemberian Umi dan Baba kepada Iman. Tak terbalas budi Umi dan Baba yang bersusah payah membesarkan Iman yang sangat banyak kerenah semenjak Iman kecil. Terima kasih kerana sabar melayan sikap Iman yang manja, cepat sensitif, mudah merajuk, mengada dan macam2 lagi. Hehe. Sayang Umi Baba yang banyak memenuhi segala impian Iman walaupun Iman dan banyak berbuat salah dengan Umi Baba. Uhibbukuma Umi Baba abdan abada. 
(Kak Long Iman) 
Gambar Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke 19

Tempat : Sara Thai Kitchen Balok
Masa      : 9.00-10.00 malam
Tetamu   : Semua ahli keluarga
Hadiah    : Ais Krim marveollus

Antara menu dinner
Kenang2 kenangan :)

Sekian diari Aish SaFa buat kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog SaFa.

Tinta kebahagiaan,
Aish SaFa
Birthday Girl :p

No comments:

Post a Comment