....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Saturday 23 June 2012

CERPEN : PURDAH? LAYAKKAH AKU?

Gambar yang menghiasi wallpaper handphone penulis

"Surayya dah besar nanti pakai purdah ye?" kata Abi kepada adik bongsuku Aish Surayya yang masih tersenyum menggayakan tudung baru yang dibeli untuknya. Ketika itu kami baru sahaja pulang dari membeli belah di sebuah pasar raya. 
"Pakai purdah? Macam Cik Jie?" tanya adikku itu kepada Abi. Cik Jie adalah satu2nya ibu saudaraku yang berpurdah. Ya, aku juga menyimpan cita2 untuk mengikuti jejak langkahnya berpurdah namun aku masih belum mampu untuk melaksanakannya saat ini.
"Ye, macam Cik Jie. Umi pun pakai purdah jugak dulu" sambung Umi memancing minat Surayya.
"Ouh. Haha" gelak Surayya mematikan lamunanku  yang jauh membayangkan bagaimana agaknya sekiranya aku berniqab.
Aku hanya mendengar perbualan orang tuaku dengan adik bongsuku, Surayya. Bukan pertama kali isu berpurdah ini disebut2 oleh ibubapaku di hadapanku, bahkan jika dihitung mungkin sudah melebihi 10 kali. Abi tidak jemu2 menyebut (barangkali berdoa) kepada adik bongsuku itu supaya dia berpurdah pada suatu hari nanti. Walaupun usia adikku baru sahaja mencapai 4 tahun, tetapi ia seolah2 menjadi topik yang sangat matang untuk kanak2 seusianya berfikir. Aku kadang2 jadi terfikir, apakah itu hanya salah satu cara ibubapaku menarik minatku untuk berpurdah? Tetapi mengapa tidak terus berterus terang sahaja denganku? Namun aku tidak terus bertindak melulu. Aku mengambil kira beberapa aspek.

*********

Aku membelek majalah islami,tiba2 mataku terpaku pada salah satu tajuk artikel di dalamnya. Ia nya mengenai isu berpurdah. Aku membacanya dan memahami. Keinginanku untuk berpurdah menjadi semakin kuat. Entah mengapa, tiba2 terbit satu rasa yang membuak2 dalam diriku untuk mengenakan pakaian sunnah para isteri nabi itu. Rasa apakah ini? Ya Allah, Engkau lebih tahu dariku. Jika Engkau merasakan aku orang yang layak mengenakan pakaian sunnah ini, maka Engkau permudahkanlah. Lantas, aku mencari teman akrabku untuk mendapatkan pandangannya. 

"Asrar,boleh ana tanya?" sapaku sebelum sempat aku duduk disebelahnya. Asrar adalah rakan serumahku di Universiti. Aku suka mendapatkan pandangannya dalam pelbagai hal kerana beliau sangat matang dalam memberikan pandangan.
"Fiyya..sejak bila pula kawan ana yang sorang ni pandai mintak izin nak tanya" tanyanya sambil mengangkat kening dua kali. Ah, comel betul dia ni. Monologku dalam hati.
"Haha. Alaa..Manalah tahu Asrar tak bagi tanya"sengaja aku memuncungkan bibir. Merajuk manja. 
"Merajuk la pulak dia ni. Okey, Aish Safiyya yang cantik manis nak tanya apa tadi?" pandai sungguh dia mengambil hatiku kembali. Beruntung aku punya kawan sebaik dia.
"Asrar, apa pendapat Asrar kalo Fiyya nak berpurdah?"tanyaku masih teragak2. Aku memandang bola matanya untuk mendapatkan reaksinya.
"Baguslah macam tu. Asrar suka sangat kalau Fiyya berpudah" balasnya jujur.
"Tapi, Fiyya tak tahu lah macam mana nak mula. Fiyya nak sangat brpurdah tapi susah la nak istiqamah dalam keadaan tempat kita study ni tak membenarkan muslimat mengenakan purdah" aku mula menyuarakan rasa terbuku di hati.
"Ouh, yang tu ke Fiyya risaukan? Fiyya nak tahu tak, ada je kawan2 sekuliyah dengan Asrar yang berpurdah. Bila diaorang kat luar diaorang pakailah. Boleh je"
"Erm, InsyaAllah. Asrar tolong doakan Fiyya ye. Fiyya nak sangat berpurdah. Kalau tak boleh sekarang, mungkin lepas Fiyya dah kahwin nanti. Macam Umi Fiyya tu" kata2ku kepadanya sebelum aku meninggalkannya di meja studynya.
Semenjak itu, keinginanku untuk berpurdah menjadi semakin kuat. Aku suka meneroka gambar2 muslimat di internet yang berpurdah. Kadang2 aku menyimpan gambar2 tersebut menjadi koleksi di handphoneku. Aku juga meletakkan gambar2 yang berpurdah sebagai wallpaper ku di handphone dan laptop kesayanganku sebagai sumber inspirasi kepadaku agar turut berusaha keras memantapkan diri menjadi wanita yang lebih baik sebelum aku berniqab nanti. Aku juga turut membuat pembacaan terhadap hukum2 dan dalil2 yang berkaitan pemakaian purdah. Sungguh. Ia bukanlah sekadar perkara yang suka2 untuk dilaksankan. Ia menuntut satu sebab yang kukuh di sebalik perubahan ku nanti.
"Fiyya, cuba Fiyya tengok tu" tuding jari telunjuk Asrar ke arah sepasang pasangan. Aku turut mencari arah yang ditunjukkan. Tiba2 terbit rasa cemburu yang membuak2 jauh di sanubariku. 
Ya Allah, kenapa aku cemburu kepada wanita itu. Perasaan apakah ini. Ya Allah, kau peliharalah hatiku terlebih dahulu. Jika benar niatku berpurdah hanya keranaMu, maka Kau bantulah aku untuk hijrah ini. Namun Ya Allah, aku merasakn banyak lagi yang perlu aku mantapkan pada diri ini sebelum aku melakukan perubahan ini. Perkenankan doaku Ya Allah. Amin. Sempat aku berdoa di dalam hati taktala aku melihat figura wanita yang sopan dengan purdahnya.
"Sweet kan mereka?" tiba2 pertanyaan itu terpacul di bibir mungilku. Mataku masih lekat memandang figura wanita berpurdah itu.
Untung suami2 yang mempunyai isteri sepertinya yang hanya menonjolkan kecantikannya hanya untuk suami mereka. Aku bermonolog lagi.
"Fiyya....kenapa Fiyya nampak termenung je ni?" Asrar Humaira mula prihatin terhadap tingkah laku aku ketika itu.
"Eh takde lah. Cuma Fiyya fikirkan, bila lah Fiyya nak jadi macam tu kan?"
"Fiyya, Asrar tanya boleh? Maaf la. Tapi cuma Asrar inginkan kepastian" tanya Asrar lembut.
"Why not? Nak tanya apa?" aku mula memberi perhatian terhadap apa yang ingin diucapkan.
"Boleh Asrar tahu kenapa Fiyya nak pakai purdah?"
"Entah lah Asrar. Tapi jiwa Fiyya tenang memandang wanita2 yang berpurdah. Fiyya suka. Sebab tu Fiyya nak jadi macam mereka"aku membalas sekadar berbasi. Namun jauh disudut hatiku, bukan itu sahaja yang menjadi penyebab utama aku ingin berpurdah.
"Fiyya, Asrar nak cakap sikit. Fiyya jangan jadikan sebab Fiyya suka tengok wanita berpurdah adalah alasan kepada niat Fiyya nak berpurdah. Sebab Asrar takut nanti Fiyya buka balik purdah bila Fiyya tengok fashion lain yang pada pandangan Fiyya sangat menarik minat Fiyya. Fiyya kene ingat, cabaran buat mereka yang berpurdah ni besar. Tak mudah" jelas Asrar panjang lebar.
Ye, benar kata Asrar petang tadi. Aku kene kaji balik atas niat apakah aku ingin berpurdah. Aku tak mahu ia sekadar menjadi adat. Atau ikutan semata2. Atau fashion. Atau ingin timbulkan sifat tabarruj dalam berpakaian. Ya Allah. Itu bukan niatku. Bukan , bukan, bukan! Aku melaung di dalam hati. Ya Allah, jauhi aku daripada berpakaian yang menyimpang jauh dari niat yang tulus hanya untukMu ya Allah. Rintihku dalam diam.

*********

Figura wanita berpurdah muncul lagi dibayangan mataku. Sungguh mempesona. Walaupun menutupi wajah, namun pandangannya nampak mempesonakan. Aku jadi cemburu. Mengapa figura ini membuat hatiku menjadi tidak keruan. Kenapa aku tak mampu. Kenapa? Ye aku tahu kenapa! Aku masih belum cukup mantap dalam amal ibadahku. Akhlakku belum cukup terpelihara untuk aku memegang title wanita berpurdah. Lisanku belum cukup basah dengan zikrullah. Tutur bicaraku masih belom sopan ketika berbicara. Tanganku masih belum banyak menghulurkan bakti. Kakiku masih belum kuat untuk melangkah ke majlis2 ilmu. Hatiku masih belum mantap untuk sentiasa mengingatinya. Dan mataku masih belum terpelihara daripada menjaga pandangan!!!! Ya Allah, aku masih belum layak!

Pintu bilikku dibuka. Aish Sumayya adik perempuan keduaku masuk terus mengambil tempat di sisiku. Dia memandang wajahku. Dari raut wajahnya seperti dia sedang mempunyai masalah. Aku terus membetulkan dudukku agar lebih senang untuk kami berbual. Saat2 cuti sem sebeginilah aku banyak meluangkan masa dengan adik2ku untuk berborak2 dan bertukar2 pandangan.

"Maya, are you okay? Kak Long tengok macam ada masalah je"dugaku pada Aish Sumayya yang hanya tunduk memandang lantai bilikku itu.
"Kak Long, Maya takde masalah pun. Tapi Maya peninglah Kak Long dengan kawan Maya tu" akhirnya dia membuka cerita.
"Hai,kawan punya pasal asal pulak adik Kak Long yang pening. Cuba cerita apa sebenarnya ni?" aku mula mengambil berat terhadap adikku. Ye, aku sering mengambil berat terhadap masalah2 adik2ku jika mereka ingin berkongsi masalah denganku.
"Kak Long kenal tak Mujahidah kawan Maya tu?"dia mula membuka cerita kepadaku,
"Ouh, hurm kenal. Kenapanya?"
"Kak Long tahu tak lagi yang dia dah berpurdah?"
"Berpurdah? Sejak bila? Tak tahu pun..tapi kenapa?"
"Hurm, baru jugak la. Dalam bulan lepas baru start pakai.Tapi Maya rasa macam dia tu tak ikhlas lah nak berpurdah" luah adikku agak keberatan.
"Apa Maya cakap ni. Maya tahukan ikhlas ni Allah je yang dapat menilainya. Itu urusan dia dengan Allah. Kita sebagai hambaNya tak layak untuk menilai tau"bicara sedikit tegas ketika itu. 
"Maafkan Maya Kak Long. Bukan maksud Maya begitu. Cumanya Maya hairan je dengan dia. Dia masih kurang menjaga ikhtilat. Maya cuma takut dia mencemarkan imej yang dibawanya sekarang" adikku mula memuntahkan perkara sebenar yang dipendam.
Aku terdiam agak lama. Sungguh, bukan mudah mereka yang membawa imej ini di mata masyarakat kerana masyarakat rata2nya akan melebelkan wanita sebegini sangat mulia dan sangat suci daripada melakukan perkara2 yang bertentangan dengan kehidupan bersyariat. Sekiranya ada di antara mereka yang membuat onar, padahnya sangat besar kepada Islam. Agama Islam pasti terfitnah dengan kelakuan kurang sopan mereka. Aku juga memandang diriku. Aku merenung kembali catatan perjalananku sebelum ini. Sekarang aku adalah seorang wanita yang menjaga auratku. Aku adalah seorang gadis yang menjaga tudung labuhku agar menjaga auratku selari dengan kehendak syariat. Tetapi adakah aku sudah benar2 tidak membawa fitnah kepada Islam. Adakah aku menjadi role model yang baik kepada mereka di luar sana? Ya Allah, jauhi aku daripada melakukan sesuatu yang membawa fitnah kepada Islam.

"Kak Long, apa patut Maya buat? Maya tahu, Maya pun tak de lah alim sangat. Maya sendiri kagum sebab dia mampu berpurdah. Maya pun tak macam tu" bicara Sumayya mematikan lamunanku.
"Err, Maya dah cuba tegur dia ke? Maya cakap la kat dia baik2. InsyaAllah dia akan dengar. Yang penting Maya jangan lupa berdoa tau" balasku.
"Erm, InsyaAllah. Tu la kan Kak Long, bukan senang nak pakai purdah rupanya. Banyak bende yang kene jaga. Hurmmmm" dia mengeluh sedikit.
"Maya, semua orang boleh berubah jadi baik. Kita anggaplah dia dalam perubahan ke arah menjadi lebih baik. Tapi, iman kita ni ada pasang surutnya. Kadang2 kita mampu melawan hawa nafsu, kadang2 kita tewas. Itulah pentingnya kita sentiasa kene upgrade iman. Mungkin kawan Maya tu masih dalam prosesnya untuk mengelakkan ikhtilat tetapi mana lah tahu lelaki lain pula yang masih ingin berbaik2 dengannya. Jadi dia mungkin fikir itu sekadar perkara yang remeh. Itulah pentingnya kita ikut tarbiyyah. Kak Long percaya adik Kak Long mampu bimbing dia menjadi lebih baik" bicara penuh nasihat.
Walaupun jauh di sudut hatiku aku merasakan nasihat itu aku tujukan buat diriku sendiri. Ye, aku boleh berubah. Tapi biarlah aku istiqamah dahulu dengan perkara yang aku buat sekarang. Moga2 bila diriku betul2 mantap, baru aku mulakan hijrahku yang satu itu.
"Terima kasih Kak Long. Ni yang buat Maya sayang Kak Long Fiyya lebih. Hehehe..."balas Sumayya nakal sambil melambai2 ke arahku sebelum menutup pintu kamarku.
Ahh, lupakan! Aku belum layak lagi. Mungkin kehadiran Aish Sumayya tadi dengan meluahkan masalah kawannya hanyalah menjadi pengantara yang supaya aku memikirkan kembali niatku itu. Mungkin Allah ingin meminta aku merenung kembali sagagah manakah aku sanggup mengharungi cabaran apabila aku berpurdah kelak. Ya Allah, andai berpurdah lebih baik untukku, maka tenangkanlah aku daripada memikirkannya lagi. Amin.

*********

Pagi itu aku menemani Umi ke pasar tani di tengah kota. Aku hanya mengikuti langkah Umi ke mana sahaja dan menjadi pembawa barang2 yang dibeli Umi. Bukan mudah untuk aku meluangkan masa cutiku yang berbaki ini untuk menemani Umi kerana aku hanya mengurungkan diri di dalam kamarku untuk menyiapkan assignment yang semakin bertambun.

Tiba di suatu kedai, Umi memandangku kemudian dia memegang sehelai kain hitam yang tergantung. Aku memandangnya dengan pandangan yang penuh kehairanan. Kemudian Umi memberi dua keping note merah kepada si penjual. Dan kami bergerak pulang. Ketika di dalam kereta, barulah Umi membuka bicara denganku.

"Fiyya, dulu Fiyya pernah cakap dekat Umi kan yang Fiyya nak berpurdah?" tanya Umi masih berbasi2. Aku jadi kehairanan.
"Erk..yeke? Ermm..." aku menjawab endah tak endah kerana ingin menumpukan kepada pemanduanku di jalan.
Namun otakku ligat berfikir tentang kata2 Umi itu. Benar, 4 tahun dahulu aku pernah meminta izinnya untuk berpurdah. Itupun setelah aku merasakan Umi dan Abi ku sering menyebut2 isu berpurdah di hadapanku. Ye, Abi seringkali meminta2 adik bongsuku Aish Surayya berpurdah ketika dia sudah dewasa. Ketika itu aku memang mempunyai keinginan untuk berpurdah. Bebrapa hari selepas itu, aku bersua dengan Umi ku dan meminta izinnya untuk berpurdah.

"Umi, macam mana kalo Fiyya nak pakai purdah?"tanyaku setelah mendapat kekuatan yang luar biasa pada hari itu. Ketika itu hanya aku dan Umi di ruang tamu.
"Fiyya betol2 nak pakai purdah ke?" tanya Umi seakan2 terkejut.
"Ermm. Fiyya rasa Fiyya nak try la pakai purdah. Tapi Fiyya akan pakai bila Fiyya pergi keluar tanpa pengawasan Umi dan Abi. Maksud Fiyya kalau Fiyya keluar dengan kawan2 Fiyya ke masa dekat U tu" jawab ku meyakinkannya.
"Kenapa pula macam tu?"tanya Umi seakan2 kehairanan.
"Sebab Fiyya cuma nak jaga keselamatan Fiyya. Kalau Fiyya keluar dengan Umi dengan Abi kan Fiyya dah kira selamat. Takde lah orang nak kaco Fiyya. Umi dengan Abi kan ada. Tapi kalo Fiyya keluar dengan kawan2, keselamatan Fiyya belum terjamin. Mana lah tahu ada mamat kat luar tu nak ngorat Fiyya ke. Haha" ketawaku berbasi2.
"Erm? Ikut Fiyya la. Umi tak kisah. Yang penting Fiyya kene pandai2 bawak diri"Umi hanya hanya memberi respon tetapi tidak pula menggalakan. Aku menjadi kurang mendapat sokongan daripada satu2nya wanita yang aku hormati itu. Sejak itu, aku hanya kuburkan dahulu niatku itu.
Sekarang Umi pula seolah2 mula memberi galakan kembali kepadaku. Umi membuka membuka kain purdah itu dan cuba mengayakannya. Aku mengerlingnya sekilas dan masih menumpukan perhatian ke arah jalan raya.

"Terima kasih Umi. Tapi kenapa baru sekarang Umi memberi galakan kepada Fiyya?"
"Fiyya,Umi cuma mahu Fiyya istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Lagipun sekarang Fiyya cuma tinggal beberapa bulan lagikan untuk habiskan degree Fiyya? Lepas ni boleh la Fiyya nak berpurdah dengan istiqamah." terang Umi panjang lebar.
Tiba2 aku merasakan keperluan untukku berpurdah bukan lagi menjadi hukum wajib kepadaku saat ini. Sepanjang aku berada di Universiti aku mampu menghindarkan diriku daripada membawa fitnah kepada lelaki mahupun diriku sendiri. Aku sehabis daya menjaga akhlakku dan ikhtilatku dengan mana2 lelaki. Dan selepas selesai sahaja berkonvo yang hanya tinggal beberapa bulan lagi, aku akan mencari tawaran kerja yang sesuai dengan kelayakanku. Dan hal inilah membuatkan cabaran pemakaian purdah menjadi sangat besar bagiku. Di negara ini melarang pemakaian purdah bagi wanita yang bekerja di sekotor awam. Dan aku merasakn pergerakanku menjadi terbatas dengan pemakaianku nanti. Dan aku juga bimbang kelainan dalam berpakaian menjadikan diri aku menjadi perhatian lebih2 lagi nisbah pemakaian wanita yang berpurdah di negara ini adalah sangat kecil.

"Umi...tapi Fiyya rasa Fiyya dah tak perlu kot" jawabku lemah.
"Fiyya, Umi tak paksa Fiyya okey. Umi cuma memberi galakan balik sekiranya Fiyya masih menyimpan hasrat Fiyya dulu tu"Umi masih tersenyum ke arahku.
Oh Umi, andai sahaja Umi tahu, memang hasrat Fiyya yang satu itu masih belum pernah padam. Tapi biarlah Fiyya betul2 yakin dengan kemampuan Fiyya baru Fiyya akan tunaikan. Doakan Fiyya Umi. Aku bermonolog di dalam hati.

********

"Dari tadi saya tengok awak asyik termenung je. Teringatkan Umi Abi ke?" tanya suamiku lembut.
"Eh, sejak bila awak ada kat sebelah ni?" Aku menggaru2 kepala yang tidak gatal.
"Macam mana awak nak perasan. Dari tadi asyik termenung je. Sampai saya duduk kat sebelah awak pun boleh tak perasan. Hurmm. Siapalah saya...." Umar Mujahid membuat nada seakan2 merajuk. Aku pula ingin tergelak melihat perangainya yang suka benar merajuk mengalahkan diriku ini.
"Bukan tak perasan. Awak tu, lain kali masuk bagilah salam ke ape ke. Ni alih2 dah ada sebelah saya. Hehehe...." jawabku sambil memimikkan muka comel kepdanya.
"Erm, baiklah Puan Aish Safiyya. Awak okay ke kat sini? Yelah, awak kan anak manja kesayangan Umi. Nanti nangis pulak lama tak jumpa Umi. Hehehe..."
"Alla....kalau saya menangis nak jumpa Umi, awak nak ke hantar saya balik Malaysia semula? Tinggal awak sorang2 kat sini. Padan muka awak! Haha" usikku kepadanya.
 "Huh! Sampai hati nak tinggalkan saya kat Jordan ni sorang2 ye." Umar Mujahid mula buat2 nada merajuk lagi.
"Haha. Mana ada. Takkan saya nak tinggal awak seorang kat sini. Mestilah saya akan teman awak. Sampai bila2" Aku mula memujuknya.
"Yeke. Terima kasih awak. Semoga Allah redha dengan awak" doanya kepadaku.
"Sama2 kasih.Peace! Hehe" aku mengayakan dua jari kepadanya.
"Awak, kalau saya nak buat permintaan boleh?" tanya Umar Mujahid kepadaku.
"Erm, apa dia?"
"Saya nak awak pakai purdah boleh lepas ni? Kat sini ramai wanita yang berpurdah. Kalau boleh saya ingin isteri saya juga melindungi wajahnya daripada menjadi tontonan lelaki ajanabi yang lain. "mintanya dengan sebab yang jelas. 
Ya Allah, mungkin inilah saat yang sesuai untuk aku mengenakan purdah di wajahku. Ini adalah arahan daripada suamiku, maka aku wajib mentaatinya. Mungkin inilah masa yang benar2 sesuai dan selayaknya aku berpurdah. Aku hanya ingin mempamerkan kecantikanku hanya buat suamiku. Terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan hajatku 4 tahun yang lalu. Terima kasih Ya Allah.

"Terima kasih awak. Terima kasih kerana membenarkan saya berpurdah" ucapku kepadanya sambil mencium tangannya. Air mata jernih mengalir di kelopak mataku. Aku berasa sungguh terharu. Akhirnya niatku untuk berpurdah telah tercapai.
*******TAMAT********


Coretan : Cerpen ini merupakan karya penulis yang berjaya dihasilkan buat julung2 pertama kalinya. Penulis mengambil inspirasi dari diri penulis sendiri supaya turut menjadi wanita yang ingin berubah seperti Aish Safiyya. Cerpen ini didekasikan buat wanita yang menyimpan niat walaupun sekelumit rasa untuk memakai purdah atau niqab. Moga mereka yang telah berniqab terus keep istiqamah dalam pemakaianmu dan mereka yang masih dalam perancangan, semoga kita sama2 dahulu memperbaiki mana yang kurang sebelum kita berniqab kelak. Wink2. ^_^

Izinkan ku menjadi wanita yang solehah.

Penulis baru,
Aish SaFa 

2 comments:

  1. Assalamualaikum faa..
    tak sangka faa ada bakat terpendam...
    Teruskan menulis ye...
    Teringt cerpen syifa' yg tak siap2 lg...
    perkataan 'figura', cam kenal jer.hehe

    Cerpen faa sarat dengan mesej mendalam walaupun situasi dalam keadaan santai. Semoga faa terus istiqamah insyaallah.

    Faa, berubah kearah kebaikan itu satu proses. Jadi, dia mengambil masa yang panjang. Dan perubahan itu bermula dengan sekecil-kecil perkara. Sekiranya faa sudah yakin dengan sesuatu niat baik faa tu, maka teruskan faa dan mulakan perlahan-lahan, insyallah.

    Asrar Humaira
    (syifa' tak sesempurna watak asrar humaira faa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam.
      terima kasih Syifa' atas sokongan Syifa'.
      InsyaAllah Faa akan cuba menulis cerpen2 yg mempunyai mesej2 yang baik untuk disampaikan. :)

      perkataan "Figura"? Hehe. Masa Faa tulis cerpen ni, Faa teringat kat buah hati Faa ni la, Syifa' :p. Dia lah yang ajar Faa perkataan figura. Masa tu engat lagi dia mintak Faa bacakan cerpen dia Kopiah Putih tu. Hihi.

      Semoga Syifa' dapat teruskan penulisan Syifa'. Penulisan Syifa' jauh lebih baik daripada penulisan Faa. Syifa' salah seorang yang menjadi sumber inspirasi dalam penulisan Faa. :)

      Asar Humaira: Ia seindah dirimu Syifa' ku. :)

      Delete