Semalam ana ada post satu entry yang bertajuk Pemilik Hatiku Allah dan Rasul. Dan alhamdulillah entry tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada sahabat2 ana dan juga pengikut blog ana. Rasanya entry tersebut macam biasa sahaja tapi tak tahulah tang mana yang menampakkan entry tu macam mantop. Apa2 pun ana ucapkan setinggi ucapan terima kasih kerana menyokong usaha ana menulis dan menconteng di blog ana.
Ramai dalam kalangan pembaca ana yang memberi sokongan padu untuk ana meneruskan penulisan ana dan menyelitkan unsur2 dakwah. Tak kurang juga yang mengharapkan ana menjadi seperti penulis terhebat yang terkenal iaitu seorang yang ana juga kagumi dalam terbuka Ustazah Fatimah Syarha pada suatu hari nanti. Ya Allah, besar sungguh rasanya pengharapan yang dibuat untuk ana. Walaupun ana terharu dengan galakan yang diberikan sebegitu hebat untuk ana, tetapi ana merasa betapa kerdilnya diri ana untuk menjadi wanita sehebat penulis tersebut.
Walaupun ana masih menyimpan cita2 walaupun sekelumit zarah untuk menjadi seorang penulis hebat yang islami satu masa nanti tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana ana mampu mempersiapkan diri ana dengan lebih mantap dengan ilmu2 agama supaya ana dapat memasukkan unsur2 elemen dakwah dalam penulisan ana. Dan yang paling penting sejauh mana penghayatan ana dalam mengamalkan cara hidup islam dalam kehidupan ana agar mudah untuk ana mengajak yang lain turut sama mengamalkannya.
Prinsip penulisan Aish SaFa?
- penulisan yang dapat mebawa pembaca kepada unsur nasihat dan dakwah
- penulisan yang dapat berkongsi kisah hidup semoga menjadi tauladan buat pembaca
- penulisan yang walaupun sedikit masih mampu mebuat pembaca membuka minda
- penulisan yang tidak mengajak pembaca ke arah kemungkaran
- penulisan yang tidak menghemburkan segala luahan perasaan yang tidak puas hati kepada mana2 individu
- penulisan yang berkongsi ilmu2 sunnatullah
Terima kasih tak terhingga buat sahabat seperjuangan Cik Adibah Faizah yang meletakkan blog ana dalam list blog beliau. Rasanya masih belum sampai tahap blog ana ini menjadi bahan bacaan santapan rohani seperti yang ditulis di blog enti. Masih banyak yang perlu di pertingkatkan. Apa2 pun terima kasih kerana menyokong usaha ana menulis serba sedikit tinta perkongsian yang moga2 sahabat2 sekalian lebih mulia dan terhindar daripada melakukan hal yang sama. ^_^
![]() |
This picture was taken at Pantai Teluk Ketapang during our last holiday. |
Penulis muda,
Aish SaFa
masih mengasah bakat
No comments:
Post a Comment