....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Thursday 14 June 2012

LUAHAN DARI HATI


Awak, dah lama rasanya saya perhatikan awak. Saya stalk awak kat FB dan macam2 lagi. Sebab saya betol2 suka tengok awak. Sebab awak kawan saya. Jadi saya akan sentiasa prihatin terhadap kawan2 saya. Apatah lagi orang yang pernah rapat dengan saya walaupun seketika. Tapi tu tak bermakna saya akan terus lupakan awak walaupun kita dah jarang contact. 

Awak nak tahu tak kenapa saya suka berkawan dengan awak? Sebab awak baik. Saya percaya awak memang seorang sahabat yang baik. Dan kalau dahulu kala bila saya nasihatkan awak je, awak dapat terima dengan hati terbuka. Sebab tu saya makin sayang dekat awak. Sebab awak jenis yang open minded, boleh terima teguran daripada orang lain.

Sayang sekali, awak cantik tapi awak menonjolkan kecantikan awak pada umum. Saya sendiri tak nafikan awak memang cantik, tapi apalah gunanya sekiranya kecantikan awak mejadi tatapan umum. Awak, kita sama2 perempuan, saya tahu perempuan ni memang suka akan kecantikan. Tetapi awak kecantikan tu bukan untuk dipersembahkan pada umum. Hanya yang berhak sahaja dapat melihat betapa cantiknya kita yang sebenar.

Awak, saya dah tak berani lagi nak tegur awak depan2. Saya rasa saya pernah kot masukkan unsur2 nasihat tentang etika berpakaian. Dan saya harap saya dah tunjuk contoh yang insyaAllah baik untuk awak ikuti. Saya tak tahulah mana silapnya saya. Mungkin saya masih lemah kot dalam berdakwah. Yelah saya sendiri pun belum cukup sempurna nak jadi model terbaik untuk awak ikuti dalam semua hal. Akhlak saya barangkali belum cukup baik untuk memudahkan teguran saya meresap terus ke dalam jiwa awak. Saya mintak maaf yep.

Awak, saya cakap sikit boleh tak, saya nak kongsi je ilmu yang saya ada. Tapi kalo awak tak nak ekot pun terpulanglah pada awak. Lagipun saya percaya awak dah cukup besar untuk nilai semua ni kan? Awak sebenarnya tutup aurat tu perintah tau. Bukan saya kata. Tapi Allah kata. Awak, bukan saya seorang je tau nak pergi syurga Allah (ya Allah, layakkah aku? T_T) tapi saya pun nak ajak kawan2 saya jugak.

Awak nak tahu, saya ada ayah. Saya ada adik lelaki. Dan saya sayang sangat kat mereka. Hari tu saya ada baca hadis Nabi. Dia ada cakap bila anak perempuan yang dah baligh dan keluar rumah tapi tak menutup aurat dengan sempurna, ayah dan adik-beradik lelaki dia tu akan tanggung dosa mereka jugak tau! Sebab diaorang wajib menegur anak perempuannya atau adik perempuan atau kakaknya supaya berpakaian mengikut kehendak syariat. Tetapi kalau mereka gagal berbuat demikian, balasannya nanti di akhirat sana. Anak2 perempuan inilah yang akan seret kaki2 mereka masuk ke dalam neraka. Nauzubillah. Saya sedih sangat. Saya takut kalau saya yang buat macam tu. Saya tak sanggup. Saya sayang ayah dan adik2 lelaki saya lebih dari nyawa saya sendiri. Kalau saya ada suami, saya pun tak sanggup tengok dia masuk ke neraka. Saya sayang mereka.

Saya yakin awak pasti sayangkan mereka juga kan? Saya nak tanya, awak sanggup ke tengok orang yang awak sayang disakiti dan diseksa? Sanggup ke? Mesti takkan. Jadi saya rasa awak mesti dah tahu kan apa yang patut awak buat. Saya cuma dapat beri peringatan je sebelum terlambat. Sebab saya sendiri pun perlu diingatkan. Saya sikit pun tak pandang hina tau kalo orang yang tak menutup aurat dengan sempurna ni nak tegur saya mungkin dalam lain2 hal sebab mungkin saya pun ada buat salahnya. Jadi saya nak cakap,hidup ni kenalah sentiasa berpesan2. okeyh? Hehe.

Awak, kadang2 tu kan saya tengok ramai sangat gadis kat luar sana tu diaorang pakai pakaian tapi sendat,ketat dan macam tak cukup kain pun ada. Kesian saya tengok. Ada jugak tu yang jenis pakai tshirt lengan pendek lepas tu nak mudah bila nak keluar diorang pun sarung je inner tak pun sarung lengan tu nak tutup separuh lengan supaya tak lah terdedah sangat tapi mungkin diaorang ni tak tahu kot yang sarung lengan tu walaupun dah tutup lengan kita yang bahagian aurat ni tapi dia still nampak membalut aurat. Bukannya menutupi aurat. Sebenarnya tak boleh macam tu. Salah sangat. Tutup aurat tak sama dengan balut aurat. Tau3!!

Awak,rasanya tu sahajalah kot yang saya nak cakap. Maaflah banyak pulak saya bercerita. Saya cuma nak cakap kat awak jauh di sudut hati saya , saya terlalu sayangkan awak. Saya tak tahu macam mana nak terjemahkan lagi rasa sayang saya pada awak.

Terlalu sayang,
Aish SaFa
tulus menyayangimu sepenuh hati

No comments:

Post a Comment