....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Thursday, 14 June 2012

PILIHAN ITU

Pilihan itu seringkali bertandang
Mula menjadikan hati ini resah
Meminta aku satu jawapan
Yang akan mengubah segalanya

Dan kali ini ia datang lagi
Membuatkan aku hidup serba tak kena
Resah yang tiada penghujungnya
Meminta aku istikharah

Dan boleh jadi apa yang buruk pada pandanganmu 
Adalah yang terbaik untukmu
Dan boleh jadi yang baik pada pandanganmu
Adalah yang terburuk untukmu 

Aku termanggu lagi
Fikiran mula berserabut
Hatiku terasa gundah
Meminta aku mula berfikir lagi

Dan akhirnya pilihan itu telah aku suarakan
Dan aku berharap itulah yang terbaik untukku
Namun segala ketentuan adalah milik Yang Esa
Kini aku hanya berserah dan pasrah

"Ya Allah berikanlah yang terbaik untukku, apa yang tidak terdaya buatku, maka jauhilah ianya dariku. Aamiin"

Puisi conteng2,
Aish SaFa
menuntut pilihan yang terbaik

2 comments:

  1. Mendoakan yang terbaik untuk semua orang :
    ) dup dap dup dap. Setiap apa yang kita dapat esok ada hikmahnya . hehe

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. dan yang penting doa supaya kita mendapat yg terbaik. :)

    ReplyDelete