....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Saturday, 16 June 2012

SURI RUMAH SEPENUH MASA vs PENGANGGUR TERHORMAT

"Awak buat apa sekarang?" tanya salah seorang sahabat lamaku ketika kami berjumpa baru2 ini setelah sekian lama terpisah.
"Saya? Saya jadi penganggur terhormat je sampai bulan 9 ni. Kerja tak de, duk kat rumah je lah" jawabku sambil gelak ketawa. 
Kemudian saya juga ada bertanya kepada sahabat saya yang lainnya tentang perkembangannya masa kini. 

"Awak macam mana sekarang? Bekerja ke?" tanyaku.
"Eh tak de lah. Jadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya." jawabnya bersahaja.
Mula2 meletus juga gelakku. Tapi lama2 saya terdiam. Saya membandingkan jawapannya dan jawapan yang saya  berikan kepada sahabat yang bertanya kepada saya tempoh hari. Ya! Jawapannya jauh lebih baik daripada jawapan yang saya berikan.

****** (cuma sketsa sebelum ana ingin memberikan pandangan)********

Penganggur terhormat? Nampak macam tak de lah hina sangat kan di mata masyarakat sebabnya adanya perkataan "terhormat" bergandingan dengan perkataan penganggur. Biasanya inilah jawapan yang lazim diberikan oleh pelajar2 IPTA yang sedang berada dalam cuti sem yang panjang sekiranya mereka tidak mempunyai pekerjaan untuk dilakukan terutamanya bagi pelajar perempuan seperti ana. Perkataan terhormat itu diselitkan sekali kerana mereka bukanlah penganggur lepasan universiti yang sememangnya lebih baik mencari peluang pekerjaan kerana sudah tamat pengajian. Tetapi sebaliknya bagi pelajar yang masih belum habis pengajiannya. Mereka merasakan mereka cumalah berehat sementara daripada pengajian mereka dan disebabkan itulah mereka merasakan mereka lebih terhormat kerana mempunyai pendidikan. (memang pun tapi tu nak bagi sedap dengar je, haha)

Suri rumah sepenuh masa? Bila mereka yang menjawab dengan jawapan sebegini sebenarnya mereka sudah melambangkan tanggungjawab yang dipikulnya sewaktu ini. Mereka lebih amanah dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab di rumah mereka. Mereka pasti seorang yang sangat rajin dalam menguruskan sesuatu hal. (Ya Allah, aku masih teruk barangkali. Ada hati nak kahwin awal. Hampeh! Haha) Kenapa ana berkata begitu? Kerana jika dilihat daripada sudut simboliknya sememangnya tugas seorang suri rumah bukanlah tugas yang mudah dan diboleh dipandang rendah. Ia sebenarnya suatu tugas yang sangat berat dipikul tetapi sungguh mulia buat seorang isteri yang redha dalam menjalankan amanahnya di rumah. Bukanlah ana mengatakan mereka ini sudah bergelar suri rumah tetapi hanya sekadar mengironikannya dengan tugasan seperti seorang suri rumah. :)

*****

Sekadar pandangan ana mengenai seorang suri rumah.


Masih segar diingatan ana taktala kami berbual tentang masa hadapan. Ketika itu ada salah seorang sahabat ana bertanya mengenai pandangan masing2 sekiranya kami menjadi seorang suri rumah bahkan kami telah mempunyai segulung ijazah. Ada yang menyatakan tidak berbaloi dengan usaha penat lelah belajar selama ini tetapi hanya sekadar ingin menjadi suri rumah. Dan ada juga menyatakan teramat bosan sekiranya hanya tinggal terkurung di dalam rumah seolah2 tiada perkembangan yang sepatutnya diketahui. Dan tidak kurang juga yang mengatakan tiada warna-warni kehidupan kerana terpaksa memenjarakan diri di dalam rumah dengan hanya melakukan rutin harian yang sama setiap hari.

Kata ana pula :

Izinkan ana bercerita berdasarkan pengetahuan ana dan pandangan ana. Memandangkan Umi ana seorang suri rumah, jadinya ana tak nampak mana cacat celanya mereka yang memperlekehkan tugasan seorang suri rumah sepenuh masa. Kerana bagi ana, banyak kelebihannya menjadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya.

Pernah satu ketika dahulu ada yang bertanya kepada ana sebegini,

"Eh SaFa, awak nanti nak bekerja ke nak jadi suri rumah je kalau dah kahwin"
Erk..memang terlalu awal untuk ana menjawab soalan ini namun tiada salahnya sekiranya ana  memikirkannya bermula dari sekarang. Sebelum itu, pembaca budiman, kali ini ana hanya ingin berkongsi pendapat ana dan bukanlah menghasut atau mengalakkan pembaca berfikiran sama seperti ana kerana masing2 mempunyai pandangan dan fikrah pemikiran yang berbeza mengikut kesesuaian keadaaan masing2. 

Pandangan ana sendiri, sekiranya ditakdirkan ana ingin mendirikan rumah tangga, ana akan bertanya terlebih dahulu kepada calon suami ana adakah dia akan membenarkan ana mencari nafkah bersama2nya untuk keluarga atau dia hanya ingin ana berada di rumah dan menyelesaikan segala urusan di rumah. Kerana ana sendiri mempunyai pandangan ana tersendiri buat diri ana.

Ana ingin meminta keizinannya terlebih dahulu untuk turut sama keluar berjihad sekiranya ummah memerlukan ana.Kerana tanggungjawab kita adalah sebagai khalifah Allah,justeru ana juga ingin turut sama menjalankan misi dakwah walaupun ana sudah berumah tangga kelak. Ana juga telah memikirkan satu hal mengenai ekonomi keluarga pada masa akan datang,memandangkan kos sara hidup pada masa akan datang lebih tinggi makanya ana sanggup untuk turut sama membantunya meringankan bebanannya menyara keluarga kami nanti.

Namun begitu, sekiranya suami ana kelak adalah seorang yang sanggup menanggug segala tanggungan keluarga, makanya ana akan dengan rela hati menurut segala perintahnya. Kerana pada pandangan ana, tarbiyah pendidikan awal kanak2 adalah bermula daripada ibu bapa. Makanya sekiranya ana sudah mempunyai family, ana berpendapat adalah lebih berkesan sekiranya ana sendiri yang melakukan proses tarbiyah kepada anak2 ana sendiri. Dan ana akan buktikan yang ana mampu mendidik anak2 ana lebih baik daripada pentarbiyah yang Umi ana mampu lakukan kepada ana sehinggalah ana besar penjang seperti sekrang.

Izinkan ana memberi contoh yang terbaik pentarbiyahan yang telah diterapkan oleh Umi ana kepada ana sendiri. Umi ana berjaya meberikan pendidikan kepada ana seawal usia ana 3 tahun. Katanya, pada usia ana 3 tahun ana telah didedahkan dengan permulaan bacaan Iqra'. Seawal usia ana 5 tahun, ana sudah mula membaca Al-Quran. Dan alhamdulillah ketika usia ana 6 tahun, ana sudah berjaya mengkhatamkan Al-Quran dengan beberapa hafalan surah2 harian bermula dengan surah Ad-Dhuha hingga ke akhir surah An-Nas. Makanya dari situ, ana melihat proses pendidikan kepada ana berlaku sangat pantas. Dan ana berazam sekiranya ana mempunyai anak, ana akan melakukan proses pendidikan yang jauh lebih baik buat anak2 ana. InsyaAllah. 

Jadinya, bagi ana tidak timbul seseorang yang bercita2 ingin menjadi seorang suri rumah yang berjaya adalah satu pemikiran yang kolot kerana ana melihat pendidikan buat anak2 kepada suri rumah yang mempunyai ilmu di dada sangatlah baik dan digalakkan tambahan pula dengan arus kemodenan zaman kini yang memudahkan risiko kepada hal2 yang kurang sihat. Namun sebaliknya sekiranya seorang suri rumah yang prihatin, beliau mampu mengawasi tingkah laku anak2 mereka dengan lebih baik.

Ianya sekadar pendangan mentah ana dalam dunia kekeluargaan. Konklusinya, ana tidaklah merasakan suri rumah adalah satu pekerjaan yang tidak bernilai di mata masyarakat. Malahan ana sangat mengagumi mereka yang menjadi suri rumah yang berjaya. :) Dan bagi yang berfikiran ingin berkerjaya, ana merasakan ia juga adalah pilihan terbaik namun bukan lah sampai meletakkan priority keluarga pada tangga nombor dua. :)

Kredit to: Arina Jeffry yang postkan gambar dibawah setelah beliau membaca post ana ini. (Post ini diedit semula)


Kalau dilihat dalam gambar ini, ana rasa InsyaAllah semuanya ana dah lepas kot CUMANYA bab2 dan skill memasak ana masih kurang. T_T Tapi InsyaAllah ana akan melipatkan kali ganda usaha nak jadi yang terbaik. Hehe. Kalau membaca, memang tiap hari lah dah membaca, berukhuwah pun sejak cuti ni ana sering bertemu dengan sahabat2 lama agar ukhuwah kami masih kukuh. Untuk mengimamkan tidaklah, sekadar menjadi makmum di rumah. Mengasah bakat, barangkali dengan penulisan di blog. :) Dan amalan2 fardhu,InsyaAllah!!

Dedikasi untuk : Umi Aish SaFa sayang yang menjadi suri di hati Baba. :D

Perkongsian semata2,
Aish SaFa
masih memikirkan kerjaya yang tidak mengabaikan keluarga satu hari nanti. 

No comments:

Post a Comment