....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Friday, 8 June 2012

PEMILIK HATIKU ALLAH DAN RASUL

Assalamualaikum dan salam kerinduan buat pembaca yang sudi lagi menjengah ke sini. Tak banyak yang ingin ana kongsikan buat akhir2 ini kerana ana sendiri kebuntuan idea apatah lagi terus memasukkan elemen2 dakwah untuk mengajak pembaca sentiasa mendekatkan diri kepada Pencipta kita. Mungkin ini sekadar berkongsi kisah hidup ana yang masih mentah bergelar makhluk Allah di muka bumi ini.

Taktala ana menulis tinta ana untuk kali ini , ana baru sahaja selesai membaca sebuah karya tulisan Ustazah Fatimah Syarha yang merupakan novelis islami terkenal dalam kalangan pembaca remaja mahupun orang dewasa. Kali ini ana membuka untuk kali keduanya buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul yang menjadi wasiat terakhir kepada ana oleh seorang sahabat yang sangat ana kasihi untuk selamanya , Nurul Syafiqah sebelum beliau berangkat ke Tanah Arab pada tahun lepas untuk melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan medik. Terima kasih memberikan amanat ini kerana banyak input yang ana pegang melalui buku ini. 

Kenapa tiba2 ana membaca buku ini lagi?

Sejujurnya ana akui apabila hati ana teruji dengan cinta lelaki yang hadir dalam diri ana, ana tidak dapat menafikan perasaan itu kerana fitrah manusia untuk mencintai. Tetapi fitrah manusia itu sangat suci, mana mungkin dinodai dengan perkara2 yang maksiat. Kalau orang kata jalan mujahadah itu pahit, tetapi jalan mujahadah itu paling menyelamatkan dari seksa neraka , siapapun pasti sanggup mengambil jalan itu kalau dia benar2 tahu akan seksanya api neraka. Satu amanat yang kawan ana tulis dalam wasiatnya :
Di saat hati remajamu sedang goyah kerana dilamar cinta oleh seorang jejaka, kamu bacalah dan hayatilah bingkisan ini supaya kamu tidak hanyut dan bijak dalam membuat keputusan. Akhir kata, kejarlah cita2 mu sebelum mengejar cinta. Kelak, kamu akan hidup bahagia bersama suami tercinta.  Salam sayang dari sahabatmu, Nurul Syafiqah, Kaherah , Mesir. :)
Terima kasih atas amanatmu ini, akan diri ini sentiasa pegang pada amanat ini sebagai tanda kasihku dan pengharagaanku yang tulus menyayangi temanmu ini.

Inspirasi yang diambil daripada buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Thanks Pikah bagi buku ni kat ana! :)

Setelah ana membelek buku itu dan menghayati ternyata benyak persamaannya kisah yang dipaparkan dalam buku tersebut mengenai diri ana. Dalam novel tersebut juga ada menyelitkan kisah tentang satu watak yang bernama Khazinatul Asrar dalam novelnya Seindah Mawar Berduri. Mungkin ramai dalam kalangan pembaca blog ana yang pernah membaca karya hebat ustazah muda tersebut. Masih ana ingat lagi ketika ana membaca buku novel tersebut, ana cuba membanding2kan diri ana dengan watak tersebut. Ya Allah, hinanya diri ini  bagai langit dengan bumi. Jauh sekali untuk menjadi seorang yang bernama Khazinatul Asrar. Tetapi ana masih memujuk diri ana supaya berusaha menjadi sepertinya suatu hari nanti.

Dunia Remajaku-Khazinatul Asrar
Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula2 rasa tak suka tapi lama kelamaan saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari2 yang dilalui terasa lebih ceria apabila saya mengatahui diri ini amat dihargai Namun sifat malu membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal, hakikatnya hati saya suka.
Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya. Kata2 indah dan pujian di dalam surat-surat meneybabkan saya terlentok. Memang lelaki pandai bermain kata. Waktu itu hidup saya penuh dengan angan2. Kadang2 syaitan membisikkan agar saya melayani surat2 yang datang. Tapi alhamdulillah, berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama, saya rasa malu dan bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu2 dalam hidup saya kian dibuai keasyikan.
Kemudian , keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saya tak dapat tumpukan pelajaran saya. Saya tak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Ketika waktu ulang kaji pun, isi2 surat itu menganggu minda saya untuk fokus. Saya terlalu asyik kerana mungkin itulah pengalaman paling memncabar dalam dunia remaja.Saya mula bertanya pada diri, apakah angan2 berikan dalam hidup saya? Hanyalah kegagalan. Cintalah punca angan2. Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati.bukan secara zahir. Saya tak pernah menterjemahkannya. Tapi hatilah yang menjadi raja,pemberi arahan kepada seluruh anggota tubuh kita. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hati sebegini untuk menadah nur ilmu? Bukankah ilmu itu cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat maksiat?
Saya rasa lebih bersalah apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya agak merosot. Saya cemburu kepada kawan2 saya yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba2 jauh meninggalkan saya.Saya buntu. Tak tahu nak mengadu pada siapa.
Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib di sekolah, entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan "cinta Allah". Menurut ustaz2 dan naqibah,saya dapat simpulkan bahawa cinta Allah tak mengecewakan. CintaNya sentiasa membawa kebahagian kepada hati,perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNya,cuma saya yang tak kenal cinta Allah. Pintu taubatNya sentiasa terbuka luas untuk kukunjungi.
Kata2 Khazinatul Asrar dalam novelnya Seindah Mawar Berduri. :)
Bila ana baca kata2nya ini, ia seperti saling tak tumpah macam diri ana. Ana juga pernah diujui. Biarkan ana kongsikan serba sedikit hidup ana semoga menjadi pelajaran buat mereka yang sedang bercinta, dan juga masih belum pernah mengenal apakah itu rasanya cinta. Pesan buat pembaca, sekiranya bercinta janganlah meletakkan cinta manusia menandingi cinta Allah. Yang masih belum mengenal cinta, carilah cinta Allah terlebih dahulu yang tidak akan sesekali mengecewakan.
Seawal usiaku 13 tahun , saya pernah diuji dengan cinta lelaki. Walhal seingat saya, saya bukanlah seorang yang sangat terkenal. Dek kerana masih mentah dalam dunia percintaan, saya menyambut huluran cinta dari seorang lelaki. Namun kami sekadar berbalas mesej dan belum pernah kami membuat hal terlarang seperti keluar bersama. Pada waktu itu,saya juga sering mengikuti kelas2 agama dan bermula dari situlah saya insaf dan terus memutuskan perhubungan yang tiada halalnya. Bermula dari situ saya berjanji tidak akan menyerahkan cinta saya sewenang2nya untuk insan yang bergelar lelaki.Saya juga pernah menerima pucukan surat daripada lelaki yang saya tidak kenali yang ingin berkenalan dengan saya. Kerana bimbangkan keselamatan saya, saya telah menceritakan mengenai surat yang saya terima kepada ibu bapa saya. Saya juga pernah menerima beberapa panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tergila2kan saya semenjak saya di tingkatan 1 sehinggalah saya sudah berada di tahun akhir pengajian di sekolah menengah. Bayangkan panggilan telefon yang dibuat untuk saya itu telah dijawab oleh Umi saya yang menyamar menjadi diri saya. Lelaki itu tanpa segan dan silu menyatakan cintanya kepada saya. Apakah agaknya perasaan seorang ibu yang menghantar anaknya ke sekolah agama akhirnya anaknya merampas kepercayaan dengan bercinta di sekolah walhal Umi saya tidak mengetahui hal yang sebenarnya. Perit rasanya saya dituduh bercinta oleh Umi saya walhal saya tersangatlah membeci lelaki yang sering menganggu diri saya itu. Saya sendiri pernah mempunyai 'secret admire' yang dalam diam meminati saya semenjak saya berada di Tingkatan 2. Pelbagai hadiah dan surat saya terima daripadanya sedangkan hingga ke tahun akhir pengajian saya juga masih tidak tahu siapa pemberinya. Malahan bukan sahaja daripada teman sepengajian yang pernah cuba menawan hati saya, bahkan anak2 teman ayah saya juga masih ada yang cuba yang ingin berkenalan dengan saya. Tetapi prinsip saya yang saya pegang, sebelum bernikah tiada cinta daripada saya. Saya bukanlah terlalu mulia seperti watak Khazinatul Asrar. Walaupun saya tidak bercinta semenjak cinta monyet saya yang pertama itu, saya masih mempunyai beberapa orang kawan lelaki. Pada awalnya mungkin bagi saya hanyalah kawan yang saya anggap tidak lebih daripada itu. Namun apabila saya sering bermesej dengannya tanpa perkara yang mustahak, ia seolah2 menjatuhkan maruah saya yang kurang menjaga thiqah dalam perhubungan berlwaanan jantina. Pada mulanya pastilah saya akan berseronok, tetapi saya sering menilai diri saya apakah perbuatan saya ini diredhaiNya? Sedangkan saya masih penuntut ilmu. Saya akui karya Ustazah Fatimah Syarha banyak menjentik perasaan insaf di dalam diri saya. Lama kelamaan saya mengurangkan aktiviti bermesej2 tanpa hal yang perlu. Namun langkah mujahadah itu payah, kadang2 saya masih terlalai. Mujurlah saya dikelilingi sahabat yang beriman yang sentiasa mengingatkan saya tentang bahana sekiranya tidak menjaga pergaulan. Dengan azam yang baru, ketika saya memasuki dunia kampus saya telah meletakkan syarat kepada diri saya supaya lebih berhati2 dalam ikhtilat yang berlainan jantina.  Cumanya saya harap, sekiranya saya berbalas komen dengan sahabat berlainan jantina, cukuplah sekadar membawa maksud saya meraikan persahabatan yang baik antara saya dengan mereka pada masa dahulu. Moga2 saya terhindar dari perkara yang melalaikan saya.
Kisah perkongsian: Aish SaFa
Moral of the story

  • Yang sedang bercinta sekiranya dapat disegerakan teruskanlah ke arah perkahwinan moga2 terselamat daripada fitnah kepada Islam.
  • Yang masih belum mengenal cinta, jangan sesekali menjeratkan diri anda dengan cinta angan2 nanti hidup yang merana.
  • Cinta dalam diam lebih manis seperti mana cinta Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah.
  • Yang sedang belum pasti akan akhirnya, teruslah beristikharah moga mendapat petunjuk dariNya.
Dedikasi buat pejuang agamaku walau aku tidak tahu siapa pun kamu. ;)

Ana tak pandai bermadah puitis. Ni ana copy paste Sajak Aminah Qutbi. 

Sekiranya
Kita cinta kepada manusia,  
tak semestinya manusia cinta pada kita.
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andai dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatikum
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku 

Semoga yang baik sentiasa mengiringimu di mana pun enta berada. 

Tinta perkongsian dan keinsafan,
Aish SaFa
mencari ketenangan setenang namaku  

4 comments:

  1. Sungguh..hasil penulisanmu ini benar2 menyentuh hatiku..terima kasih kerana kamu benar2 menghargai pemberianku yg tidak seberape..insyaAllah..same2 lah kite mjage hati dan iman supaya tidak dinodai oleh mane2 cinta yg tidak halal utk kite..ana uhibbuki fillah,,fatin..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sangat3 pikah atas pemberian tu. pemberian tu sgt3 bermakna. insyaAllah sy akan berpegang dgn prinsip yg sama dgn watak dlm buku tu. walaupun macam susah tapi, semua org boleh buat asalkan nak atau tak nak je. :)

      Delete
  2. terima kasih fa sentiasa mengingatkan :D.teruskan perjuangan penulisan dakwah2 ni:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih adibah bg support. hehe :)

      Delete