....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday, 18 June 2012

DIA DIRINDUI DAN DIHORMATI

Guru itu masuk ke kelas dengan langkahnya yang bersemangat seperti biasa. Lantas dia memandang anak muridnya satu persatu. Setelah salam diberikan,pelajar serentak menjawab salamnya dan duduk dengan tertibnya. Pelajar2 mula mengeluarkan bahan2 pembelajaran yang bakal diajar guru tersebut pada hari itu. Guru mulia itu tidak terus memulakan pengajarannya sebaliknya memberikan nasihat2 dan kata2 motivasi buat pelajarnya terlebih dahulu. Pelajar2 mendengar dengan tekun setiap butir bicaranya. Namun guru itu tetap melihat satu persatu wajah2 anak muridnya dan pelajar yang kurang fokus terhadap apa yang diperkatakannya akan didekati dan ditegur dengan penuh hemah. Ya ! Dialah Cikgu Aisyah.

Cikgu Aisyah merupakan seorang guru yang sangat prihatin terhadap pelajar2nya. Tidak hairanlah Cikgu Aisyah mudah didekati dan sangat disenangi oleh ramai pelajar termasuklah aku. Tetapi pernah berlaku satu peristiwa yang menyebabkan aku menangis semahunya kerana terkilan dengan kata2 Cikgu Aisyah. Walaupun sedih untuk mengingatinya kembali, namun tiba2 sahaja malam ini ia seakan masih segar di ingatanku. Tiba2 sahaja memori indah aku dengannya bermain di benakku. Seakan2 Cikgu Aisyah turut mengingatiku barangkali waktu ini. (Ntah la) Ya Allah, rasa rindu ini begitu perit sekali untuk aku tanggung.

Bila diingatkan kembali, kesalahan yang aku lakukan bukanlah satu kesalahn pun. Aku yakin sekali. Tetapi ketika itu aku tidak mengetahui emosi cikgu kesayanganku itu. Dia dengan tidak sengajanya mengeluarkan kata2 yang bagiku sangat terhiris kerana belum pernah aku dimarahinya sebelum ini bahkan dia sangat ramah sekali denganku. Apabila berjumpa di mana2,pasti dia dahulu yang menegurku sebelum sempat aku menegurnya. Tetapi pada hari itu, barangkali aku terkejut dengan kata2nya membuatkan aku tidak dapat menahan empangan air mata daripada terjatuh dihadapannya.

Sejak hari itu, aku seperti sudah berjauh hati dengan kata2 Cikgu Aisyah. Aku semakin menjauhkan diri daripadanya. Sikap dinginku mula disedari Cikgu Aisyah. Namun Cikgu Aisyah langsung tidak menunjukkan seperti sesuatu yang besar berlaku di antara kami bahkan dia masih melayanku seperti biasa. Cuma aku sahaja barangkali mengambil hal itu sebagai sesuatu yang serius. Hinggalah ke kelasnya yang seterusnya, dia seperti menyedari aku yang mula hilang fokus dalam pelajaran. Ye,aku tidak dapat lagi menjadi pelajarnya yang sering bertanya sekiranya terdapat pelajaran yang kurang aku fahami. Sebenarnya aku menangis di dalam hati sepanjang kelasnya. Aku sedih kerana teringat2 akan kata2nya tempoh hari sebelum itu.

Pada hari itu juga, Cikgu Aisyah dengan rendah hatinya meminta maaf di hadapan kelas. Walaupun dia tidak menujukan kata2nya khas buatku tetapi dari lirikan matanya yang sering memandangku yang ketika itu sudah pun berderai air mata menahan sedihnya perasaanku ketika itu. Tidak ku sangka cikgu kesayanganku itu sangat prihatin terhadap perubahan sikapku. Dan ketika itu aku hanya mampu tertunduk mendengar sahaja butir bicaranya yang dengan telusnya memohon maaf dariku. Saat itu, aku berasa sangat bersalah membuatnya seolah2 dialah yang bersalah dalam hal ini walhal aku hanya berkecil hati dengan tindakannya dan selayaknya aku sebagai anak muridnya tidaklah mengambil hal itu sebagai satu hal yang serius.

Waktu pulang hari itu, aku terus pergi ke bilik guru Cikgu Aisyah. Aku terus bersalaman dengannya dan meminta maaf atas semua salahku. Aku menangis semahunya dihadapan Cikgu Aisyah dan memintanya memaafkan segala kesalahnku. Cikgu Aisyah hanya tersenyum. Katanya dia tidak pernah menyimpan apa2 dendam kepada pelajarnya. Ya Allah betapa malunya aku saat itu yang berkecil hati dengan cikgu walaupun dengan perkara yang seremeh itu. Sejak itu hubungan aku dengan Cikgu Aisyah kembali pulih seperti biasa. 

Beberapa minggu selepas itu, aku mendapat khabar berita tentang Cikgu Aisyah. Walaupun pada mulanya sangat tidak percaya dengan apa yang didengari, tetapi khabar angin itu seperti sudah mendapat kesahihan daripada guru2 lain. Saat itu, aku sekali lagi berasa sangat bersalah dengan Cikgu Aisyah kerana aku tidak mengetahui kondisinya sebelum ini. Ya, beliau disahkan menghidap penyakit kanser payu dara di tahap yang membahayakan kesihatannya. Ketika itu juga aku merasakan salahku yang tidak mengetahui emosinya sebelum ini ketika aku pergi berjumpanya sehingga aku berkecil hati dengan kata2nya terhadapku. Ya Allah, kenapalah aku langsung tidak prihatin terhadap emosi guruku itu walhal dia sangat prihatin padaku. T_T

Desas desus itu seperti lebih sahih apabila Cikgu Aisyah sendiri memberitahuku ketika aku berjumpanya untuk mendapatkan kepastian. Beliau memberitahuku akan meninggalkan kerjaya sebagai guru di sekolah itu sekaligus menggunakan rehatnya di rumah untuk merawati penyakitnya. Aku sangat sedih apabila mendapat tahu hal tersebut. Dan hari terakhir beliau meninggalkan sekolah, aku sekali lagi menjuraikan air mata di hadapannya kerana tidak mampu kehilangan seorang guru yang sangat baik terhadapku. Sungguh, seumur hidupku, guru inilah yang terlalu baik denganku sehinggakan kondisiku sangat dirai.

Dahulu aku sempat berbalas2 mesej dengannya untuk bertanya khabarnya sekiranya aku rindu padanya. Namun kini, aku sudah tidak dapat menghubunginya lagi. Semua no telefon sahabat2 lamaku hilang kerana handphone ku telah dicuri ketika sukan di universiti. Sungguh aku terkilan. Namun aku masih berharap dapat bertemu dengannya satu hari nanti. Sangat berharap! Kerana aku sangat merinduinya. Terlalu. Salam sekudus kasih buatmu Cikgu Aisyah. Andai sahaja cikgu dapat membaca penulisan saya ini. :')


*Kisah ditulis dengan juraian air mata rindu kerana teringatkan seorang insan yang terlalu istimewa dalam hidup penulis*

Merinduimu Cikgu Aisyah,
Aish SaFa
ingin menjadi semuliamu

2 comments:

  1. Sedihnyer ..tmbh lagi dngr background music blog fa ni.....smoge dia sentiasa di bawah lindungan Allah n diberikan kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. Amin. Moga dia tabah mengharungi hidupnya. Semoga dia sentiasa sihat walafiat hendakNya. :)

    ReplyDelete