....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Saturday 9 June 2012

NAK BAHAGIA SEKARANG MERANA NANTI atau MERANA SEKARANG BAHAGIA NANTI??

Salam sekudus kasih dan cintaku buat semua pembaca yang diredahi Allah selalu. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya. First of all, biar ana mention kan sekali lagi tajuk ana kali ini.
Nak Bahagia Sekarang Merana Nanti atau Merana Sekarang Bahagia Nanti?? PILIH ! !
Apa agaknya yang ada dalam fikiran pembaca blog ana? Ana sendiri pun tak pasti apakah yang boleh diterjemahkan oleh orang lain melalui statement ana ini. Yang pasti ana sebagai penulis yang membawa tajuk ini akan menghuraikan sendiri apa kaitannya dengan tajuk di atas.


Pembaca yang ana muliakan,
Pernahkah anda dilamun cinta? Pernahkah anda meminati seseorang dalam diam? Pernahkah anda berasa bahagianya bercinta? Pernahkah anda merasa seksanya cemburu apabila orang yang anda cintai lebih mengutamakan orang lain berbanding diri anda? Pernahkah anda mengalaminya?? Sekiranya anda sudah mengalaminya, berbaloikah anda mempunyai perasaan itu ketika kondisi anda sekarang? 

Sekiranya anda adalah dalam kategori insan yang normal, maka anda sewajarnya merasai begitu. Namun sebaliknya sekiranya anda langsung tidak merasainya , maafkan ana sekiranya ana katakan anda sudah menyalahi fitrah. Namun, apa yang ingin ana kongsikan dalam penghuraian ana kali ini adalah perasaan membuak2 cinta remaja yang tidak ada pengakhirannya. Silakan mengkritik ana sekiranya penulisan ana jauh tersasar daripada kehendak sebenar. Kerana ana menulis berdasarkan pengalaman , pembacaan dan penghayatan ana dalam pemahaman ana dari segi logiknya akal. Wallahu'alam.

Straight to the point, maksud BAHAGIA SEKARANG MERANA NANTI ialah pasangan remaja yang bercinta (tanpa ikatan yang sah) dan melayan perasaan mereka dengan perkara yang berlawanan dengan fitrah suci. Misalannya, mereka sering bermesej tanpa hal yang perlu. Berbual2 kosong tanpa pengisian yang membawa manfaat. Dan yang bertambah parah yang keluar berdua2an tanpa segan silu di khayalak ramai. Apa yang mereka perolehi melalui perbuatan mereka sebegini pada masa mereka tidak mempunyai apa2 ikatan yang sah? Mereka bahagia? Pasti !! 

Tetapi bagaimana pula nanti? Apa yang ana maksudkan dengan NANTI? 'Nanti' yang ana katakan adalah apabila perhubungan mereka itu berjaya diteruskan sehinggalah ke alam perkahwinan, maka ana merasakan sedikit sebanyak membawa kesan kepada keharmonian rumah tangga mereka kelak. Kenapa begitu? Kerana kata2 termasyhur ada menyebut, jika kamu bercinta sebelum kahwin , kamu hanyalah mengenali lakonan pasanganmu bukannya dirinya yang sebenar. Fikir2kan lah kebenaran kata2 ini. Sukar untuk ana huraikan kerana ana juga bukan diposisi itu lagi. Bahana daripada itu juga, pasangan anda pasti akan timbul perasaan ragu2 terhadap pasangan masing2 sekiranya berlaku sedikit pertelingkahan di dalam rumah tangga. Kenapa? Kerana pasangan berkemungkinan pernah terfikir sekiranya "sebelum dia kahwin dengan aku,dia dah berani mesej2 aku maka tak mustahil masa sekarang pun dia berani mesej dengan orang lain". Itulah natijahnya sekiranya kita tidak menjaga perhubungan antara kaum berlawanan jenis.

Sebaliknya untuk MERANA SEKARANG BAHAGIA NANTI adalah remaja yang sangat menjaga hubungan dengan kaum berlawanan jenis dalam kehidupan seharian. Atau pasangan remaja yang bercinta tetapi sanggup mengambil langkah mujahadah yang dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan maksiat hati kepada Allah. Nampak macam susah, realiti itulah yang paling indah sekiranya kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian dangan sentiasa mengutamakan cinta Allah mengatasi cinta manusia. 

Dan apakah hasilnya NANTI? Mereka mungkin lebih terhindar daripada mempunyai perasaan was2 terhadap pasangan masing2 kerana percaya akan sikap telus dalam menjaga perhubungan mereka pada peringkat awalnya. Perkahwinan yang dibina pastilah membawa kebahagian yang berpanjangan.

Kata-kata penghargaan
Terima kasih buat Ustazah Fatimah Syarha yang banyak membawa elemen dakwah dalam karya penulisannya. Credit to video : CAFE CINTA

Layakkah SaFa berbicara soal ini?
Maafkan ana, sejujurnya ana tidak layak langsung sama sekali kerana ana bukanlah wanita mulia yang bebas daripada bahana cinta remaja. Ana pernah terleka di awal usia remaja. Tetapi mujurlah kasih sayang Allah melimpah ruah buat diri ana yang masih dapat memberikan keinsafan buat ana. Namun ana juga pernah lalai dan leka dengan fatamorgana cinta tetapi itulah manusia , insaf dan masih mengulangi hal yang sama. Tetapi selagi bergelar hamba Allah, kita masih diberi harapan untuk menginsafi diri sendiri dan mengajak hamba2Nya yang lain agar sentiasa mengenal PenciptaNya.


Nasihat buat pembaca yang budiman
Dah habis baca ke entry ana? Macam mana? Kalau sayang Allah, jom lah sama2 kita berubah. Lagipun pembaca rasanya lebih baik menilai daripada diri ana sendiri. Sekarang ana katakan sekali lagi. Pilih lah! Mana satu pilihan anda. Semuanya di tangan anda. Wallahu'alam. :)

Pesan buat diri sendiri
SaFa, kalau bercakap biarlah SaFa dulu yang mulakan dahulu. Jangan pandai cakap tapi tak buat apa. Tak guna juga , right? SaFa you know better yourself. Kuatkan semangat. Kuatkan mujahadah. Jangan mudah menyerah. Bila dah kuat, Allah sayang SaFa. Suka tak? Ngee~ Nak menangis kan bila dapat rasa cinta Allah. SaFa bukan tak pernah rasa bila dicintai Allah waktu dahulu, kenapa SaFa nak kuburkan cinta Allah? Then, jangan sesekali hanyut buat kali keduanya.

P/s: Tolong tegur ana sekiranya ana tersasar suatu masa nanti. Bimbang kerana manusia ini hatinya mudah berubah2. Ya Allah, thabbit qulubana 'ala tho'atik. Amin. :)


Tinta perkongsian,
Aish SaFa
menyesali dosa lampau 

No comments:

Post a Comment