....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday 2 July 2012

WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET

Assalamualaikum. Rasanya sudah lama SaFa tidak mengupdatekan post di blog SaFa. Memandangkan pada minggu lepas SaFa sangat sibuk dengan 'kursus' yang SaFa ikuti, SaFa tidak berkesempatan untuk mengupdate apa2 post di blog kesayangan SaFa. Tambahan pula, SaFa memang kekontangan idea untuk mencurahkan segala di fikiran SaFa dalam bentuk penulisan.


Tapi untuk kali ini, SaFa mengambil tajuk WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET untuk SaFa menghuraikan sedikit sebanyak melalui pemahaman SaFa. Segala kekurangan daripada pihak SaFa mohon ditegur ye? :)

Dalam kata mudahnya, APA YANG KAMU BERI IALAH APA YANG KAMU DAPAT. Maksudnya di sini , segala apa yang kita beri atau apa yang kita buat adalah apa yang kita dapat. Let say macam inilah, berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Makanya disini, segala balasan yang kita terima adalah terlahirnya daripada perbuatan kita yang dahulu. Andai baik perbuatan kita, maka kita juga dibalas baik, tapi jika sebaliknya pula begitu jugalah balasannya nanti.

Jadi, konklusinya adalah terletak di tangan anda. Jika ingin mendapat perkara yang baik2 sahaja dalam hidup anda, maka sering2lah beringat ketika melakukan sesuatu kerana WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET! Walaupun perkara itu sebesar zarah, tapi ada mata yang Maha Melihat segala perbuatan yang kita lakukan. 

Biarkan SaFa memberikan sedikit tamsilan berkaitan hal ini. Jika hari ini kita sering memberikan sedekah atau sering meringankan tangan membantu mereka2 yang memerlukan tanpa banyak soal, maka tidaklah hairanlah satu hari nanti tika mana kita dilanda musibah atau memerlukan pertolongan dari seseorang, maka kita akan mudah mendapat pertolongan itu. Tapi, AWAS! Jangan pula kita sentiasa mengharapkan setiap apa kebaikan yang kita lakukan pada hari ini akan mendapat balasan daripadanya kerana sesungguhnya niat kita adalah sebenar2nya hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Wallahu'alam.

Rasanya itu sahaja perkongsian SaFa kali ini. Ringkas sahaja tetapi mudah2an memberi sedikit manfaat buat pembaca yang sering singgah ke blog SaFa walaupun SaFa sudah lama tidak mengupdatekannya. Terima kasih kepada yang memberi sokongan terhadap penulisan SaFa yang masih banyak kekurangannya. Moga sentiasa dalam keredhaanNya. InsyaAllah. :)

p/s: Cannot wait this weekend :D

Pena kering dakwat;
Aish SaFa
try to give the best, insyaAllah.


No comments:

Post a Comment