....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Tuesday, 17 July 2012

FINALLY IMPIAN DAHULU DI DEPAN MATA

Salam buat pembaca. :)

Wondering dan sangat teruja! Dahulu punya impian yang jitu hendak mengambil bidang seni bina ketika borang permohonan ke IPTA lepasan SPM, tetapi tiada rezeki (dan kurang mendapat galakan). Dan terjunamlah SaFa dalam bidang Sains dan Teknologi di dunia USIM walaupun hati tersangat cinta ke arah bidang agama. Rezeki dan tuah pada masa hadapan tiada yang tahu, SaFa meniggalkan pengajian sebagai pelajar STAM dan memasuki tamhidi di USIM. Tetapi tanpa disangka2, kos yang diceburi dapat melayakkan SaFa mengambil pilihan dalam lebih banyak bidang termasuklah medic, dentistry, seni bina, aktuari, matematik kewangan , kimia industri, bioteknologi makanan, ISA dan juga fizik gunaan. MasyaAllah , ketika di tamhidi SaFa merasakn betapa sukarnya SaFa menggagahkan diri ke dalam bidang sains. Dan muncul pula minat baru yang tanpa di duga (dulu tak pernah pun minat walaupun selalu jugak skor subjek ni) iaitu subjek Bahasa Arab kerana merasakan betapa sukarnya bidang sains. 

Dan ketika diminta mengisi borang permohonan untuk ke degree, SaFa menjadi begitu rungsing kerana tiada langsung minat dalam mana2 bidang yang SaFa boleh ceburi berdasarkan kos yang diambil. Takut, sedih dan tawar hati. Dengan berat hati SaFa memilih kos biotekonolgi makanan sebagai course yang pertama dan diikuti kimia industri dan seni bina. Walaupun SaFa mempunyai 6 pilihan untuk memilih, seingat SaFa, SaFa hanya mengisi 3 sahaja. Itupun habis kuoto 3 kali untuk mengemaskini permohonan SaFa gunakan. Kerana apa? Kerana bercelaru untuk memilih kos yang sesuai dengan SaFa. (nampak sangat kan SaFa takde pendirian) Kenapa sampai macam tu? Kerana :

  • SaFa takut tidak mampu meneruskan bidang yang melibatkan subjek Fizik dan Matematik.
  • SaFa mula merasakan bidang agama paling layak dengan SaFa disebabkan jiwa SaFa lebih sehati dengan bidang agama.
  • Risiko dan cabaran kerja juga menjadi faktor sampingan buat SaFa (parents tak nak SaFa kerja yang melibatkan penggunan banyak masa dan tiada masa untuk family)
Dalam fikiran SaFa selalu je terbayang akan mengambil keputusan nekad untuk tukar ke fakulti lain sama ada SaFa akan pergi mangambil kursus fiqh fatwa ataupun pengajian bahasa utama (bahasa arab). Walaupun kawan2 macam terkejut dan kurang menggalakan tapi SaFa mempunyai sebab yang tersendiri untuk bertindak demikian. (maybe SaFa taknak harungi perkara yang SaFa tak minat). SaFa pun bercita2 nak meneruskan kecemerlangan SaFa , maybe dapat dean list (amin). Disebabkan itu lah SaFa hanya berserah kepada mana2 pilihan yang telah SaFa pilih dan kurang memberi cakna kepada mana2 kos yang SaFa dapat. Never mind!

Dan finally!!! SaFa ditawarkan ke IJAZAH SARJANA MUDA SENI BINA DAN KEPUJIAN selama 3 tahun di USIM. Dan SaFa seperti speechless. Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin dalam hati gembira, terkejut , dan takut. Kenapa macam tu? Gembira sebab SaFa tak sangka impian yang SaFa simpan  sewaktu lepasan SPM sekarang telah pun berada di dalam genggaman SaFa. Dan takut kerana SaFa kurang yakin yang SaFa mampu melakukannya. Dan SaFa dapat merasakn cabaran yang bakal SaFa lalui selepas ini adalah sangat besar. Memandangkan SaFa hanya wanita yang lemah lagi tidak berdaya, SaFa merasakn itu sudah cukup memberi sedikit tekanan emosi untuk SaFa pada kemudian hari.

In the same time, SaFa akan membuat solat istikharah untuk pertukaran ke fakulti bahasa utama (mungkin). Walaupun macam excited nak cuba bidang ni, tapi SaFa memikirkan banyak risiko yang bakal SaFa lalui. Sebab SaFa teringat akan kata2 seorang lecturer SaFa ''minat sahaja tidak menjadi juga, yang penting kita layak tak nak ceburi bidang tu". Kata2 tu seperti mencerminkan kembali kepada SaFa, adakah SaFa layak? One more thing, SaFa memang suka drawing, bakat tu sejak kecil ada. And SaFa always akan perform dapat A dalam subjek seni semenjak di sekolah menengah. But, selepas ke sekolah menengah, SaFa hanya mempelajari seni khat. Tiada subjek seni lagi. :( Namun, khat pun membuat SaFa sangat jatuh cinta kepada kesenian islam apatah lagi reka bentuk banggunan yang berunsurkan islamik. :) Dan masalah terbesar, SaFa mulai gerun untuk menjadi student architecture kerana dengar2nya assignment berlambak dan hanya terperap di studio. Apakah? =_=''

InsyaAllah 1 September bakal mendaftarkan diri sebagai mahasiswi USIM dalam pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dengan Kepujian. Macam tak percaya je jadi arkitek? Err. Tapi SaFa bukan nak jadi arkitek, SaFa cuma minat interior designer. Itu dia cita2 SaFa. :) Apa2 pun doakan yang terbaik ye untuk SaFa. Kalau pertukaran kos yang terbaik, maka SaFa nekad untuk tukar ke kos yang sesuai. InsyaAllah. :)


Salam hormat,
Aish SaFa
sekadar mencatat diari.

8 comments:

  1. Ya Allah, seni bina? bestnya.. sy suka bidang2 berkaitan mcm tu.. now sy smbung course eng tech product design :) lebih kurg je kan? hehe

    ReplyDelete
  2. wah. lebih kurang je tu kot. ade design2 jugak. engin? hebat tuh. :) boleh juga lah share2 jika berkaitan. :)

    ReplyDelete
  3. Wah, Fa..tahniah :) tataw plaq fa pilih architecture, ingtakan syu sorang je..
    Semoga dapat membuat keputusan yang betul untuk amik bidang mana :)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah. terima kasih dibah. :)dibah pon, gud luck yep! ^_^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akk. Sy ex-tamhidi 2014/2015. Sy jg ditawarkan program sarjana muda seni bina dan akn mendaftar pada 2 sept ni. Blh x akk share pglmn melanjutkan pengajian dlm bidang ini kerana stahu sy bidang seni bina ini sangat baru di Usim. Harap akak dpt share dgn sy krn sy langsung xde idea pasal seni bina ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akk. Sy ex-tamhidi 2014/2015. Sy jg ditawarkan program sarjana muda seni bina dan akn mendaftar pada 2 sept ni. Blh x akk share pglmn melanjutkan pengajian dlm bidang ini kerana stahu sy bidang seni bina ini sangat baru di Usim. Harap akak dpt share dgn sy krn sy langsung xde idea pasal seni bina ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum kak..sy ex tamhidi 15/16.Kalau boleh sy nk tahu,adakah sesiapa yg ke temuduga seni bina di usim ini kebanyakkan diterima ?

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak..sy ex tamhidi 15/16.Kalau boleh sy nk tahu,adakah sesiapa yg ke temuduga seni bina di usim ini kebanyakkan diterima ?

    ReplyDelete