....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday, 9 July 2012

SAMPAIKAN PESAN INI BUATNYA


Dari jendela hati yang bahagia
Saya cuba menterjemahkan satu rasa
Dari lubuk hati yang paling dalam
Saya cuba menyingkap sebuah rahsia

Hati ini terasa bahagia
Yang tidak bisa digambarkan dengan katak-kata
Kerana rasa itu terlalu subjektif
Hanya pada Dia saya mampu berkongsi rasa

Dan langit malam tersangatlah gelita
Tapi mampu memberikan sejuta rasa
Buat hati yang cintakan alam semesta
Kerana terdapat satu kedamaian yang nyata

Bintang dan bulan purnama
Tolong sampaikan pesan ini
Pada dia entah di mana
Supaya dia tahu ada yang selalu mengingatinya

Biarlah kejauhan malam terus menyapa
Tetapi saya ingin dia tahu
Bahawa saya selalu mendoakannya
Biarpun dia tidak pernah memintanya

Salam sayang dan rindu untukmu
Yang jauh di mata dekat di hati
Bersaksikan alam semesta
Ukhuwah kita terus utuh selamanya


p/s: buat yang teristimewa di hati SaFa. Ukhuwah fillah abadan abada. :)

Puisi di tengah malam,
Aish SaFa
ilham dariku untukmu

4 comments: