....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Tuesday, 3 July 2012

SI BUNGA DAN SANG MENTARI



"Awak sanggup jadi mentari saya?"
"Sudah tentu pasti"
"Kalau begitu, awak kena berada pada jarak 149,598,000 km daripada saya"
Bertegaslah dengan prinsip mu duhai muslimah. Lelaki yang baik,tidak kita akan mendekati bunga di taman larangan sebaiknya dia hanya memerhatikan sahaja dari jauh tanpa memetik bunga tersebut. Bunga yang baik adalah bunga yang sentiasa memagari dirinya dengan perisai sebagai senjata kepada diri. Dan bunga itu tidak akan sesekali dicemari dengan sentuhan2 tangan yang asing yang terpesona dengan kecantikannya. Kelak, bunga akan menjadi layu dan mati tanpa sebarang manfaatnya lagi pada dunia.

Lelaki yang beriman, jika anda terpesona dengan bungan idaman anda, maka 'jaga'lah dia. Jangan pula anda khianati bunga itu. Dan jangan juga dekati bunga larangan itu dengan tegesa2, sebaliknya dekati pemiliknya dahulu. Lakukanlah dengan cara bermaruah. Jika betul anda sayangkan bunga itu, tunjukkan rasa cinta anda dengan menjaga ke'haruman' dan ke'indahan' bunga idaman anda agar bunga itu tidak juga menghilangkan ke'indahan' luaran dan dalaman yang dimiliknya kerana anda.

Jika anda bunga itu, maka jadilah bunga yang mempesonakan dengan akhlak dah peribadi mu yang unggul. Jangan sekali anda meruntuhkan iman mana2 si mentari dengan kecantikan yang anda miliki. Sebaliknya bantulah dia untuk menjaga imannya dan menjadi pejuang agama di muka bumi ini yang sentiasa memberikan sumbang baktinya kepada nusa dan agama. Ibarat mentari yang memancarkan cahayanya yang memberi seribu kebaikan kepada se isi alam, tetapi jika mentari itu terkulai layu dengan keindahan si bunga, maka malaplah dunia seperti mana malap lah tugas dakwahnya. 

Sebaliknya jika anda sang mentari, jadilah mentari yang mampu menyuburkan rasa cinta anda kepada bunga idaman anda walaupun pada jarak yang jauh. Walaupun anda tidak berada dekat dengannya, tetapi anda masih mampu menyimbahi sinaran cahaya anda kepada si bunga idaman agar dia terus mekar menjadi bunga2 syurga yang mampu memberikan sejuta rasa bahagia buat se isi alam. Kata2 masyhur ada menyebut, seindah2 perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah. Maka jadikanlah si bunga idaman anda satu bunga yang mekar mengharumi se isi alam dengan kecantikan peribadinya.

Jarak matahari dan bunga itu tersangatlah jauh, tetapi matahari dan bunga masih mampu menyampaikan rasa cintanya kepada si bunga dengan caranya tersendiri. Dan ini boleh di ironikan kepada manusia, walaupun kita meletakkan batas dan jarak pada perhubungan kita, tetapi bukanlah bermakna kita tidak boleh bertukar khabar dan berita. Bahkan masih banyak caranya yang boleh digunakan dan bersesuaian dengan batas syariat.InsyaAllah, gunalah orang pertengahan supaya hubungan itu lebih terpelihara.


BUNGA DAN MENTARI

Duhai bunga idaman
Kecantikan mu sungguh mempesonakan
Keharuman mu mengharumi se isi alam
Keayuan mu membuatkan ramai ingin memiliki mu
Tapi kau bunga di taman larangan
Tak semua mampu mendekati mu
Hanya buat insan yang terpilih

Duhai sang mentari 
Sinaran mu mampu menyampaikan hajatmu kepada bunga idaman
Meskipun berada jauh nun di sana
Kerana sayangkan si bunga idaman
Kau izinkannya mekar di taman larangan
Tanpa rasa ingin mendekatinya
Sebelum tiba waktunya

Mentari dan bunga agama,
Kau saling tertarik antara satu sama lain
Tapi menjaga jarak mungkin lebih baik
Biar tidak dapat bertemu
Tapi masih mampu mengtahui perkembangan masing2
Walau sekalipun jarak memisahkan
Perhubungan masih boleh diteruskan
Walau tak pernah bertemu
Tapi masih mampu melihatnya dari jauh
Seperti mentari dan bunga di alam realiti

Nota kaki: Khas buatmu bunga dan mentari agama. Usah bimbang tidak berhubung, usah bimbang terpisah beribu batu, andai sudah terletak jodohmu dengan dia maka kalian pasti bersatu.Dia lah sebaik2 Maha Mengetahui. Teruskan letakkan pengharapanmu kepada Pencipta bukan pada Yang Dicipta.




Ikhlas,
Aish SaFa
mendoakan buat kita semua. 

2 comments:

  1. suka post ni ^^

    ye , andai itulah jodoh yg tertulis , pasti bersatu jua dgn hendakNya :)

    sesungguhnya Allah sebaik2 yg menentukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, yang penting letakkan harapan kepada Pencipta. insyaAllah jodoh yang baik akn dtg kepada kita. :)

      Delete