....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Friday 27 April 2012

KARNIVAL BUKU PWTC

Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.  Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Pemilik Hatiku ini kini dan selamaNya,Tuhan sekalian alam.

        Alhamdulillah,tinta kali ini ana tuliskan selepas ana baru sahaja pulang dari mengunjungi Karnival Buku yang berlangsung di PWTC bermula pada hari ini 27 April 2012 sehingga 5 Mei 2012. Akhirnya,dapatlah juga ana menjelajah ke karnival buku setelah bertahun lamanya ana menyimpan hasrat ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi ana mempeluang ini.

APAKAH PERASAAN PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI DI TENGAH2 IBU KOTA?

Secara jujurnya,inilah kali pertama ana meneroka dunia luar di kota yang sesak dengan lautan manusia dengan sendirinya. Maksud ana tanpa pengawasan ibubapa. Memang sejujurnya,ana agak takut dan bimbang dengan keselamatan diri ana. Lebih2 lagi di kota yang asing dan bukanlah dari tempat asal kelahiran ana. Tapi bila difikirkan balik ini sahajalah ruang dan peluang yang ana ada dan tidak boleh dilepaskan setelah sekian lama bermimpikan mahu ke karnival buku. Alhamdulillah,setelah ana memberitahu hajat ana kepada ummi tersayang ana,ummi terus memberi keizinan kepada ana untuk pergi. Ya! Ummi telah pun memberikan ruang kebebasan untuk 'puteri iman'nya ini meneroka dunia luar semenjak pertama kali ana melangkah ke alam universiti. Alhamdulillah. Tapi bukanlah bermakna dengan sedikit kebebasan dan keizinan yang diberikan oleh ummi ini boleh ana lakukan sesuka hati malahan ana menghargainya dengan meneroka dunia luar dan mengambil iktibar dan faedah daripadanya. InsyaAllah. Syukran ummi. 

APAKAH BAHAN BACAAN YANG PERTAMA DICARI SETIBANYA DISANA?

Setibanya kami disana,kami terus melakukan survey untuk bahan bacaan yang hendak dibeli. Tujuan utama ana kesana juga adalah untuk mencari sebuah buku untuk diberikan kepada  seseorang yang masih belum diketahui siapa. ^_^. Memandangkan kuliyah ana ada membuat pertukaran hadiah untuk jamuan akhir sem sabtu ini,ana bercadang untuk  membelikan sebuah buku. Dan akhirnya ana menemui sebuah buku bertajuk Engkau Memang Cantik. Dan sememangnya buku ini sesuai untuk wanita sahaja dan ana juga tidaklah sangat kisah kerana kami hanya bertukar hadiah dengan wanita sahaja. Moga penerima bukuku ini dapat mengambil manfaat dari pemberianku nanti. ^_^

BUKU UNTUK DIRI SENDIRI?

Ana juga membelikan sebuah buku buat diri ana setelah ana membelikan buku2 buat adik2 ana. Dan bukunya bertajuk Terimalah Pinanganku terbitan Hijjaz Record. Buku ini banya memberikan contoh teladan dan nasihat buat pasangan yang bercinta. Mungkin ana akan coretkan dengan lebih terperinci setelah ana selesai membacanya. Tetapi bukanlah bermakna ana sedang mempunyai hubungan yang istimewa setakat ini. Sekadar mencari ilmu dan menjadikan sebagai iktibar kepada ana pada suatu masa nanti. InsyaAllah.
...::Terimalah Pinanganku::..












Najmina,Epi, and Aegy dgn penulis yang diminatinya.


 Sememangnya masih banyak untuk ana kongsikan tapi masa tidak mengizinkan ana untuk meneruskan tinta ana kerana ana akan mengahadiri 'dinner' pada malam ini untuk tamhidian bagi meraikan selesai sudah pengajian kami di asasi. Alhamdulillah. InsyaAllah bakal ana tuliskan serba sedikit program kami malam ini. 

Tinta serba doef,
Aisyh SaFa.

No comments:

Post a Comment