....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Monday, 30 April 2012

WARKAH BUAT YANG JAUH DI BUMI ANBIYA'

Salam alaik,

Apa khabar ukhti di sana? Apa khabar imanmu hari ini? Bertambahkah? Sekiranya bertambah,setinggi kesyukuran ana ucapkan. Hamdallah. Untuk pengetahuan saudari di bumi anbiya' , ana di bumi Malaysia sentiasa dibawah peliharaanNya. Doakan kesihatan ana yer.. ^_^

Ukhti jauh di mata dekat di hati,
Katanya akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Sekiranya benar,ana ucapkan 'huzzun saied' moga2 anti diberi ketenangan ketika menjawab peperiksaan. Dan semoga anti berjaya dengan cemerlangnya. Amin.

Ukhti,
Ana baru sahaja selesai mengahbiskan asasi ana di Universiti Sains Islam Malaysia. Banyak sungguh kenangan yang tidak dapat ana lupakan. Banyak yang ana pelajari ketika menuntut di bumi USIM. Memandangkan inilah kali pertama ana tinggal di asrama,inilah kali pertama ana belajar berdikari. Alhamdulillah, ana dikelilingi sahabat2 yang beriman, yang dapat mengingatkan ana sentiasa kepada penciptaNya.
Benarlah kata seorang sahabat kita,

     "tanda kasih dan sayangNya Allah kepada kita adalah dengan meletakkan dengan siapa kita 
      bersahabat. Jika beriman seorang sahabat,maka selamatlah kita kerana sahabat itu memainkan
      peranan yang sangat besar kepada kita. Sahabat yang baik adalah sahabat yang membawa kita 
      sentiasa mengenali penciptaNya."

Buat ukhti di sana,
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat ana. Moga2 kita bersahabat di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Jaga diri ukhti di sana. Jangan dilupakan kami di sini. InsyaAllah jika diizinkan kita pasti bertemu kembali. InsyaAllah.

Ukhti,
Ana akhiri warkah ana dengan sedikit sajak buat ukhti,



Indahnya sebuah perhubungan,
Jika dilandaskan dengan satu akidah,
Akidah berpaksikan mengenali pencipta kita,
Bertuhankan Tuhan yang Satu,
Tuhan semesta alam,

Indahnya sebuah perhubungan,
Jika kita saling berkasih sayang,
Dalam mengharapkan mardhothillah,
Memelihara hubungan suci ini,
Dengan saling mengingati,
Mengenal Rabbu Izzati.

Indahnya sebuah perhubungan,
Jika kita terus begini,
Saling cinta mencintai,
Jauh disudut hati,
Tersemat kata suci,
"Ana cinta ukhti"
kini dan selamanya,


Pena berdakwat hitam,
Aish SaFa,
Kuantan,Pahang 

1 comment:

  1. buat ukhti Nadhrah, Syafiqah Radzuan, Khairunnisa' Amira.

    ReplyDelete