....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Tuesday 11 September 2012

FIRST TRIP STUDENT ARCHITECTURE

Hi my dear readers!

Alhamdulillah , semalam akhirnya SaFa dan several member of students architecture telah berjaya melalui satu cabaran pertama membuat lawatan ke art shop yang terletak Taman Melawati. Pelbagai cabaran yang telah kami lalui bersama yang mana alhamdulillah dapat lagi mengeratkan hubungan 'kekeluargaan' family architecture student. Memandangkan kos kami hanya mempunyai bilangan student yang paling sedikit (first batch) iaitu seramai 27 orang, maka sudah tentulah kami akan menjadi lebih rapat dan saling mengenali selepas ini. 

Perjalanan kami bermula dari stesen KTM Nilai pada sebelah pagi dan pada mulanya kami berhajat untuk mendapatkan barangan alat tulis di MPH di Midvalley. Tetapi memandangkan setibanya kami di sana, kami dapati barangan yang kami perlukan tidak lengkap makanya kami terus mengambil keputusan untuk bergerak ke sebuah kedai yang terletak di Taman Melawati. Walaupun tiada seorang pun daripada kami yang mengetahui lokasi kedai yang ingin kami tuju, tetapi kami tetap meneruskan perjalanan ke sana kerana semangat untuk bergelar student architecture sudah membara dalam diri masing2. Peace! ^_^

Dengan bantuan beberapa kenalan kami yang juga merupakan lebih senior dalam bidang tersebut (student UIA) , maka kami mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka. Mereka lah yang meberikan bantuan kepada kami jalan mana yang harus kami tuju. Berbekalkan semangat yang gigih, kami meneruskan perjalanan. Kami juga mendapatkan bantuan orang awam untuk bertanyakan lokasi kedai yang ingin kami tuju. Dan akhirnya, kami sampai ke kedai tersebut. Praise to Allah. :)

Upon arrival, kami sangat teruja ketika memasuki kedai art shop tersebut. Segala peralatan yang kami perlukan semuanya lengkap dan boleh didapati di sana. Tetapi!! Kami sangat terkejut dengan harga setiap perkakas tersebut. It was really costly! Walaupun our lecturer had already told us about that, tapi disebabkan ini lah pengalaman pertama kami sebagai student architecture, maka kami agak terbeliak mata melihat harga setiap barang tersebut. But, its ok. We need it so we need to buy it no matter how. (betol tak ni BI SaFa? haha) 

Setelah agak lama berlama-lamaan di sana, we decided to go back. Tambahan pulak pada sebelah malamnya kami mempunyai kelas, maka kami agak bergegas untuk pulang. Namun , malang tidak berbau. Hujan turun dengan renyai. Kami pada mulanya menghadapi masalah untuk balik semula ke stesen LRT kerana tidak mengetahui arah tujuan. Dengan izin Allah, urusan kami berjalan lancar. Walaupun agak kemengahan kerana terpaksa mengangkut barang2 yang agak besar dan berat tambahan pula berjalan sejauh beberapa kilometer sebelum mendapatkan teksi, namun itu sahaja pilihan yang ada. 

Biar SaFa tunjukkan aksi excited kami selepas berjimba2 di Weststar, Taman Melawati. Peace!

Credit to pembantu kedai sebab banyak tolong kami dapatkan barang dan juga mengambil gambar kami. Hihi.
Posing after tired already. :p
And, kami memulakan perjalanan balik dengan setiap seorang memegang beg plastik yang besar gedabak tu dan juga satu beg plastik yang kecik tapi berat nak mampus tu. Haha. Mahu patah jari dibuatnya. Adoi. :p Namun perjalanan tetap diteruskan. Huhu. Tapi Alhamdulillah, kami mendapat duduk dalam KTM, kalau tidak mahu pengsan juga mahu menjaga barang2 tersebut sambil berdiri dalam KTM yang sesak tu. Haha. 

We reached KK1 (kolej kami) tepat jam 7.55 malam. Dan hanya sempat menunaikan solat fardu Magrib sebentar sebelum rushing ke kelas yang mana bermula pada pukul 8. Can u imagine? Dengan perut yang lapar nak mampus tu, kami terpaksa abaikan sebentar. Sampai macam nak termuntah sebab angin banyak sangat masuk badan. =_='' Alhamdulillah kami tiba ke kelas sebelum kehadiran Madam kami and we are lucky again. Hihi. (Terok betol pegi kelas pakai shirt je, ni la gaya budak architecture. Sume x sempat lepas ni haha)

Rasanya itu sahaja pengalaman paling manis untuk kami yang dapat outing sama2. Walaupun agak mencabarm tapi kami sangat enjoy melaluinya. Haha. Peace! ^_^ By the way, SaFa memang sangat teruja untuk memulakan projek. Its sound great! Babai. Till see you again. Assalamualaikum.


AR to be,
InsyaAllah.
Aish SaFa.

1 comment:

  1. Berminat bisnis investasi online??
    untuk info klik link berikut :

    http://harvestrade-indonesia.com/?c=304

    ReplyDelete