....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Friday 10 August 2012

CERPEN : ANDAI AKU BIDADARINYA



Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Nur Iffah Imani segera menundukkan pandangan , bimbang berlaku panahan kepada dirinya andai terus memandang jejaka idamannya. Sungguh telah lama dipendam rasa hati terhadap jejaka itu namun untuk diluahkan dia tidak berani. Perasaan malu mencengkam. Patutkah diluahkan?

Ahh..malu sekali untuk mengakui perasaan yang betamu. Namun untuk diluahkan aku tidak mampu. Seringkali perasaan ini mengganggu perasaan, tetapi aku nafikan. Astaghfirullahaladzim, jauhilah hatiku ini daripada gangguan perasaan. Nasihat Umi suapaya selalu menjaga tingkah laku sebagai seorang muslimah selalu bermain di mindaku.

Saban hari Nur Iffah Imani meluahkan rasanya kepada Penciptanya. Dia mula merasai kedamaian setiap kali mengadu kepada Si Pencipta. Hatinya merasai kedamaian yang nyata setiap kali usai solat dan setelah meluahkan segala isi hatinya kepada Penciptanya. Hatinya juga berasa sangat lapang. Kadang-kadang mengalir air matanya. Dirinya dulu amat jauh. Tidak pernah sedikit pun terfikir untuk melakukakan solat-solat tambahan seperti itu. Baginya solat fardu sudah mencukupi. Dia salah. Hatinya dahulu sangat kosong, tetapi kini dia mengakui hatinya tidak pernah lagi kosong. Setiap kali rasa itu hadir, pasti dapat diubati dengan memperbanyakkan lagi zikirnya kepada Rabbul Izzati.

Dia tidak mahu terlalu gopoh mencari jodoh sementara dirinya masih lagi menjadi penuntut di universiti. Baginya tanggungjawab sebagai pelajar perlu diuatamakan. Mana mungkin dia mampu menggalas dua tanggungjawab yang sangat berat itu dalam masa yang sama. Komitmennya sebagai pelajar yang sentiasa sibuk dengan kuliah dan aktiviti berpasukan sudah pasti langsung tidak memberikan banyak ruang untuk dirinya sendiri apatah lagi jika mahu berumah tangga ketika masih lagi bergelar mahasiswi. Bagi Nur Iffah Imani, dia perlu menyudahkan pengajiannya terlebih dahulu. Namun fitrah untuk memiliki pasangan tidak dapat dinafikan. Dia berdoa supaya dipertemukan dengan seorang lelaki yang mampu membimbingnya mencari Syurga dan redha Allah.

Nur Iffah Imani menyimpan rapi perasaannya. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada jejaka itu. Dia bimbang hatinya akan kecewa jika terlalu berharap pada perkara yang belum pasti. Baginya cukuplah Allah sebaik baik tempat pergantungan. Jika andai benar dirinya sudah ditulis Allah di Luh Mahfuz sebagai calon bidadari kepada jejaka itu, maka ketika saat itu tiba pasti akan berlaku tidak sedikit pun tercepat atau terlambat. Sementara dirinya masih belum bersedia,adalah lebih baik dia melupakan perasaannya terlebih dahulu. Bagi dirinya, dia akan menerima segala qada' dan qadar Allah. Pada pandangannya, jejaka itu adalah baik dari agama dan akhlaknya. Tetapi layakkah dia menjadi bidadari kepadanya? Layakkah dia bergandingan sama hebat dengan orang sehebatnya? Ah, lupakan. Bagai langit dengan bumi.

Setelah tiga tahun bergelut sebagai seorang mahassiwi jurusan seni bina, Nur Iffah Imani akhirnya telah berjaya bergraduasi dengan cemerlang. Baginya inilah hadiah yang paling istimewa yang dapat diberikan kepada ibu bapanya. Univerisiti kini ditinggalkan. Lambaian rakan-rakan semakin jauh dari pandangan matanya. Sedang dia asyik melambai-lambai ke arah rakannya, matanya tertacap pada susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya. Kamu....selamat tinggal. InsyaAllah ada jodoh kita bertemu lagi.Bisiknya perlahan. Air matanya tiba-tiba mengalir. Pantas dikesat dengan hujung bajunya. Dia terus membuang pandangan ke luar tingkap. Bimbang jika Umminya perasan tentang isi hatinya. Malunya kiranya Umminya menyedari tingkah lakunya itu tika itu.

Nur Iffah Imani kini sudahpun menjadi seorang garaduan yang berkarier. Sunyi di hatinya mendambakan insan yang bergelar seorang suami. Lantas dia meluahkan isi hatinya kepada Umi dan Abahnya. Dia redha akan pilihan Umi dan Abahnya. Pasti mereka akan memilih yang paling sesuai dengan dirinya. Sesekali dia teringat akan jejaka pujaan hatinya itu. Dirinya tersenyum kembali mengenangkan memori lalu. Sekian waktu telah berlalu pasti dia kini sudah bergelar seorang suami ataupun bapa. Tidakkah dia tahu ada yang menunggunya? Ah lupakan. Seandainya dia ditakdirkan untukku, maka permudahkanlah, jika tidak , lenyapkanlah segala yang berkaitan dirinya dariku. Amin.

Suatu hari, Umi membawa perkhabaran bahawa mereka telah pun menemui jodoh untuk dirinya. Alhamdulillah , Nur Iffah Imani melafazkan rasa syukur. Dia sangat percaya akan pilihan orang tuanya. Mereka pasti memilih seorang lelaki yang beriman untuk dirinya. Dia hanya mengetahui sedikit tentang calon suaminya. Baginya itu sudah memadai. Nur Iffah Imani segera beristikharah untuk meminta ketetapan hati dalam membina rumah tangga. Semoga segala urusannya mendapat redha Allah. Setelah beberapa kali istikharah, dia tidak mendapat apa apa mimipi sperti manusia biasa sebaliknya dirinya diberi kelapangan dan ketenangan hati.

Namun fikirannya sering terganggu. Bayangan jejaka itu seringkali mengahantui fikirannya. Nur Iffah Imani meluahkan rasa yang terbuku itu kepada Umminya. Umminya hanya berdiam, malahan dirinya juga tidak dimarahi apatah lagi disuruh melupakan jejaka itu.Dia bingung akan reaksi Umminya. Sebolehnya dia ingin melupakan wajah jejaka itu. Telah lama dia menyingkirkan jejaka itu dari fikirannya tetapi mengapa wajah itu kembali hadir??

Oh Tuhan, Engkau Maha Mengetahui segala isi hambaMu ini. Ingin sekali aku menjadi bidadarinya. Ingin sekali aku menjadi pelengkap rusuk kirinya. Tetapi apalah kudratku. Aku tidak mampu meluahkan rasa isi hatiku ini kepadanya. Tetapi hati ini , hati ini seperti hanya ingin dimiliki olehnya. Namun apalah kudratku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Maka Kau permudahkanlah urusanku ini. Amin.
Mendengarkan kata-kata puterinya itu, Umi segera ke biliknya dan kembali dengan membawa sekeping foto. Dihulurkannya kepada Nur Iffah Imani.
"Gambar bakal suami Iman ye Umi? Umi simpan ajelah. Iman tahu, Umi mesti pilihkan yang paling beriman untuk Iman kan..."senyumku pada Ummiku itu.
"Cuba tengok dulu Iman."hulur Umi kepadaku.
Diambilnya foto di tangan Umi dengan hati yang berat. Dia belum bersedia untuk melihat wajah bakal suaminya. Baginya, paras rupa tidak penting dan dia tetap akan mengenali bakal suaminya apabila mereka telah sah menjadi pasangan suami isteri kelak.
Subhanallah, wajah yang cukup dikenali Nur Iffah Imani. Air matanya mengalir deras. Lantas Nur Iffah Imani memeluk Umi. Terharu Iman akan ketentuan takdirnya. Umi mengusap-usap belakang puterinya. Umminya turut terharu mendengar tangis syukur Nur Iffah Imani.
"Itulah, jual mahal. Umi nak tunjukkan dari awal lagi tapi Iman tak nak."
"Iman tak sangka Umi. Tapi macam mana Umi? Umi kenal dia? Tapi Iman tak pernah cerita pun..."
"Iman sayang, Aqil Afham itu anak kenalan Umi. Setelah sekian lama Umi terputus hubungan dengan emaknya Afham. Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu semula. Banyak yang Umi bualkan dengan mak Afham termasuklah niat Umi untuk mencari calon menantu. Emak Afham yang cadangkan supaya menjodohkan Iman dan Afham. Subhanallah Iman, Umi pun tak sangka itulah lelaki yang berjaya buat anak Umi menangis. Ingatkan sedih tinggalkan universiti, rupa-rupanya sedih tinggalkan Afham ya..."
Nur Iffah Imani termalu sendiri. Syukurnya dipanjatkan kepada Ilahi kerana menganugerahkan pertemuan yang indah ini.
"Ni ada surat dari Aqil Afham. Emak Afham yang sampaikan kepada Umi. Dia minta Umi sampaikan kepada Iman."
Bismillah hir rahmanirrahim,
Sungguh saya bersyukur dengan jalan jodoh kita. Iman, kemungkinan ketika kita berada di universiti suatu ketika dahulu, saya kurang mengetahui akan perihalmu. Namun, dalam diam saya mengagumimu, seorang yang sentiasa menjaga batas pergaulan dan auratmu. Sebenarnya, di hari graduasimu, saya sengaja hadir ke situ untuk memberikanmu sekeping warkah. Warkah untuk menyatakan isi hati saya sebenarnya namun saya terlewat tiba. Khabaran emak akan dirimu Iman, membuatkan saya menangis syukur. Alhamdulillah..saya bersyukur kerana Allah telah menetapkan Iman untuk saya, sebagai pelengkap rusuk kiri saya. Izinkan saya untuk membimbingmu hingga ke Jannah. Saya yakin Iman adalah bidadari saya. Izinkan saya menjemput Bidadari saya kerana saya yakin waktu itu telah tiba. 

-Aqil Afham-

Credit to lagu : MENJEMPUT BIDADARI

Bila yakin telah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohon keampunan dipertemukan

Reff
Segera kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Illahi Robbi keras ku mencari diri sepnuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari

Kini yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalan adalah adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohon keampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna

Segera kau ku jemput bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Illahi robbi ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu, mengisi hari
mengisi hari...


Penulis baru,
Aish SaFa
cerpen terbitan kedua

No comments:

Post a Comment