....::KALAMUN MINNI::....

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah dan wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang''
-Aish SaFa-

Tuesday 29 January 2013

CERPEN : GADIS BERTUDUNG LABUH


"Umi, tolonglah. Syira tak nak sekolah tu. Lagipun Syira takde kawan lah Umi. Kawan2 baik Syira semuanya pergi sekolah kluster tu. Syira pun dapat tawaran sekolah tu. Bukan senang nak dapat sekolah tu. Tolonglah" aku merayu2 ibuku agar memasukkan aku ke sekolah terbaik di Kuantan itu. Ketika itu aku baru sahaja selesai mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Keputusan aku sangat membanggakan dan melayakkan aku mendapat tawaran daripada sebuah sekolah kluster yang terkenal di daerah Kuantan itu.
"Insyirah, Umi tahu Insyirah anak Umi yang cerdik. Insyirah pelajar yang cemerlang dalam akademik. Tapi Insyirah, Umi nak Insyirah pun cemerlang dalam ilmu agama. Baba dah putuskan yang Insyirah mesti belajar di sekolah agama itu juga. Keputusan Baba dah tamat" tutur Umiku lembut supaya aku terpujuk dengan pujukan Umi. 
"Tapi Umi, Syira pun boleh balajar agama jugak kat sekolah tu. Pecayalah."aku terus memujuk Umi dan dalam hatiku sangat sedih kerana seolah2 cita2ku selama ini untuk masuk ke sekolah kluster itu musnah dengan keputusan yang dibuat orang tuaku itu tanpa mendapat persetujuan daripadaku terlebih dahulu. Sungguh, mana mungkin aku berasa gembira kerana terpaksa melepaskan tawaran yang aku tunggu2kan selama ini. 
"Insyirah, keputusan Baba ada baiknya. Dekat sekolah agama, Syira akan belajar kitab2 nizam bouth. Itu yang penting. Insyirah akan belajar dengan lebih detail tentang ilmu2 fekah, tauhid , akhlak dan lain2. Ini semua demi kebaikan Syira jugak ye nak" bicara Umi ku sopan memujukku lagi. Tetapi hati aku saat itu sangat sedih dan kesal dengan keputusan Umi membuatkan aku tidak dapat lagi mendengar apa2 daripada Umi.Aku terus berlalu ke kamarku dan menangis semahunya.

Peristiwa itu masih segar di ingatan. Ketika itu aku menentang keras keputusan ibu bapaku yang ingin menghantarku ke sekolah agama. Namun, kerana aku hanyalah seorang anak, aku hanya menuruti keputusan yang telah dibuat walaupun pada awalnya aku sangat memberontak. Minggu pertama persekolahan Umi dengan kasihnya menghantarku ke sokalah hampir setiap hari. Kami berjalan kaki ke sekolah dan setelah tiba di sekolah, aku menyalami Umi dan Umi balik semula ke rumah dengan mendukung adik kecilku ketika itu baru sahaja berusia 4 tahun. Walaupun terdetik rasa kasihan kepada Umi, tetapi perasaan takut berjalan kaki seorang diri lebih2 lagi pada waktu pagi membuatkan aku selalu ingin ditemani Umi. Dan sehinggalah masuk minggu ke dua, barulah aku sanggup berjalan kaki ke sekolah seorang diri.

Beberapa bulan selepas itu, aku sering bertembung dengan pelajar2 lelaki daripada sekolah kebangsaan biasa yang turut melalui kawasan yang sama untuk aku menuju ke sekolah. Pada mula mereka menyiul2 kecil sambil melambai2 dari jauh. Namun aku tidak pernah mempedulikan mereka. Aku hanya menganggap mereka seperti sengaja ingin menarik perhatianku. Dan aku tidak pernah mengangkat muka ke arah mereka apatah lagi ingin mencuri2 pandang siapakah mereka. Hinggalah suatu hari itu, ketika aku berjalan kaki ke sekolah aku didekati oleh salah seorang pelajar lelaki daripada kumpulan berbasikal itu.

"Assalamualaikum dik. Ini kawan saya berikan surat untuk adik. Dia nak berkenalan dengan adik. Dia ada dekat hujung sana" kata pelajar itu sambil menunjukkan ke arah kumpulan kawan2nya yang menunggu di hujung sana.
"Err.." aku menyambut huluran sampul surat itu dan terus meyelitkan ke dalam Al-quran. Tanpa mengucapkan apa2 aku terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu dan kawan2nya yang barangkali menunggu aku di hujung sana. 
Setibanya aku di sekolah, aku merasakan badanku seram sejuk dan bergetar seluruh badan. Aku beristighfar banyak2 dan memohon Allah mencampakkan ketenangan ke dalam hatiku. Setelah aku tenang sedikit barulah aku mengambil surat tersebut dan membukanya.


Kehadapan gadis yang berkaca mata,
Maafkan saya kerana menulis surat ini kepada awak. Sebenarnya saya sudah lama memerhatikan awak. Saya suka dengan cara awak yang hanya tundukkan pandangan ketika berjalan walaupun kami telah banyak kali mencuri2 pandang ke arah awak. Tetapi awak sedikit pun tidak pernah mempedulikan kami. Saya yakin awak gadis yang baik. Saya suka dengan pelajar sekolah agama yang memakai tudung labuh. Mereka nampak sopan. Tak seperti gadis2 sekarang.Pakai pakaian yang singkat dan tidak menjaga aurat mereka. Awak berbeza daripada gadis2 yang pernah berkawan dengan saya. Awak pandai menjaga diri. Saya tertarik dengan kelembutan dan keayuan awak ketika mengenakan tudung labuh. Jika awak sudi, saya ingin berkenalan dengan awak. Saya tunggu awak di tempat yang sama pada pagi esok. 
Ikhlas berkawan,
Mr. Z 
Aku merenyuk2kan surat tersebut. Loya tekakku dibuatnya membaca isi surat tersebut. 'Ada hati hendak berkawan. Puji pulak lebih2. Kalau awak lelaki yang baik, awak takkan ganggu sayalah. Konon, suka tengok pelajar pakai tudung labuh. Alasan je tuh' monologku sendirian. Ketika itu aku berasa gementar membaca surat tersebut. Walaupun dalam hatiku menyumpah seranah dengan isi surat tersebut, tetapi aku masih teringat akan isi2nya yang memuji2 wanita yang mengenakan tudung labuh. Bagiku apalah sangat yang ada pada tudung labuh yang aku pakai. Ia sehelai tudung besar yang menampakkan diriku seperti berisi dan seperti orang tua.

Selesai sahaja tamat waktu persekolahan , aku terus pulang ke rumah. Dan tanpa banyak soal , aku terus menyerahkan surat tersebut kepada Umiku. Walaupun terbit rasa takut dan malu di hadapan Umiku, tetapi demi keselamatanku pada masa hadapan,aku harus memberitahu Umiku perkara yang sebenar. Umi membaca surat tersebut dan tersenyum memandangku. 

"Mujur Syira bagitahu Umi pasal ni.Bimbang juga Umi kalau apa2 berlaku kepada Syira. Insyirah tahu tak kenapa lelaki tu nak kawan dengan Syira?" tanya Umiku.
"Manalah Syira tahu. Tapi yang penting Syira tak nak pun kawan dengan dia" balasku malas.
"Insyirah tahu apa istimewanya Syira ni sampai budak sekolah biasa pun tertarik dengan Syira"duga Umiku lagi.
"Istimewa apanya Umi? Budak2 lelaki memang macam tu. Suka usik perempuan" balasku agak  malas melayan soalan2 dari Umiku.
"Insyirah, tudung labuh Syira tu daya penariknya. Lelaki tu pun tertarik dengan Insyirah sebab tudung labuh yang Insyirah pakai tau. Tapi caranya hendak berkawan dengan Syira tak kena tempat. Tapi....kalau Insyirah nak tahu, tudung labuh ni lah dapat membezakan perempuan sekolah biasa dengan sekolah agama. Budak2 sekolah agama , biasanya budak lelaki sekolah biasa akan respect lebih sikit dekat pelajar2 agama berbanding pelajar sekolah biasa. Itulah kelebihannya. Tengok, dia nak berkenalah dengan Syira pun dia mintak izin Syira dulu. Kalau budak sekolah biasa, Umi rasalah dia pergi hye2 terus je dekat mereka"terang Umiku dengan panjang lebar.
"Ooo..jadinya tudung labuh ni lah boleh halang Syira daripada didekati oleh pelajar lelaki kan Umi?" tanyaku ketika itu masih terpegun dengan apa yang diceritakan Umi.
"Iye sayang. Bila Insyirah pakai tudung labuh ni, Insyirah kene jaga akhlak Insyirah. Malu tau kalau pakai tudung labuh tapi akhlak tak jaga. Insyirah jadikan tudung labuh ni sebagai perisai Insyirah supaya dijauhi oleh lelaki" bicara Umiku sambil mengusap ubun2ku lembut.
 *******

"Insyirahhhhh, cepat sikit. Kita dah lambat ni"laung Umi dari luar rumah. 
"Kejap Umi..kejap" aku membuka almari pakaian dan terus mengambil baju kurung yang tidak perlu digosok dan menyarungkannya ke badan. 
'Er,nak pakai tudung mana ni. Tudung la pulak takde. Nak gosok kang lambat pula. Pakai jelah tudung singkat ni. Leceh la gosok tudung labuh ni. Dah la besar. Lagi la lama' bebelku seorang diri. Aku terus mencapai tudung segi tiga dan memakainya. Kemudian aku turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta.

"Insyirah takde tudung labuh lagi?" tanya Baba dalam nada yang tidak dapat ku tafsirkan emosinya.
"Ada. Tapi Insyirah dah lambat kan. Lagipun Insyirah pakai tudung jugak" jawabku masih takut2.
"Tudung Insyirah tu tak tutup aurat dengan sempurna lagi. Pendek. Nanti Baba tak nak tengok dah Insyrirah pakai macam tu lagi" kata Baba dengan nada sedikit tinggi
Aku jadi berkecil hati dengan kata2 Baba. Dalam masa yang sama aku merasakan bertudung labuh seolah2 menyukarkan ku untuk keluar berjalan2. Aku terpaksa memilih baju yang longgar dan labuh ke paras lutut untuk dikenakan dengan tudung yang aku pakai. Sudahlah aku tidak mempunyai banyak baju labuh, terpaksalah aku memakai baju kurung setiap kali ingin keluar rumah. Jauh disudut hatiku, aku memberontak dengan perubahan yang terpaksa aku lalui semenjak aku mula memasuki sekolah agama ini. Kadang2 aku mempertikaikan pemakaian tudung labuh yang banyak menyukarkanku untuk bergerak bebas. Namun aku masih tidak istiqamah memakai tudung labuh tersebut. Jika aku sempat memilih baju dan menggosonya, aku akan mengenakan tudung labuh yang sesuai dengan bajuku, jika tidak ak hanya memakai tudung segi tiga pendek.

*********

"Umi dan Baba seolah2 mengongkongku. Aku mahu ke bandar juga tidak boleh. Mahu ke mana2 aku diwajibkan memakai baju kurung kecuali malam sahaja diberi kelonggaran memakai t-shirt!! Ahh, peraturan ini menyukarkan aku. Sudahlah dipaksanya aku masuk ke sekolah agama. Langsung tiada saingan yang hebat2"monologku sendirian menyatakan tanda protesku terhadap peraturan yang baru sahaja Umi dan Baba berikan ketika selesai makan malam bersama keluarga.

Sejak akhir2 ini, segala peraturan dan arahan di dalam rumah semakin diperketatkan. Jiwa remajaku yang ketika itu baru sahaja berusia 13 tahun menjadi memberontak. Masakan tidak, rakan2 sebayaku sudah bebas keluar bandar bersama2. Tetapi tidak pernah sekali diberi peluang itu untuk keluar bersama2 mereka. Setiap kali aku memintanya, pasti permintaanku ditolak atas dasar aku masih kecil dan keselamatanku tidak terjamin ketika berada bersama2 rakan. Bagiku pula, aku hanya ingin merasai kebebasan sedikit berada di luar kongkongan ibu bapa ku. Dan peraturan berpakaian pula diperketatkan. Bahkan aku masih belum mencapai akil baligh. Masakan tidak, aku hanya dibenarkan memakai baju kurung sahaja ketika keluar ke mana2 termasuklah balik ke kampung. Dan kelonggaran hanya diberikan pada waktu malam dengan memakai t-shirt labuh. Di rumah pula, peraturan menonton televisyen juga diperketatkan. Kami adik beradik tidak dibenarkan menonton televisyen bermula pada jam 6.45 petang sehinggalah pukul 8.00 malam. Padahal rancangan televisyen yang popular dimainkan pada waktu itu. Dan Baba juga menwajibkan kami telah siap mandi sebelum jam 7 malam untuk bersiap2 berjemaah solat magrib. Bagiku peraturan kesemua ini sangat membebankan aku. Kesemua nikmat keseronokan telah disekat oleh ibu bapa ku.

"Insyirah, buka pintu nya nak. Umi mahu bicara sebentar" suara Umi di luar mematikan lamunanku. Walaupun masih memberontak dengan peraturan yang baru sahaja dikenakan kepadaku tadi, aku masih mendengar segala apa yang disuruh Umi. Dengan sekadar bermalas2an, aku membukakan daun pintu bilik untuk membenarkan Umi masuk ke kamarku.
"Sudah tidur kah? Ini ada surat Anugerah Kecemerlangan UPSR. Posmen hantar pagi tadi. Minggu depan Insyirah terima anugerah. Tahniah ye nak atas keputusan yang membanggakan Umi dan Baba" tutur Umi ku lembut dengan genangan air mata di kelopak matanya sambil mencium ubun2ku.
"Er...terima kasih Umi"hatiku yang masih merajuk sebentar tadi mula terpujuk dengan kelembutan Umi yang pandai mengambil hatiku. Aku jadi terharu dengan sikap baik Umi ku. 
*********

Hari Anugerah Kecemerlangan telah pun tiba. Aku diwajibakan memakai pakaian rasmi sekolah menengah untuk menghadiri hari anugerah tersebut. Pada mula nya , aku merasakan sangat malu mengenakan tudung labuh itu kerana aku sahajalah satu2nya pelajar yang menerima anugerah yang telah bersekolah di sekolah agama. Kawan2ku yang lain semuanya datangnya dari sekolah menengah yang hebat2 dan terkenal dengan kecemerlangan akademik sekolah mereka. Sehinggalah tiba satu ketika di mana seorang ustazah yang pernah mengajarku bahasa arab semasa berada di darjah 6 menegurku ketika aku bersama2 dengan rakan2 ku yang lain.

"Insyirah sekolah mana ni? Insyirah nampak manis sangat pakai tudung labuh." tutur ustazahku itu sambil tersenyum ke arah ku. Dari kaca matanya aku dapat melihat dia seolah2 sangat gembira melihatku dengan keadaan begitu.
"Insyirah Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan je. Diaorang ni semua hebat2." jawabku merendah diri kerana tidak berada di sekolah yang setaraf dengan kelayakanku.
"Je?? MasyaAllah Insyirah, Insyirah tahu tak berapa ramai pelajar yang minta ke sekolah tu. Ada tu dari KL sana semata2 nak dapatkan sekolah agama terbaik di negeri Pahang. Setiap kali permohonan pasti beribu2 yang memohon. Dan yang terpilih untuk temuduga hanya separuh sahaja yang layak. Dan hanya yang bertuah sahaja dapat melayakkan diri pada temuduga itu. Insyirah sepatutnya beruntung, kerana masih ramai yang membuat rayuan untuk bersekolah di situ."kata2 ustazah membuatkan aku sedikit insaf dan bersyukur kerana berjaya bersekolah di sekolah tersebut.
"Erk..." aku tidak mampu berkata apa2. Aku hanya menundukkan pandangan. Kata2  ustazah tadi sedikit sebanyak membuatkan aku terkesan. ye, aku kurang bersyukur kerana ditempatkan di sekolah tersebut.
"Insyirah., apa2 pun ustazah bangga dengan Insyirah kerana dapat masuk ke sekolah itu. Nanti ustazah pun nak hantar anak ustazah ke sekolah tersebut. Bolehlah dia mendapat tunjuk ajar daripada Insyirah. Insyirah, jaga diri Insyirah. Jaga agama. Perempuan kalau dia bertudung labuh, dia mudah menjadi perhatian masyarakat. Masyarakat akan memandang mulia mereka yang bertudung labuh. Jangan pula kerana tingkah laku kita yang buruk menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap golongan yang bertudung labuh. Kata orang kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" kata ustazahku sedikit berbisik ke telingaku agar tidak mengecilkan hati teman2 ku yang lain.
"Terima kasih Ustazah!" aku sekadar mengucapkan terima kasih kerana memberi nasihat kepadaku yang masih bercelaru mencari identiti diri ketika itu.
Sejak balik dari menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan, aku sentiasa berulang kali memikirkan kata2 ustazah. Ada benarnya. Buktinya ketika aku pernah menemani Umi ke pasar raya, ketika itu aku berada di lorong yang hanya memuatkan dua orang berjalan. Itu pun perlu berselisih dengan jarak yang terlalu dekat dan bahkan mungkin bersentuhan. Tetapi pada ketika itu, ketika aku melalui lorong itu tiba2 aku bertembung dengan seorang remaja lelaki barangkali pangkat lebih tua beberapa tahun daripada aku yang turut melalui lorong itu secara bertentangan. Ketika itu air muka ku agak terkejut dengan kehadiran pemuda itu dengan tiba2 di hadapan ku. Pemuda itu yang melihat aku terus menundukkan sedikit muka dan bergerak ke belakang bagi memberi laluan kepada ku terlebih dahulu. Aku terus melalui lorong tersebut dan mngucapkan terima kasih kepadanya walaupun pada hakikatnya aku sangat terkejut kerana dia sanggup mematahkan perjalanannya semata2 memberi ruang untukku melalui lorong tersebut terlebih dahulu sedangkan jika kami berselisih sekali pun belum tentu akan bersentuhan kerana saiz badan ku dan dia hanyalah kecil sahaja. Sekarang baru lah aku mengerti betapa hormatnya lelaki di luar sana terhadap gadis yang bertudung labuh.

*********

Moral of the story:
1) Allah mengangkat darjat wanita yang menutup auratnya dengan sempurna bahkan dijanjikan balasan syurga.
2) Wanita yang menutup aurat dengan sempurna lebih terhindar daripada gangguan  seksual ketika berada di khayalak ramai.
3) Keselamatan wanita yang menutup aurat lebih terjamin.
4) Wanita yang menutup aurat dengan sempurna dapat membantu kaum adam menundukkan pandangan mereka.

p/s: Jom muslimah diluar sana, kita berubah sedikit demi sedikit menjadi wanita yang bermaruah dalam menjaga aurat. Sayangi ayab, abang2, adik lelaki dan suami kita. :) Moga Allah redha!!

*kisah dan teladan SaFa tulis berdasarkan perjalanan hidup SaFa sendiri. Moga diriku istiqamah dan terus memantapkan diri. Kadang2 sukar , tapi SaFa mesti terus berusaha mencari redha Allah. :)

Penulis masa lapang,
Aish SaFa
cerpenis! :p

4 comments: